CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Salih Yaakob Fed Up Dilayan Macam Hamba Abdi - "Bayaran Lepas Duit Rokok Nak Buat Apa?"

8-1-2024 12:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17004| Komen: 101

Kehilangan artis serba boleh Salih Yaacob daripada dunia seni meninggalkan tanda tanya dalam kalangan peminat sehingga timbul dakwaan mengatakan dia merajuk.

Salih, 63, bagaimanapun menjelaskan dia tidak menjauhkan diri sebaliknya banyak menolak tawaran berlakon drama atau pun filem kerana bayaran ditawarkan tidak mampu menampung kehidupan seharian.



Foto:mStar

"Kenapa nak merajuk? Sekarang bukan lagi zaman saya. Buat album sudah tak laku, tak layak jadi hero lagi. Komedi pun orang campak, pijak sahaja.

"Sekarang ini kehidupan saya seperti orang biasa... Ada yang panggil sesekali jadi pengacara majlis. Berlakon atau menyanyi itu tidak ada. Kalau ada yang panggil pun saya tidak mahu.

"Tawaran yang diberikan tidak menjamin kehidupan saya. Memang tidak berbaloi dan bayaran hanya lepas duit rokok dan buat isi kad Touch & Go. Itu nak buat apa? Siapa nak bagi saya makan?," katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.


Ditanya mengenai bayaran ditawarkan produksi kepadanya, Salih enggan mendedahkan perkara itu namun memberi bayangan jumlah tersebut sama seperti zaman 1980-an.

Salih menyifatkan perkara tersebut sebagai melampau dan tidak seharusnya berlaku pada industri seni zaman kini.

"Sekarang sudah 2024, jika bayaran sama seperti 1980-an, saya nak makan apa?

"Daripada saya terima dan tidak mendatangkan hasil, baik saya tolak sahaja. Mereka semakin kaya tapi kami pelakon veteran ini semakin miskin.

Saya nampak mereka macam nak jadikan saya hamba abdi sahaja," ujarnya.

Buat masa ini kata Salih, dia menyara tiga isteri dan dua anak yang masih bersekolah dengan hasil pendapatan sebagai pengacara serta membuat reviu produk dan makanan di media sosial miliknya.

"Sekarang ada tawaran jadi pengacara. Dua atau tiga kali setahun ada juga reviu produk serta makanan. Rezeki ini semua daripada Allah, jadi saya tak risau," katanya yang mempunyai 12 orang cahaya mata.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shilsbel 8-1-2024 01:06 PM
Atok masih merokok ke? Klo cemtu elok2 la benti yerr anak masih berderet lagi tu. Mikir2 lerr sama
Quote ilacantik 8-1-2024 01:07 PM
Satu yg meols nak komen, kenapa pelakon2 veteran sekarang especially para pelawak tua yg lelaki ni, semua gigi yg dah makin kurang tu, bawak2 lah pakai gigi palsu.  Nak tengok lawak dorang pun dah tak selera, selekeh betul gigi rongak.
Contoh, pakcik Salleh Yaacob ni ,hero pujaan meols tahun 80-90an tau. Meols masih layan filem keluarga 99, jejaka perasan, janda meletup.
Quote airmineral 8-1-2024 01:14 PM
63 umur, da patut duduk enjoy pencen ni
dia ada anak kecil2 lagi ke
Quote VespaSilbe 8-1-2024 01:25 PM
Ex schoolmate iols biniknya yg paling bongsu.. adehh siannya
Quote red_velvet 8-1-2024 01:47 PM
airmineral replied at 8-1-2024 01:14 PM
63 umur, da patut duduk enjoy pencen ni
dia ada anak kecil2 lagi ke

Anak dgn bini bongsu baru sekolah rendah ke tadika.. hari tu fyp kat tt aku .. sayang btul budak tu, lawa2 disambar atok saleh je sudahnya
Quote kucingitam 8-1-2024 01:58 PM
betulla apa dia kata, kalau bayaran ciput, buat penat dia je. tapi suka dia masa jadi dj sinar...ceria je hari2
Quote A-Are 8-1-2024 02:04 PM
awat x jd dj sinar lg...
Quote jiwakacau06 8-1-2024 02:04 PM
VespaSilbe replied at 8-1-2024 01:25 PM
Ex schoolmate iols biniknya yg paling bongsu.. adehh siannya

tp bini bongsu jgk kluar knytaan...i terima sy sbb dia xmenipu...dia kata ada krta,,btl dia ada krta...dia ada rmh...btl dia ada rumah...org bujang lain blum tentu ada...
Quote VespaSilbe 8-1-2024 02:13 PM
jiwakacau06 replied at 8-1-2024 02:04 PM
tp bini bongsu jgk kluar knytaan...i terima sy sbb dia xmenipu...dia kata ada krta,,btl dia ada kr ...

Dulu lebat khuenz.. dah tua2 ni.. hmmm nak tulis panjang2...takut terpalit kat diri sendiri.. tu yg malas nak masuk fb
Quote jiwakacau06 8-1-2024 02:20 PM
VespaSilbe replied at 8-1-2024 02:13 PM
Dulu lebat khuenz.. dah tua2 ni.. hmmm nak tulis panjang2...takut terpalit kat diri sendiri.. tu y ...

btl tu...msa tu tgh lbt... skrg...sikit ...bahagi2.. dpt lg la sikit..
Quote prince_marhaen 8-1-2024 02:58 PM
entak lah tokkk.... elok2 boleh menikmati hasil persaraan dengan selesa... atok pasang 2-3 lagi.... hadap je la anak kecik2 lagi... napsu punya pasal khensss..
Quote anilanil 8-1-2024 03:05 PM
So kami nak kena buat apa tok? Nak buka tabung ke? Atok sendiri pon dah lama tahu keje retis ni takde pencen & epf. Atok seny pon tahu retis ni disanjung, dipuji pada zaman kemuncak. Atok sendiri pon tahu kena sediakan payung sblm hujan. Yg byk atok sedia ialah bilangan isteri & anak.
Quote MadameOnion 8-1-2024 03:36 PM
org laki kena beringat la kalau harta makan tak habis tu takpelah nak kawin 4..ni dah susah...elok2 boleh lepak2 di hari tua..tetiba kena hantaq anak pi sekolah..duit buku..duit yuran bagai
Quote arffa 8-1-2024 03:56 PM
Pakcik dulu kalau tak susun bini agaknya dah kaya dah. Banyak bini, banyak anak banyak keluar duit oo
Quote razzia 8-1-2024 03:59 PM
mcm mn la dgn bini bongsu,…nasib la …
Quote heythere123 8-1-2024 04:07 PM
jiwakacau06 replied at 8-1-2024 02:04 PM
tp bini bongsu jgk kluar knytaan...i terima sy sbb dia xmenipu...dia kata ada krta,,btl dia ada kr ...

tapi macam borderline tak bijak jugak pompuan tu ek sebab walaupun ada rumah ada kete, heols dah ada tanggungan ramai. Orang bujang lain mungkin takde tanggungan sebanyak heols
Quote dekmieDandy 8-1-2024 04:27 PM
dia ni kuat betul merokok yerk

cerita kalut nak khawin tu, dari start cerita sampai habis, tak berhenti hisap rokoknyer
Quote PinkyPie 8-1-2024 04:37 PM
Beli rokok buat per
Quote anggeriklatifah 8-1-2024 05:16 PM
Edited by anggeriklatifah at 8-1-2024 05:17 PM

Itulaahh kahwin bykk lagi
Dulu masyukkk kot diaaa ni
Taraf2 20k ke 30k sebulan harga diaaa kot jadi dj
Pastu lupa diri kahwin bini byk kahwin bini muda
Atas alasan mammmpuuuuu
Mampu la sgttttt
Skrng ape citee
Camne kau nak tanggung bini2 kau
Ini lahh lelaki
Dulu org kata prmpuan byk masuk neraka
Dah tak relevant dah
Byk jantann yg masuk neraka

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-1-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047605 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top