Seorang individu mendakwa anak kepada seorang personaliti TV popular mendedahkan ayahnya seorang kaki pukul dan mempunyai sikap panas baran. Menurut individu tersebut, bapanya menunjukkan perwatakan lembut dan kelakar namun hakikatnya hanya pihak keluarga sahaja yang tahu sikap sebenar selebriti berkenaan.
Luahan perasaan itu dikongsikan oleh anak selebriti berkenaan menerusi aplikasi Q&A dan dimuat naik semula di platform X. "Memandangkan ramai share story mereka, aku nak cerita sisi gelap family aku. Aku anak artis dari kecil semua kenal dan tahu aku anak siapa. "Ramai rasa benda tu privilege. Yes, sometimes it is tapi... kau orang takkan pernah terfikir yang dia seorang kaki pukul. Di luar, di depan peminat semua cakap dia baik, lembut dan kelakar. "Dekat rumah? Hanya family sahaja tahu baran dia macam mana," katanya.
Tidak habis di situ, individu tersebut juga terfikir untuk mendedahkan sikap bapanya namun percaya tindakan itu hanya sia-sia dek personaliti yang dibawanya ketika berada di khalayak umum. Malahan, dia turut mengakui trauma untuk mendirikan rumah tangga akibat 'penyiksaan' yang dialaminya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata, ramai yang mulai berteka-teki mengenai identiti selebriti yang dimaksudkan. Pada masa sama, mereka turut menzahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa individu tersebut. Sumber: Xtra |
kakacantikkan replied at 24-12-2023 08:26 PM
sawie ke turrr
johnantak replied at 24-12-2023 08:41 PM
ke serbuk arang gigi dherbs?
Hoshhi replied at 24-12-2023 08:49 PM
Meols tak rasa dia ni. Sebab dalam q&a tu dia macam cakap bapak dia sweetheart malaysia sampaikan ...
Hoshhi replied at 24-12-2023 08:49 PM
Meols tak rasa dia ni. Sebab dalam q&a tu dia macam cakap bapak dia sweetheart malaysia sampaikan ...
addamnor replied at 24-12-2023 08:58 PM
siapa sweet heart malaysia versi lelaki?
at least kena remarkable attitude lebih kurang tokti la k ...
ADVERTISEMENT