CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak 8 Tahun Mati Dibunuh Ibu Kandung Ketika Sedang Nyenyak Tidur

15-1-2024 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4087| Komen: 2

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun mati dibunuh ibu kandung ketika sedang nyenyak tidur.

Mangsa dibunuh ibu kandungnya berusia 43 tahun di rumah mereka di Musi Rawas, Sumatera Selatan di Indonesia, pada Khamis malam.


Kejadian berlaku dipercayai berpunca daripada ibu kandung mangsa mengalami gangguan mental.

Foto: Tribun Medan

Ketika kejadian, mangsa yang sedang tidur di dalam bilik menjerit kesakitan.

Bapa mangsa berusia 53 tahun mendengar jeritan itu sebelum segera masuk ke bilik dan terkejut mendapati anaknya berdarah di bahagian perut.

Isterinya pula ketika itu dilihat sedang memegang senjata tajam.

Bapa mangsa kemudian meminta anaknya yang lain membawa mangsa ke hospital.

Sementara itu, dia cuba menahan isterinya yang cuba membunuh diri dengan menikam lehernya menggunakan senjata tajam.


Dengan bantuan penduduk, ibu mangsa diikat menggunakan sebelum dibawa ke Balai Polis Musi Rawas.

"Mangsa yang dibawa ke hospital disahkan meninggal dunia, akibat kecederaan dan kehilangan banyak darah," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Musi Rawas, AKP Herman Junaidi, pada Jumaat.

Beliau berkata, keluarga mangsa memaklumkan bahawa pelaku pernah dirawat kerana mengalami gangguan mental.

"Tetapi kita akan pastikan lagi dengan menjalankan pemeriksaan psikologi,” jelas Herman.

Dilaporkan, mangsa tinggal bersama ibu bapanya dan seorang kakak.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:28 PM
Quote ⠀⠀⠀⠀ 8-9-2024 12:28 PM

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.087419 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top