CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azah Aziz Didakwa Dah Diceraikan Suami, Digelar Pelacur Gara-Gara Gambar Masa Muda

6-12-2023 09:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 85704| Komen: 101

Selepas berkurun lama berkelana di luar negara, pelakon dan model terkenal era 90-an, Azah Aziz mengakui sukar untuk menyesuaikan diri berada di tanah air sendiri.

Azah berkata dia perlu menjaga penampilannya ketika berada di negara sendiri agar tidak terlalu menonjol.


Foto: IG

“Bulan pertama saya di Malaysia memang sukar. Sukar untuk sesuaikan diri setelah berada terlalu lama di negara orang. Saya kena biasakan diri dengan persekitaran, masyarakat, makanan yang pada saya, baru.

“Kalau di Montreal, Kanada, tiada siapa yang memandang cara berpakaian saya. Tapi lain halnya di Malaysia, saya kena jaga penampilan agar tidak kelihatan terlalu terdedah.

“Perhatian yang saya terima di Malaysia tidak saya dapat di negara luar. Kalau terserempak dengan peminat, mereka nak bergambar dengan saya. Sebab itu, saya kena jaga cara berpakaian dan sentiasa bersedia agar tidak tular di kemudian hari,” katanya kepada Utusan.




Dalam pada itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini menepis dakwaan yang mengatakan kepulangannya ke tanah air gara-gara dicerai suaminya, Daud Leroy Abdullah.

“Yang kecam itu saya dah biasa hadap, tapi yang buat cerita ini yang saya tak faham. Saya tak nafikan, ada yang berspekulasi mendakwa saya pulang ke Malaysia kerana diceraikan suami.

“Selain itu, ada juga manusia yang buat cerita mengatakan saya balik sebab nak aktif berlakon semula.



“Saya jenis yang tak ambil pusing tuduhan orang. Cuma saya hairan macam mana mereka boleh cipta soap opera pasal saya. Apa pun semua ini saya ambil sebagai hiburan, tak sedikit pun mencalar emosi saya,” ujarnya.

Kongsi Azah lagi, emosinya juga terganggu apabila terdapat tuduhan yang melabelnya sebagai pelacur dek kerana tular foto lamanya bersama suami.

“Awal tahun ini saya kongsikan di media sosial gambar ketika awal perkenalan dengan suami yang mana ketika itu saya berusia 19 tahun dan kelihatan sangat muda dengan bentuk fizikal yang genit.



“Gambar tersebut tular seluruh dunia, sehingga ada yang melabel saya pelacur kanak-kanak dan menuduh suami saya pedopilia hanya kerana saya kelihatan seperti remaja bawah umur ketika berkahwin.

“Saya memutuskan untuk padam gambar tersebut meskipun ia menerima jumlah tontonan yang amat tinggi. Kalau komen makcik bawang saya boleh hadap, tetapi yang ini keterlaluan,” ceritanya.



Terdahulu, Azah memaklumkan dia dan keluarganya mengambil keputusan untuk kembali menetap di Malaysia selepas 20 tahun berhijrah ke Kanada.

Untuk info, Azah berkahwin dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah pada 1995 dan sejak itu dia menetap di Montreal, Kanada.


Mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20 dan Justin, 17. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 6-12-2023 09:38 AM
bertuah punya tajuk artikel
Quote KirazMevsimi 6-12-2023 09:39 AM
moga yang baik baik buat azah dan keluarga. bagusla ada kesedaran untuk jaga penampilan
Quote aemon 6-12-2023 09:41 AM
mislead information.
Quote Mamason 6-12-2023 09:41 AM
Tajuk thread ni pun mcm pelik and mengundang je...
Quote supernaturalee 6-12-2023 09:52 AM
ape punya tajuk daaa

org tu hepi2 je tgh nk adjust hidup di malaysia yg agama rasminya islam ni

Quote NaylaArisha 6-12-2023 09:54 AM
tajuk dia misleading... kalau tak baca sampai habis mmg boleh buat org salah faham
Quote nena9042 6-12-2023 09:55 AM
Tapi memang pelik pun kalau dia tetiba pindah balik malaysia for good
Kalau sebab kerja balik sekejap, then nothing suspicious la
Quote swateng1 6-12-2023 10:02 AM
tajuk tu saja je nak mengundang. pilih tajuk tu bagi elok2 sikit laa wartawan.
Quote mamajawie 6-12-2023 10:08 AM
iollss syak acik ajah dapat petunjuk mimpi macam acik cita ano tu yang cecepat balik malaysia

Quote kakiah12 6-12-2023 10:11 AM
Tp ekonomi kanada agak teruk kan? Inflasi jugak agak melampau disana. Mungkin itu salah satu faktor. Msia agak ok walaupun byk negara lain terkesan dgn krisis ekonomi global ini.
Quote prince_marhaen 6-12-2023 10:12 AM
Takde lah genit nampak macam budak sekolah pun acik oii... dah laki kau dari kawin memang muka tua, nak buat camner...






ke gambar ni? sebab sheols very the leper training bra ke? ahahah



btw, anak sheols hensem, tapi tak fotogenik eh, certain angle elok, certain angle biasa-biasa nokkk..
Quote kakJOYah 6-12-2023 10:12 AM
kalau baca tajuk ja, wajib dah kena maki shuben dia
Quote chinta89 6-12-2023 10:33 AM
tajuk ape isi ape?

btw herlok anaknya menjadi kacukan mat salleh
Quote Burong_Hantuk 6-12-2023 10:38 AM
Kalau rasa mcm x best stay malaysia,sila berambus !!!
Quote imanamsyar 6-12-2023 10:39 AM
gambar peluk yang ada umur tu memang nampak cam budak sekolah tingkatan 3..hahahaaa..patutla org salah faham...
Quote chikumanis 6-12-2023 10:45 AM
umpama macam baru pertama kali menetap di malaysia, welcome to malaysia madam
Quote nfaaa 6-12-2023 10:48 AM
siel nya tajokkk.. nak jadi Mstar ka..cibei..
Quote rosevelvet 6-12-2023 10:52 AM
Statement persis lahir n asal obesi yg xde asas as muslim.
Quote deebiz14 6-12-2023 10:59 AM
Nasib baik meols bace full story. Tajuk tu songsang sgt.

Ala si Azah nih ngade la pulak. Balek kat negri sendiri je pun.

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.054858 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top