Tular video sedutan babak memperlihatkan pelakon Zara Zya dipeluk daripada belakang oleh hero drama Hati Tercarik Luka yang bakal bersiaran bermula Khamis ini. Tampil mengulas mengenai adegan berkenaan, Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, mengakui tindakannya itu salah dan meminta maaf di atas kesilapan yang dilakukan.
"Betul memang ada babak-babak sebegitu tapi apa yang saya boleh cakap... saya minta maaf sangat-sangat. Kadang-kadang kita terlepas pandang dan tidak sedar benda itu. "Orang pun tahu yang sebelum ini pun saya tiada babak sedemikian. Kali ini.... alamak, apa yang saya buat ni? Saya tak nak komen panjang tapi saya minta maaf," katanya kepada mStar. Ditanya adakah babak tersebut disiarkan demi publisiti dan gimik drama, Zara pantas menafikan perkara tersebut. Sebaliknya, Zara berkata dia bukanlah individu yang suka menggunakan publisiti murahan untuk menaikkan sesebuah drama dan nama.
|
ADVERTISEMENT