Tindakan beberapa individu memuat naik foto berukuran pasport mirip penyanyi Aziz Harun yang disimpan dalam dompet mengundang perbalahan dalam kalangan netizen di media sosial. Beberapa wanita tampil mendedahkan mempunyai foto sama yang disimpan dalam dompet mereka selain menegaskan lelaki dalam gambar tersebut merupakan teman lelaki mereka.
Aziz turut menerima kecaman apabila dianggap sebagai buaya kerana cuba mempermainkan hati kaum wanita. Aziz atau Abdul Aziz Harun, 26, menjelaskan foto yang tular itu adalah dia namun perdebatan yang berlaku di media sosial sekadar guruan dalam kalangan peminat. "Saya sebenarnya terharu apabila mereka kongsi gambar itu dan anggap saya sebagai teman lelaki sebab saya tahu itu sekadar gurauan. "Pada saya perkara biasa kalau orang simpan gambar dalam dompet... Saya percaya dengan peminat saya kerana kami memang rapat tapi tentulah ada batasnya," katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Aziz menjelaskan foto pasport itu diedarkan ketika majlis ulang tahunnya yang dianjurkan sendiri peminat pada 2 Disember 2023. Pada acara itu, penganjur memberikan cenderamata kepada tetamu termasuk gambarnya yang dicetak sendiri. "Masa ulang tahun kelahiran saya baru-baru ini peminat adakan sebuah majlis tapi mereka tidak menjemput saya sebab nak sambut di antara mereka sahaja. "Tapi pada hari kejadian saya datang juga untuk buat kejutan kepada peminat. "Penganjur ada beri freebies seperti keychain dan foto berukuran pasport yang mereka cetak sendiri dan edar kepada yang hadir. Sebab itulah mereka ada gambar yang sama," katanya. Penyanyi kelahiran Brunei ini bagaimanapun tidak menyangka perkongsian peminat disalah anggap sesetengah pihak sehingga ada menuduh mereka sebagai gatal. Bagaimanapun kata Aziz, bagi menghargai peminat dia akan melakukan sesuatu istimewa buat mereka tidak lama lagi. "Saya rasa kasihan dan bersalah dengan peminat sebab ada yang gelar mereka dengan panggilan kurang enak dan saya akan buat sesuatu bagi merawat kesedihan mereka," katanya. Aziz turut menyangkal penularan foto berkenaan sebagai salah satu teknik pemasaran bagi mempromosikan lagu terbaharunya. "Ini bukan marketing lagu baru tapi semua ini berlaku secara tidak sengaja dan ia agak kelakar sebenarnya. "Tapi saya anggap perkara ini sebagai rezeki (pemasaran) pada masa yang tepat," ujarnya. Sumber: mStar
|
prince_marhaen replied at 4-1-2024 02:26 PM
bodohnya cikki-cikki tersebut.. sendiri simpan, sendiri berair, sendiri sentap ada org lain simpan.. ...
ADVERTISEMENT