CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Tercekik Makan Pulut, Mayat Budak 2 Tahun Disumbat Dalam Peti Ais

8-1-2024 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7361| Komen: 11

BANGKOK – Mayat kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemui dalam keadaan berbungkus dan disumbat di dalam peti ais sebuah rumah di wilayah Nonthaburi, semalam, lapor akhbar Thaiger.

Susulan penemuan itu, polis menahan seorang wanita berusia 25 tahun, yang merupakan penjaga sah mangsa. Ibu bapa kanak-kanak itu dipenjarakan akibat kes dadah.


Ketika disoal siasat, suspek yang dikenali sebagai Koi berkata, pada 2 Januari lalu, dia tidur bersama mayat mangsa ketika menunggu suaminya pulang ke rumah.

Foto: Thaiger

Mayat kanak-kanak tersebut ketika itu dikatakan dihurung semut, manakala tangan dan mulutnya dipenuhi dengan pulut. 

Suspek memberitahu polis bahawa mangsa meninggal dunia akibat tercekik pulut ketika makan. Disebabkan takut, suspek dengan dibantu suaminya membalut mayat mangsa menggunakan kain, menyumbatnya di dalam beg pakaian dan memasukkannya ke dalam peti sejuk, lapor akhbar Bangkok Post.


Polis masih menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa bagi menentukan punca kematian. 

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 8-1-2024 10:15 AM
seramnya, i olls baru masak pulut semalam...huhu
Quote firstlurv 8-1-2024 10:36 AM
Hurm...kalau tak leh jaga janganlah buat mcm tu.....
Quote airmineral 8-1-2024 10:46 AM
kesiannya budak ni
parent penjara sbb dadah
penjaga jaga smp mati pula
Quote MadameOnion 8-1-2024 11:34 AM
macam cerita hantu siam dah
Quote Zeatyisaac 8-1-2024 11:39 AM
Kehidupannya mungkin tak bahagia. Dia dikelilingi oleh dewasa yang sebegitu. Berlarilah duhai anak di taman2 syurga.
Quote batmana 8-1-2024 11:49 AM
Atuk pada suami penjaga duk 1 rumah..tapi buta nenek yg pi report polis sbb ada bau xsdap dlm bilik berkunci cucu dia.
https://www.bangkokpost.com/thailand/general/2719279/toddler-found-stuffed-in-refrigerator-woman-detained
Quote black_handbag 8-1-2024 11:53 AM
mmg tercekik sebab makan pulut ke ko yg sumbat pulut penuh2 sampai terjeluak tak boleh bernafas budak tu

macam tak nak jaga je.. kesian budak tu mak pak kat penjara
Quote mejaputih 8-1-2024 01:56 PM
pengasuh dia tido dgn mayat dulu la kan...pastu mayat pula tak dibersihkan pulut masih dalam mulut dan tangan mayat sampai semut dtg...
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:46 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:46 PM

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.041324 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top