CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kalau Join GV10 Mesti Peluang Shila Menang Lagi Besar Berbanding FD3"

6-12-2023 11:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6127| Komen: 18

Ramai berpendapat Shila Amzah akan lebih berjaya sekiranya menyertai All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Shila, 33, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah yang menyertai program realiti berkenaan bersama adik kandungnya, Syahir percaya bahawa rezeki itu sudah tertulis buat dirinya.


Foto: IG

“Rezeki dah tertulis. Tapi, saya gembira untuk kakak-kakak saya (yang bertanding di GV10). Saya seronok kita bertanding masa GV9,” katanya membalas komen peminat.

Gagal membawa gelaran juara bahkan ‘tersingkir’ seminggu sebelum minggu final, ramai dalam kalangan peminat percaya perjalanan Shila akan lebih hebat sekiranya menyertai GV10 bersama penyanyi-penyanyi hebat lain.



“Kenapalah Shila tak ‘join’ Gegar Vaganza berbanding rancangan yang lagi satu itu. Dia dapat masuk (GV10) tapi dia tolak.

“Kalau ‘join’ GV10 mesti peluang Shila menang lagi besar berbanding FD3,” demikian antara komen ditinggalkan peminat dalam Instagram Shila.



Terdahulu, pasangan duo adik-beradik, yang dianggotai Syaiful dan Sharif Zero diumumkan sebagai juara program FD3 yang melabuhkan tirainya hujung minggu lalu sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 6-12-2023 11:28 AM
No komen!!!!!
Quote prince_marhaen 6-12-2023 12:01 PM
Laki dah benti keja, Xila kena kerja lebih keras lagi ye...takpe tahun depan banyak pertandingan lagi... sheols kan memang muka pertandingan..
Quote wirazam 6-12-2023 01:41 PM
Benda yg Lepas..tak payah kenang...tunggu next season gv pulak .peserta ziana, Misha, anuar, mas idayu, ogy, Hafiz suib, Adam, Zahid, man bai, alyah..
Juri bum Hetty, tok naz Dan ajai..music director tokram je
Quote mamajawie 6-12-2023 03:39 PM
bukan ke shilalat penah join gv masa jac dulu tu?
Quote mamajawie 6-12-2023 03:40 PM
dia masuk gv9 pun tempat ketiga baik la x pyah join ASGV
Quote addamnor 6-12-2023 04:31 PM
sheols gagal undian peminat ya dek.. kerna kontroversi mak nya lambat sikit.. kalau kontroversi tu awal sikit, sheols bakalan diundi dengan lebih tinggi... netizen pun ramai yang sudah suka kan beliau
Quote Bonger 6-12-2023 08:34 PM
addamnor replied at 6-12-2023 04:31 PM
sheols gagal undian peminat ya dek.. kerna kontroversi mak nya lambat sikit.. kalau kontroversi tu a ...

Srs kurang undian
Follower pon ramai
Lagipun Dia kan penyanyi internasional
Gitcheww
Quote naina 6-12-2023 08:39 PM
addamnor replied at 6-12-2023 04:31 PM
sheols gagal undian peminat ya dek.. kerna kontroversi mak nya lambat sikit.. kalau kontroversi tu a ...

Tak faham la kontroversi lambat ckit
Apakah undian itu tak seiring timing FD
Quote izat123 6-12-2023 09:01 PM
addamnor replied at 6-12-2023 04:31 PM
sheols gagal undian peminat ya dek.. kerna kontroversi mak nya lambat sikit.. kalau kontroversi tu a ...


Sebenarnya dia dapat je masuk undian hot seat tu tapi dia tolak sebab dah set nak masuk Famili Duo. Ni dia sendiri cakap masa live kat ig orang tanya kenapa tak masuk GV. Tak tahu lah siapa antara lima orang tu yang Astro ambik ganti dia aku syak Nikki or Suki.
Quote anony-mous 6-12-2023 09:41 PM
izat123 replied at 6-12-2023 09:01 PM
Sebenarnya dia dapat je masuk undian hot seat tu tapi dia tolak sebab dah set nak masuk Famili Duo ...

Lah baik la pegi gv
Quote sukebintang 6-12-2023 09:44 PM
izat123 replied at 6-12-2023 09:01 PM
Sebenarnya dia dapat je masuk undian hot seat tu tapi dia tolak sebab dah set nak masuk Famili Duo ...

Ezad rasanya. Sebb ezad no 6 dalam hot seat. And undian 5 dgn 6 agak jauh.

Tapi.. ezad cerita time live, dia patut masuk FD dengan bunga. Tapi sebb dia kata dapat hot seat and  benda tu fans yg undi. So dia pilih je GV tu.
Quote AWEKSAMURAI 6-12-2023 09:48 PM
Tahun depan xila nk mendonia balik ke China lah ye.. mesti merah mata adik beradik yg lain sbb xila sgt laku ye di China sana ..
Quote izat123 6-12-2023 09:49 PM
anony-mous replied at 6-12-2023 09:41 PM
Lah baik la pegi gv

Maybe dia tak nak stress kot. GV kan masuk bertanding dengan yang power power Shila pulak jenis fighter mesti lagi banyak tekanan dari diri sendiri. Masuk FD fun fun je. Tapi adik dia tu pulak hauk sangat sampai nak masuk final pun tak lepas haha. Tapi okay lah nampak dia macam enjoy je kat FD tu. GV tahun lepas nampak dia stress gak.
Quote AWEKSAMURAI 6-12-2023 09:49 PM
izat123 replied at 6-12-2023 09:01 PM
Sebenarnya dia dapat je masuk undian hot seat tu tapi dia tolak sebab dah set nak masuk Famili Duo ...

Yaaaa ..  btul tu FD dtg dulu sebelum ASGV hot seat comfirm
Quote YomiuriLandMae 6-12-2023 10:26 PM
izat123 replied at 6-12-2023 09:01 PM
Sebenarnya dia dapat je masuk undian hot seat tu tapi dia tolak sebab dah set nak masuk Famili Duo ...

iols rasa suki sbb dlm sume hot seat tu suki yg terpaling lmbt skali dpt tahu masuk ASGV.. tp tula minggu kedua dah tersingkir plak.. buang karan jer..
Quote ashilalat 6-12-2023 10:53 PM
izat123 replied at 6-12-2023 09:01 PM
Sebenarnya dia dapat je masuk undian hot seat tu tapi dia tolak sebab dah set nak masuk Famili Duo ...

Korang percaya ke? Ayat coverina je kot. Entah² xde sape pon undi. Suki tu lg ramai org undi. Shilalat ni kan jenis x mau kalah. Cakap je la gitu. Gitu Hati hitam aku meneka dalam kesamaran.
Quote sukebintang 6-12-2023 11:25 PM
Bonger replied at 6-12-2023 08:34 PM
Srs kurang undian
Follower pon ramai
Lagipun Dia kan penyanyi internasional



FD ni kan ada voting jugak. Terkejut juga tengok vote dia rendah. Tom& fuad pun lagi tinggi undian.

I syak followers and fans jenis yang support je and bagi sokongan kat media sosial.  Tapi jenis malas nak mengundi.
Quote Nenasketum 6-12-2023 11:34 PM
Acik geli nengok kuku ko lalat.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.037635 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top