CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aina Abdul Bawa Pulang RM5000, Jangan Mati Rasa Itu Lagu Terbaik Hari Pertama Separuh Akhir Muzik-Muzik 38

15-12-2023 06:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13315| Komen: 20

Aina Abdul berjaya memperoleh kemenangan dua kategori di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-38 (SFMM38) yang berlangsung pada petang Jumaat.

Aina yang mempertaruhkan lagu ciptaannya iaitu Jangan Mati Rasa Itu menambat hati juri apabila dipilih sebagai Lagu Terbaik hari pertama SFMM38 dan berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000.


Tidak hanya itu, Aina turut memenangi kategori Lagu Pilihan Alha Alfa berdasarkan undian penonton sekali gus melayakkan penyanyi itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000.

Foto: mStar

Secara keseluruhan Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000.

Bagaimanapun nasib Jangan Mati Rasa Itu hanya diketahui pada hari ketiga SFMM38 sama ada layak ke Juara Lagu ke-38 (AJL38) tahun depan.

Hari pertama SFMM38 turut menyaksikan persembahan daripada Inilah Jalannya (Masdo), Oh Wanita (Khai Bahar), Waktu (Hasif Upin & Ziana Zain), Kucuma (Wany Hasrita & Datuk Jamal Abdillah), Kaulah Syurga (Khai Bahar & Lia Aziz).


ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri tak pernah cakap tarik diri nyanyi lagu Astana, tampil beri penjelasan punca tidak sertai SFMM38

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 15 tahun akhirnya Ziana Zain kembali bersaing di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 38... “Ikutkan saya sudah malas”

Turut bersaing adalah lagu Tusuk (Shiha Zikir), Hasrat (Amir Jahari), Ilusi (Marsha Milan Ft Hazama), Bahagia Milik Kita (Syamel) dan Racun (Elica Paujin Ft Dem Lepak).

Barisan juri SFMM38 diketuai Datuk Mokhzani Ismail, LY, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap dan Azmeer.

SFMM38 bersiaran secara langsung selama tiga hari berturut-turut dari 15 Disember 2023 hingga 17 Disember 2023 di TV3 dan Tonton.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote asma87 15-12-2023 06:57 PM
Sengaja kot bagi aina menang kalini sbb xnak bagi aina dpt juara lagi tahun ni? Mesti ada lagu lain yg dirancang nak dijadikan juara AJL nanti
Quote beta_carotene 15-12-2023 07:03 PM
asma87: Sengaja kot bagi aina menang k ...


Meols saspek lagu Marsha Hazama menang AJL tahun dpn
Quote Bonger 15-12-2023 07:42 PM
asma87 replied at 15-12-2023 06:57 PM
Sengaja kot bagi aina menang kalini sbb xnak bagi aina dpt juara lagi tahun ni? Mesti ada lagu lain  ...

Takkan lah kot .... Esok pon ada satu lagu terbaik Ahad pon .... Lagipun lagu aina ni best uolss
Quote Mary_jane 15-12-2023 08:12 PM
Yeahhh, dah tak tokti lagi gambar kat atas tu.
Quote September14 15-12-2023 09:11 PM
Klu mokzani jd ketua juri sapa yg plg perfom masa final leh dpt top 3 atau juara terus.
Quote Sesuatu… 15-12-2023 11:01 PM
Dh mcm hntrn kawen dia pegang tu
Quote Piramida 15-12-2023 11:15 PM
Sedap aja lagu tu.. Suara pun OK.
Tapi entahlahhh tak pernah nak minat org ni.
Quote Kurex 15-12-2023 11:20 PM
Buruknya hadiah
Quote Kurex 15-12-2023 11:20 PM
Btw bapok2 suka betul yach penyanyi suka jerit
Quote LembingDayanti 15-12-2023 11:29 PM
aina mmg nyanyi bingit tapi tokti nyanyi macam raksaksa yg pandai nyanyi... dua dua aku takut... hahahahah
Quote sleepandream 15-12-2023 11:43 PM
tanpa tokti... apalah sgt ajl tu
Quote September14 16-12-2023 12:05 AM
sleepandream replied at 15-12-2023 11:43 PM
tanpa tokti... apalah sgt ajl tu

Bkn tnpa ajl sapa la tokti ke? AJL xde tokti elok je rating tinggi…
Quote sleepandream 16-12-2023 12:09 AM
September14 replied at 16-12-2023 12:05 AM
Bkn tnpa ajl sapa la tokti ke? AJL xde tokti elok je rating tinggi…

tokti tak masuk ajl saban tahun pun org petik nama tokti bila musim ajl...
kat situ dah tahu noks
lagu mana menang pun orang tak ingat dah
Quote Rhyno 16-12-2023 02:17 AM
Masuk final yes, menang juara No. Lagu Sutera (Aisha Retno) lebih layak juara.
Quote jemahjacjon 16-12-2023 05:42 AM
5k je? Baju dia sje dah puluh k tu, apo bg 5k je
Quote wirazam 20-12-2023 11:01 PM
September14 replied at 16-12-2023 12:05 AM
Bkn tnpa ajl sapa la tokti ke? AJL xde tokti elok je rating tinggi…


Zmn dct dah berlalu..
Ini zmn bbnu mendunia pulak..dct jgn nak butthurt pulak ye...dah mmg resam dunia..

Btw..jmri, santai dan sutera ..Ada peluang cerah utk top places...lagu lain pun ada peluang juga
Quote September14 20-12-2023 11:14 PM
wirazam replied at 20-12-2023 11:01 PM
Zmn dct dah berlalu..
Ini zmn bbnu mendunia pulak..dct jgn nak butthurt pulak ye...dah m ...

Iye klu rasa AJL tu dah x best bkn sbb tokti tp sbb faktor usia sdri… smkin tua smkin kurang minat thdap hiburan tp klu x sedar2 x tau nk kata apa la khuens..

Rasanya bbnu zmn skg enjoys je tgk AJL stadium tu penuh je rating ajl x pnh lg la drop…
Quote laqoyah 21-12-2023 03:05 AM
September14 replied at 15-12-2023 09:11 PM
Klu mokzani jd ketua juri sapa yg plg perfom masa final leh dpt top 3 atau juara terus.

Markah vokal....Mohzani tak suka terlalu mendesah-desah. So tak payah la ko sakitkan anak tekak. Nyanyilah dengan iklas ni bukan American Idol.

Quote wirazam 21-12-2023 07:11 AM
September14 replied at 20-12-2023 11:14 PM
Iye klu rasa AJL tu dah x best bkn sbb tokti tp sbb faktor usia sdri… smkin tua smkin kurang mina ...

Good point sis..

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.050781 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top