Oleh : Dean BZ
Anda pasti pernah jatuh cinta, ingatkah anda siapa cinta pertama anda? Di usia berapa anda mula jatuh cinta untuk pertama kali itu? Hebatnya kuasa cinta hingga terkadang kita lupa kisah-kisah duka saat dilamun cinta. Memetik dari e-kesihatan.blogspot.my, dinyatakan sudah banyak penyelidikan saintifik yang mengesahkan kuasa cinta dan kasih sayang dalam membantu anda untuk kekal sihat, hidup lebih lama dan rasa lebih gembira. Mengapa? Mengikut pakar-pakar, cinta boleh:
Mencegah penyakit. Mereka yang bahagia dalam perkahwinan mempunyai risiko lebih rendah terhadap penyakit kardiovaskular, pneumonia dan kanser. Mengurangkan kesakitan. Perkahwinan boleh memberi kelegaan terhadap artritis rheumatoid (RA), sakit kepala dan sakit belakang malah kesakitan dari kejutan elektrik. Menurunkan tekanan darah. Pelukan boleh menurunkan bacaan tekanan darah wanita dengan cepat. Menghilangkan kemurungan. Hubungan jangka panjang membuatkan kurang berisiko untuk menjadi murung, cemas atau membunuh diri. Memberi anda rasa keseronokan semulajadi. Para saintis di New York baru-baru ini telah mengesahkan rasa keseronokan yang anda rasai ketika jatuh cinta adalah serupa dengan kesan dadah kokain – tetapi ianya adalah murah, tidak bahaya dan memang sah di sisi undang-undang. Lihatlah bertapa hebatnya perasaan cinta. Adakah dalam hidup anda, hanya sekali saja melalui percintaan? iaitu cinta pertama dan cinta terakhir hingga ke jinjang pelamin. Jika tidak, berapa kalikah anda bercinta sehingga kini? - CARI Infonet. |
16
Bagus |
12
Marah |
20
Terkejut |
15
Sedih |
25
Lawak |
21
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ffawwaz replied at 8-12-2015 02:02 PM
cinta monyet..bnyak fefeeling je crush ngan itu ini..~so scandalous..haha
tapi yg betul2 buat jat ...
UsuFie replied at 8-12-2015 02:34 PM
kakak tumpang sedih....
comel91: tak kesah berapa kali yang last sekali tu yang menyakitkan... huhuhu...
ADVERTISEMENT