CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Natasha Hudson Hamil Tapi Tetap Aktif 'Surfing'

23-12-2023 06:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 41019| Komen: 83

Pelakon dan model, Natasha Hudson memberitahu dia kini mengandung anak keempat dan usia kandungannya sudahpun memasuki trimester kedua.

Anak keempat ini menerusi perkahwinan kali kelima pelakon filem Chermin ini dengan Muhammad Harits Jasmin atau Jay Jasmin, setahun yang lalu


Menerusi perkongsian di laman Instagram (IG), Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 41, berkata, dirinya memang seorang yang sangat aktif ketika mengandung ketiga-tiga anaknya sebelum ini.


"Jika anda tertanya-tanya, saya kembali 'surfing' dalam trimester kedua ini.

"Saya tidak fikir boleh keluarkan kekuatan ini dari dalam diri.

"Ibu mengandung perlu menyediakan diri mereka untuk menjadi kuat," tulisnya.

Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Australia itu, ia agak berbeza untuk 'surfing' dengan keadaan perutnya yang besar itu tetapi dia hanya mengambil mudah perkara itu.


"Saya meletakkan semua tekanan pada dada melebihi dari perut dan kadang-kadang kayuh dengan lutut. Ia sangat terapeutik dan menenangkan.

"Saya juga akan terus kekal aktif dan cergas bersama anak keempat dalam kandungan ini sehingga sampai saat melahirkan nanti," tulisnya.

Terdahulu, Natasha pernah mengeluarkan kenyataan dia mempunyai hasrat untuk menambah anak tetapi mahu menstabilkan kedudukan kewangan keluarga terlebih dahulu.

Untuk rekod, Natasha mendirikan rumah tangga bersama Jay Jasmin pada 28 Mac tahun lalu yang juga perkahwinan kali kelima itu dalam majlis secara sederhana di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Natasha memiliki tiga anak perempuan iaitu Neesa Helena, Naeema Kalila dan Faatimah.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 23-12-2023 07:07 PM
Anak2 dulu pun kau kasik ex laki jaga, lagi nak beranak.
Quote Incanto 23-12-2023 07:15 PM
dua_chzy replied at 23-12-2023 07:07 PM
Anak2 dulu pun kau kasik ex laki jaga, lagi nak beranak.

anak tu mcm souvenier utk setiap laki
cuma ada yg tak sempat sbb kawin sekejap sangat




Quote likilu 23-12-2023 07:16 PM
dua_chzy replied at 23-12-2023 07:07 PM
Anak2 dulu pun kau kasik ex laki jaga, lagi nak beranak.

Yg penting dapat passing dna dari grandfather yg pernah bercerai
Quote dua_chzy 23-12-2023 07:17 PM
Incanto replied at 23-12-2023 11:15 AM
anak tu mcm souvenier utk setiap laki
cuma ada yg tak sempat sbb kawin sekejap sangat

Ape punya jantan betina perangai gini. Tasha ni walau cantik hada regal aura tapi perangai hippies sangat. Kesian anak2.
Quote Nadiabella 23-12-2023 08:49 PM
Anak2 pon dia tak jaga..senang jer nak beranak lagi
Quote mzzenma 23-12-2023 08:54 PM
baru tertengok chermin kat tiktok semlm..cantik dia masa tu walaupun kayu

deanna yusuf pula mmg cantik betul di mata iollsss
Quote sharlenetexas 23-12-2023 09:01 PM
Sape pulak yg nk jaga ni? Maaf, iols rasa skeptikal.


Quote gekkou 23-12-2023 09:02 PM
murah jodoh
murah anak
bertuah badan

Quote little_sis 23-12-2023 09:10 PM
Murah rezeki dia ni..
Quote linb 23-12-2023 11:17 PM
Dia ni ke yang haritu cakap ada dna keturunan yang menyebabkan dia asyik berserai?
Quote selipar_hijau 23-12-2023 11:19 PM
Anak semua lawa2
Quote rosevelvet 23-12-2023 11:22 PM
dua_chzy replied at 23-12-2023 07:17 PM
Ape punya jantan betina perangai gini. Tasha ni walau cantik hada regal aura tapi perangai hippies ...

Betul la uols. Tp bukan ke dulu sheol berkahwen ngn dato muda. Dia ni kalau kawen org kaya or kerabat lg nmpk sheol ni mahal. Mcm fathiya latif. Syg jd mcm tu
Quote aina_shaira 23-12-2023 11:25 PM
Dia buat keje ape sekarang? Consider bekas artis kacukan je kan  
Quote jargon 23-12-2023 11:25 PM
Dia ada aura kwen gn kerabat or mat salleh..iols lg rela dia ni dr jeslinot tu…

Lg satu dia ni trpaling la berhijab purdah bagai last2
Quote lolen 23-12-2023 11:31 PM
Untungnya lahaiii org mudah jodoh murah rezeki anak..mgkin dia x rasa sbb dia sng dpt

Mmg terbukti kalo ko cantik perangai huduh ke janda berapa kali ke tehtappp ada org yg nak..natasha ni dah membuktikannya
Quote I.K.A888990 24-12-2023 12:25 AM
lama dah tak tgk vlog dia
dulu selalu lalu kat TT videonya
hrp2 dia ada selalu jumpa anak2 yg 3 org tu laa

Quote aina_shaira 24-12-2023 03:54 AM
I.K.A888990 replied at 24-12-2023 12:25 AM
lama dah tak tgk vlog dia
dulu selalu lalu kat TT videonya
hrp2 dia ada selalu jumpa anak2 yg 3 org  ...

Apa nama TT dia?
Quote I.K.A888990 24-12-2023 04:51 AM
aina_shaira replied at 24-12-2023 03:54 AM
Apa nama TT dia?

cari natashahudsonofficial
Quote bambimo 24-12-2023 06:55 AM
Saya mahu satu kehidupan,
Kamu mahu sesuatu yang lain,
Kita tidak dapat makan kek coklat,
Jadi kita makan sesama diri

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.062939 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top