Sempena sambutan ulang tahun Puteri Sarah pada 1 Disember, Andi Arsyil memberi ucapan istimewa buat rakan istimewanya itu. Menerusi video tular itu, aktor filem Ketika Cinta Bertasbih ini mendoakan perkara yang terbaik sahaja untuk Puteri Sarah.
“Tak lupa, didoakan semua yang terbaik. Happy Birthday Sarah, semoga panjang umur, sihat murah rezekinya, bahagia dan selamat dunia akhirat, Aamiin,” katanya. Andi berkata demikian dalam sesi siaran langsung di TikTok miliknya kemudian disunting oleh individu di TikTok. Di ruangan komen, ada segelintir netizen yang mengusik Andi kelihatan tersipu malu ketika bercakap mengenai aktres drama rantaian Suri Hati itu.
Sebelum ini, hubungan Andi dan Puteri Sarah mendapat perhatian ramai apabila mereka kelihatan mesra bersama ketika melakukan siaran langsung bersama. Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan ada individu yang ada individu menghendap atau ‘stalk’ Instagram Andi. Sebelum ini, tular beberapa video mesra Puteri Sarah dan Andi yang tersasul memanggilnya dengan panggilan sayang. Bagaimanapun, Puteri Sarah menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT