CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adam Corrie Dituduh Makan Babi

8-1-2024 09:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11069| Komen: 41

Adam Corrie kesal apabila ada segelintir pihak tergamak menuduhnya rindu menjamah daging khinzir susulan memuat naik foto mi wantan ayam BBQ di laman sosialnya sebelum ini.

Tidak pasti tujuan tuduhan itu dilemparkan terhadapnya, Adam atau Adam Corrie Lee Abdullah, 56, sebaliknya menjelaskan sebelum memeluk agama Islam 16 tahun lalu dia memang tidak menggemari hidangan berasaskan daging tersebut.


Foto: mStar

"Ada komen-komen di page saya kata saya rindu nak makan babi. Sebab itu saya sanggup makan mi wantan ayam BBQ merah serupa babi.

"Ada juga kata saya memang makan babi dan bukannya ayam BBQ. Saya sebagai seorang Muslim yang telah kembali kepada fitrah selama 16 tahun tak rasa rindu pun nak makan benda haram.

"Saya tak pasti niat mereka berkata begitu, sama ada nak provokasi atau sebaliknya," katanya.

Adam berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.


Pelakon itu pada 26 Disember lalu memuat naik hantaran sedang bersaparan mi wantan bersama ayam BBQ.

Disebabkan ayam tersebut berwarna merah, ada menuduhnya makan daging babi.

Sementara itu, Adam berkata, sejak bergelar mualaf, dia lebih memahami tentang soal halal dan haram yang ditegaskan dalam agama Islam.

Katanya, dia tidak pernah terfikir untuk makan makanan daripada sumber tidak halal seperti mana didakwa sesetengah pihak.

"Sebelum syahadah saya bukanlah penggemar daging babi. Ramai sahaja orang bukan Islam yang memang tak makan daging tersebut. Mereka ada alasan sendiri kenapa tak makan.

"Selepas syahadah, saya faham tentang halal haram. Yang haramnya sikit, yang halalnya banyak. Rezeki Allah bagi banyak, carilah yang halal.

"Jika ada yang kata dulu saya makan makanan haram bertan-tan, maka itu saya sebelum syahadah," ujarnya.

Untuk rekod, Adam memeluk Islam pada 13 Julai 2007 sebelum mendirikan rumah tangga dengan Fazima Fuad.

Selepas 10 tahun menanti, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Adam Fateh Lee yang kini berusia enam tahun.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 8-1-2024 09:37 AM
Jangan dilayan puak bingai.

Quote cikatilia 8-1-2024 09:47 AM
depa mmg tak kenai kot rupa ayam bbq gitu mcm kat chicken rice shop pon ada kan? ayam le tuh..

trauma xtentu hala dgn babi sampai ayam pon dituduh babi.
diri sendiri yg berperangai mcm setan
Quote I.K.A888990 8-1-2024 09:49 AM
netijon biasalah
Quote LipasComel 8-1-2024 09:50 AM
lahai jahatnya mulut netizen ni
Quote sayurmayur88 8-1-2024 10:53 AM
netz mesia biasalah, jangan d layan. bior je theolls, akhirat nnt merangkak la tu cari uolls.
Quote tompie 8-1-2024 10:58 AM
Senang betul kita ni nak mengaut dosa.. yang dok kata dia makan babi tu, nak mintak maap mcmana?? DOsa dengan Allah senang Allah nak ampunkan sebab Allah maha pengampun.. dosa2 dengan orang ni yang buatkan kita bankrap kat akhirat nanti... sekian mode tarbiah diri sendiri..
Quote menjad 8-1-2024 11:24 AM
gamak nya menuduh orang islam makan babi...

memang babi punya perangai
Quote sukacactus 8-1-2024 11:57 AM
Yg komen tu tau mkn nasi dgn ikan grg, ayam grg, telur goreng je selama hidup
Menu2 lain, lauk lain mcm skit terus dicop xhalal
Sian otak berapa berkembang
Quote Lavender_Violet 8-1-2024 12:02 PM
Yg menaip mengomen tu lah yg babi sebenarnya
Quote anony-mous 8-1-2024 12:11 PM
cikatilia replied at 8-1-2024 09:47 AM
depa mmg tak kenai kot rupa ayam bbq gitu mcm kat chicken rice shop pon ada kan? ayam le tuh..

trau ...

B40 sangkak biasa la. Jenis xpernah try mcm2 mkanan lps tu flex
Quote linb 8-1-2024 12:21 PM
anony-mous replied at 8-1-2024 12:11 PM
B40 sangkak biasa la. Jenis xpernah try mcm2 mkanan lps tu flex

A ah betul. Kalau tak silap honey bbq ke apa.  Old town white coffee pun ada jugak menu macam ni. Corrie makan ni kat mana?
Quote rayna_raynes 8-1-2024 12:30 PM
Melayu sangkak bawah tempurung mmg mcm ni. nampak pelik sikit terus cop babi. Nampak mcm cina sikit jual terus tuduh babi. Igt babi murah ke
Quote jlo 8-1-2024 12:39 PM
jahat betul mulut netizen ni
Quote vionna007 8-1-2024 02:04 PM
eeeiii...jahatnya tuduhan mcm tu...
Quote jiwakacau06 8-1-2024 02:06 PM
rayna_raynes replied at 8-1-2024 12:30 PM
Melayu sangkak bawah tempurung mmg mcm ni. nampak pelik sikit terus cop babi. Nampak mcm cina sikit  ...

babi pn nk  sama harga dgn daging lembu tempatan dh...
Quote Purplehaz 8-1-2024 04:30 PM
Dia nmpk makin bagus...wife byk mengubah dia gaknya..semoga terus istiqomah.

Motip upload Foto mkn chicken Char siew ala .. dpt mengundang netizen beri maklum bls dn jadi news??

Quote missyL 8-1-2024 05:32 PM
Bengong laa haha
Char siew chicken ade je

Cm rendang ayam ade
Rendang babi pn ade
Masakan sama
Daging berbeza
Quote dua_chzy 8-1-2024 05:44 PM
Anjingnya yang komen.
Quote dua_chzy 8-1-2024 05:47 PM
Tapi nampak sedap betul char siu kai (ayam) tu yach. Very der vibrant menggoda warnanya. Mi wantan tu pun nampak delish.

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.035556 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top