CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

2023 Tahun Sukar Buat Aina Abdul, Dalam Persalinan Gah Tapi Hilang Diri Sendiri

9-1-2024 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7491| Komen: 22

2023 merupakan tahun sukar buat penyanyi Aina Abdul sehingga mengalirkan air mata sebelum menyampaikan lagu I Lost Me di konsert A Night With Aina Abdul Live In Singapore pada Sabtu lalu.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata, bukan sahaja dari segi perihal peribadi, malah kerjayanya juga menghadapi kesukaran meskipun berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu (AJL) 37 pada tahun tersebut.

Aina mendedahkan, disebalik menyarungkan busana gah dan gilau gemilau, dia mengakui sebenarnya dia seperti hilang diri sendiri.

Foto: IG

"2023 adalah tahun yang sukar bagi saya, dari segi kerjaya dan kehidupan peribadi. Saya rasa saya hilang diri sendiri, banyak kali saya berada di situasi seperti itu di sebalik semua kegilaan dan kemilau busana gah yang saya sarungkan.

"Saya mengaku ia merupakan passion saya, tetapi kadangkala saya rasa saya hilang dalam keghairahan itu.


"Saya menjalani kehidupan seharian yang sibuk, saya cuba untuk mengimbangi pelbagai perkara dalam kehidupan, harus memuaskan hati semua pihak, di rumah dan di tempat kerja. Sudah pasti, kadang kala kita manusia akan rasa down.

"Jadi untuk semua, saya nak mewakili anda semua mohon terus bertabah mengharungi hari mendatang, bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri anda sendiri. Itu perkara yang sering saya ungkapkan kepada diri saya sendiri sebagai pembakar semangat," kata Aina sebak sambil mendapat sorakan gemuruh peminat.

Dalam masa sama, Aina meluahkan rasa syukur apabila konsert A Night With Aina Abdul Live in Singapore di The Theatre Mediacorp itu berjalan dengan lancar.

Konsert yang diketuai oleh penerbit muzik terkemuka, Mac Chew itu menyaksikan Aina memulakan segmen pertama dari bawah pentas dengan lagu Imaji sambil mengenakan busana tali kasut rekaan Ezuwan Ismail.

Menghangatkan keadaan dengan sorokan penuh gemuruh apabila Aina tampil berduet dengan Ernie Zakri melalui lagu Gundah di segmen kedua.

Dalam segmen yang sama, Aina turut menyanyikan gabungan lagu hits karya Indonesia dan Korea seperti Dawai, Hijrah Cinta, Sial, Shut Down, Kill This Love dan How You Like That.

Sementara itu, di segmen ketiga dengan mengenakan busana Rizman Ruzaini, Aina memilih untuk menukarkan pentas persembahan kepada bilik tidur.

Konsep bilik tidur merupakan simbolik penuh makna kerana kebanyakan lagu hits Aina seperti Sumpah, Semalam, Sepi dan banyak lagi diilhamkan ketika dia berada di kamar beradu miliknya.

Penyanyi menutup konsert dengan penuh gaya abapila menyampaikan seleksi karya popularnya seperti Sumpah, Semalam, Sepi, Puas Sudah, Jangan Mati Rasa Itu serta lagu keramat, Terus Hidup.

Aina menyifatkan ia sebagai pembuka yang cukup bermakna untuk memulakan kembara seni dengan penuh harapan dan kejayaan di tahun 2024.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sleepandream 9-1-2024 01:52 PM
kelassss ponen2 kayooo... sampai ke singapore....
Quote pocongkiutss 9-1-2024 02:15 PM
Bila masa persalinan dia tu gahhh
Quote Kurex 9-1-2024 03:37 PM
gah tak semestinya kena kembang leret harga mahal la pompuan... gah tu bila kena dekat badan si pemakai yg mampu but tampak wowww faktor.. yg kau ni baik licinkan muka kau la pompuan!
Quote pearl.silver 9-1-2024 04:03 PM
Lagu aina x merdu ya..
dia mcm kwn aku yg bisnes pelamin, tp tgn xberseni.. jd ko deco la pelamin tu mcm mana pun tetap xnmpk berseni.
Mcm tu lah lagu aina ni. Pd pendengaran telinga aku.
Quote Ferr_Remy 9-1-2024 07:59 PM
Sore Aina ni x kena dgn taste aku. Ade bunyi2 kempssss skit. Tp peminat die ponen2 acah bandar. Pelik aku hahahahaha
Quote Piramida 9-1-2024 08:07 PM
Walaupun suara sedap.. Lagu pun OK.. Pandai cipta lagu.. Pandai music.
Tp maaf lah tetap tak dpt nak meminati beliau.
Quote ashilalat 9-1-2024 11:19 PM
Konsert mcm banyak nyanyi lagu org lain je. Sori, suara dan lagu terjerit² tiada kemerduan ni x kena dgn taste aku. Ditambah dengam fesion disaster dan muka lobang², sori...kau belom berjaya membuat kan aku suka lagu, suara dan diri kau.
Quote noor2 10-1-2024 05:15 AM
Edited by noor2 at 10-1-2024 05:17 AM

Baju fesyen apa aina tu kat bahu runcing.. tp corak baju terus akak teringat baju Kendall jenner  pakai...cantik sungguhhhhhhh laaaa ..nak beliiii

[youtube]fqcVuPEvPdE?si=weJKOS8rrW53mj6J[/youtube]
Quote lasagna 10-1-2024 08:13 AM
noor2 replied at 10-1-2024 05:15 AM
Baju fesyen apa aina tu kat bahu runcing.. tp corak baju terus akak teringat baju Kendall jenner  pa ...

opss tiber OT jap, ado jual ke kak kat msia baju cenggini?
Quote red_velvet 10-1-2024 09:39 AM
Takde sapa suruh ko pakai baju2 badut tu pun.. sendiri yang rela lepas tu baru nak rasa hilang diri sendiri ke camana. Sapa suruh try hard sangat... Dahla kuat menjerit sampai rimas telinga dengar...
Quote MeowPARSI 10-1-2024 09:46 AM
Hahaha serabut,, aku dgr je sore ko ena.. Tp aku pejam mata je x tgk appearance ko.. Pening
Quote Fazdnoah 10-1-2024 10:46 AM
Perempuan terpaling victim,tersakiti...next!!!
Quote sukanyanyi 10-1-2024 11:35 AM
ooo faham. mcm typical muvi omputeh big star yg rasa lost sbb life yg berkemilauan n please org itu semua fake
Quote Burong_Hantuk 10-1-2024 12:47 PM
Quote syamzana 10-1-2024 12:51 PM
sukanyanyi replied at 10-1-2024 11:35 AM
ooo faham. mcm typical muvi omputeh big star yg rasa lost sbb life yg berkemilauan n please org itu  ...

itu kalau big star seantero dunia dikenali blh la nak fefeling lost
Quote sukanyanyi 10-1-2024 01:16 PM
syamzana replied at 10-1-2024 12:51 PM
itu kalau big star seantero dunia dikenali blh la nak fefeling lost

hehehe.. faham apa maksud chuos.. ala bole la tu, baju sheols kan glitter2 ala2 whitney hausten dgn mariah kari..
Quote laksmanabentan 10-1-2024 02:12 PM
hahahhaa... hilang diri sendiri sbb jadi hamba pada fesyen... hahahhahaha...
itu kemahuan ko ler... lepas tu nak menyesal da kenapa????
Quote noor2 10-1-2024 05:57 PM
lasagna replied at 10-1-2024 08:13 AM
opss tiber OT jap, ado jual ke kak kat msia baju cenggini?

X de tp boleh beli online...
Quote lasagna 11-1-2024 07:51 AM
noor2 replied at 10-1-2024 05:57 PM
X de tp boleh beli online...

aaaacentuuuh..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.161587 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top