CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cikgu Macam Gangster, Tampar Dan Tendang Pelajar Depan Khalayak Ramai Semasa Majlis Berlangsung!

14-12-2023 11:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13543| Komen: 69

Seorang guru didakwa menampar seorang murid di atas pentas depan khalayak ramai.

Menerusi video tular berdurasi 41 saat itu, kejadian dipercayai berlaku dalam satu majlis di sebuah sekolah.


Menurut seorang wanita yang memuat naik video tersebut, perkongsiannya itu bertujuan sebagai peringatan bagi menunjukkan kepada masyarakat bahawa perlakuan seperti itu adalah tidak wajar.


Foto: via mStar

“Tak ada niat nak buka aib tapi untuk jadi peringatan. Mu cikgu ke, guru besar ke, PK (guru penolong kanan) ke, tak kisahlah siapa mu. Cuma waktu nak marah atau tegur tu biar beradab sikit.

“Aku tak pernah buat pelajar aku macam tu... (walau) nak marah macam mana pun. Buat macam tu depan orang ramai. Biar cerdik sikit cikgu ye,” jelasnya tanpa mendedahkan lokasi sekolah berkenaan.

Disangka seorang murid yang ditampar di atas pentas, rupanya guru yang sama didakwa bertindak keterlaluan dengan menendang seorang lagi murid.


Perkara itu didedahkan menerusi video kedua di ruangan komen: “Ni pelajar kedua. Kena sepak terus. Adakah betul begini cara mendidik atau menghukum pelajar?”

Video yang tular sejak malam Rabu itu turut mendapat perhatian pempengaruh media sosial, Mohd Fadli Salleh.

“Majlis tengah berlangsung. Murid-murid, guru (dan mungkin ada pelawat) penuh dewan, seorang guru pergi lempang murid kat depan.

“Apa la salah budak tu sampai tak boleh sabar tunggu majlis habis baru ambil tindakan. Tengok gaya, murid tu mungkin emcee majlis kot,” tulisnya di Facebook.


Foto: via mStar

Menurut Mohd Fadli, tindakan tersebut sekali gus mencemarkan profesion perguruan dalam kalangan masyarakat.

“Penuh la maki hamun netizen pada guru-guru. Kita nak orang hormat dan respek kita, tapi tindakan kita buat orang marah dan hilang hormat.

“Harap kes ni selesai elok-elok la. Dan diharap perkara seperti ini tidak lagi berlaku pada masa akan datang,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, seorang pengguna Facebook memaklumkan kejadian dipercayai berlaku disebabkan murid berkenaan tidak hormat sewaktu menyanyikan lagu Negaraku di majlis itu.

“Budak pertama tak duduk diam masa nyanyi lagu Negaraku. Budak kedua tersenyum tengok budak pertama. Ada majlis dan ada pihak polis waktu kejadian ini.

“Trauma budak dan ibu bapa ni. Harap ada tindakan segera memandangkan ini bukan pertama kali kejadian guru besar pukul budak waktu perhimpunan. Sekolah anak saya ni,” dakwanya.

Sementara itu, individu yang memuat naik rakaman itu sehingga tular tampil membuat penjelasan bahawa kes tersebut kini sudah dalam siasatan pihak berwajib.

“Kes dah disiasat dan semoga keadilan dapat ditegakkan. Mereka yang komen caci maki tu harap berhentilah. Sebab itu bukan objektif saya (muat naik video). Doakan yang baik-baik semoga ‘beliau’ serik dan belajar daripada kesilapan.

“Saya bukan niat nak viralkan sangat, tapi itulah hidup pada zaman sekarang ni kita kena terima hakikat bahawa kuasa viral dan suara netizen je boleh selamatkan keadaan.

“Buat aduan ke apa ke senyap sampai ke sudah. Jadi, itu saja cara yang saya rasa patut saya buat. Mana-mana yang sokong saya kata saya berani tu, terima kasih.

“Tidak berani mana juga, ketar-ketar sikit. Tapi saya percaya saya buat benda yang betul. Jadi tutup buku, mula yang baharu okay. Peace no war,” katanya menerusi hantaran terbaharu, pada pagi Khamis. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-12-2023 11:21 AM
Kene hanbtar kurusus anger manajemen cikgu ni. Anyhoo sekolah mana ni noks?
Quote lilacomot 14-12-2023 11:25 AM
mana vdeo nye
Quote salimrock 14-12-2023 11:33 AM
erm ntah la, syukur la aku dri sekolah, smpai anak sekolah dpt cikgu yg baik2

tak pernah ada dendam dgn cikgu...


mmg aku pernah kena rotan, kena marah, tp mmg salah aku sendiri , sapa suruh dtg lambat, pastu bau rokok lak tu.. kes gaduh lagi, mmg patut la wa kena

budak yg wa bergaduh time form 1 pn bila sama2 kena rotan, lepas bbrapa tahun kitorang berkawan baik.. sebab kawan2 dia kawan2 wa juga,  last2 isap rokok sama2
Quote lightheaded67 14-12-2023 12:01 PM
Edited by lightheaded67 at 14-12-2023 12:08 PM

entahler kadg mcm kesian je.syok sendiri bawak diri tu penting dlm membina ummah, sendiri pun slalu hilang kawalan.  pernah gak kena, skolah rendah tak siap kerja skolah time darjah 3,kena lempang.haha bodoh nye la bila pikir balik, takde pulak lah rasa sbb kan tak siap kerja skolah sekali tu je, jadi nk main rasuah ke, berzina kehulu kehilir ke, mencuri pagi ptg siang malam ke. cubelah blajar hukuman ke ape biar bpatutan dgn kesalahan? hai cikgu **** how r u? ni kesah bpuluh tahun dah. haha hidup ke mati org tua tu entahler. tiberrrrr (padam ah nama dia, bosan)
Quote pokokmeranti 14-12-2023 12:17 PM
member I pernah kena penampar dgn cikgu Azam (nama sebenar), berkali2 dan sangat kuat.

I pernah kenapa penampar dgn cikgu Fatimah Nor (nama sebenar), hanya kerana waktu member sedang bertanya I memberi respon. Datang terus ke meja I dan penampar tanpa minta penjelasan. Dia ingat I bersembang2 bodoh, seolah x hormat waktu dia mengajar. Tak kan la kalau member nak pinjam pensel, kita buat bodoh kan. plg mudah jawab, ambilah. Sampai skrg I x kan maafkan dia. si gemuk bercermin mata, si suami kaki tempang dgn dua ekor anak betina kembar. Sekian.
Quote Simunggu 14-12-2023 12:19 PM
tak suka mengajar jangan jadi cikgu...selesai
Quote nariz 14-12-2023 12:25 PM
Edited by nariz at 14-12-2023 12:26 PM

Bagi penampar or penyepak ni tak patut la
Gaya mcm nk lepaskan baran jah

Quote kucingitam 14-12-2023 12:28 PM
cikgu tak breakfast lagi kot..lapar takleh tahan, majlis tak habis lagi
Quote syamzana 14-12-2023 12:36 PM
ni sek rendah kat trg tu ke? dekat area umah iols gak la ni, kecoh mak iols ckp gb penampar tendang murid2 ms perhimpunan.
Quote sufi^_^ 14-12-2023 12:37 PM
Ni musim cikgu buat onar ke ni?

Tred sebelah cikgu kaunseling amang seksual.
Quote Beribear 14-12-2023 12:53 PM
Mujur sekolah iolss cikgu tak pernah naik tangan. Ada sekali lah kena ketuk dgn cikgu ca ya nun alif guna dia punya scale math yg besar tu hahahaa tapi tak kesah pon cuma aku doa dia tak jadi cikgu subject aku akan dtg. Kalau cikgu disiplin ada sorang ustaz dgn cikgu india ni garang tapi budak² gangster semua hormat dua orang cikgu ni siap buat kawan lagi walaupon selalu kena libas buntut sebab datang lambat hahhahahahahaa
Quote gekkou 14-12-2023 01:12 PM
aku pun sampai skang x boleh maafkan seorang cikgu
nama dia cikgu md nor
mengajar sekolah rendah SKDAH
padahal aku dalam kelas masa tu
tiba2 dia masuk dan tarik keluar
sorg member aku dok belakang aku pun kena
sampai skang tatau kenapa kena tampar

mungkin dah mati kot cikgu tu
tapi aku tetap tak maafkan

utk kes di atas
yang amik video cakap dah pernah buat report
tapi tiada tindakan
yang atasan tau kes tapi tutup mata
pun semoga anak2 kalian kena buli
Quote A-Are 14-12-2023 02:22 PM
lightheaded67 replied at 14-12-2023 12:01 PM
entahler kadg mcm kesian je.syok sendiri bawak diri tu penting dlm membina ummah, sendiri pun slalu  ...

yg peliknya yg ambik rasuah kes juta2 semua jenis budak nerd je masa kat sekolah...bibir pon elok merah
Quote vespa_oren 14-12-2023 02:26 PM
biasa berlaku kt sekolah rendah
mungkin sbb diaorg x melawan
Quote caprut 14-12-2023 02:44 PM
vespa_oren replied at 14-12-2023 02:26 PM
biasa berlaku kt sekolah rendah
mungkin sbb diaorg x melawan

Best jd cikgu sbb klient bdk2 masih x faham apa. Sbb tu graduan pendidikan nk kjer sekolah gomen je. Mati ko kalau jd ckgu sekolah swasta
Quote PembacaSenyap 14-12-2023 02:59 PM
Klu dah GB buat perangai gini.. ko rasa anak² murid nak hormat ke?  Mesti jenis kepala angin kene ikut ckp dia jek. Dasaaarrr!! sila viralkan muka beliau!
Quote damsel_fiji 14-12-2023 03:16 PM
sekolah rendah boleh la..cer buat kt skolah menengah..ntah2 ko kena sepak balik
Quote Jitu 14-12-2023 03:18 PM
mesti cikgu jenis baran ni
Quote Radzor 14-12-2023 03:23 PM
Sekolah rendah dulu cikgu dok bantai dengan pembaris kayu papan hitam tu. Kuat oo bunyi... PAPPP PAPPP !!

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.228771 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top