CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ambil Aku Je Lah, Aku Ni Dah La Janda Sendu, Miskin Pula Tu” – Zarina Anjoulie Tawar Diri Jadi Dj Radio

21-1-2024 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23970| Komen: 74


Nampaknya kekecohan mengenai penyampai radio disebuah stesen radio masih menjadi topik bualan hangat netizen hingga ke hari ini.

Baru-baru ini, menjawab gesaan pelbagai pihak dalam satu partisyen menggesa agar DJ Lin diberhentikan daripada Suria FM, Pengerusi Star Media Radio Group (SMRG), Datuk Dr. Mohd Aminuddin dalam satu ucapannya menyifatkan prestasi penyampai radio DJ Lin sangat baik dan tiada sebab untuk dia diberhentikan.

Terbaru, memetik Ohmedia, pelakon sensasi, Zarina Anjoulie meninggalkan komen pada sebuah hantaran video tersebut yang telah dimuatnaik di Instagram Media Hiburan.



Namun, tindakan Zarina atau mesra dipanggil Anju yang meninggalkan komen pada hantarn itu telah mencuit hati netizen.

Ujar Anju, pihak SMRG boleh mengambilnya bekerja sebagai penyampai di stesen Suria FM dan berjanji akan memberikan khidmat yang terbaik.

"Ambil aku je lah jadi dj radio. Aku ni dah la janda sendu, miskin pula tu. Insya-Allah aku akan berikan (khidmat) yang terbaik."

Menariknya, komen tersebut telah menarik perhatian warganet rata-ratanya terhibur dengan kata-kata aktres berusia 38 tahun itu.

Sebelum ini, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Pengerusi Kumpulan Star Media Radio sendiri tampil menjelaskan apa yang berlaku daripada mula isu timbul.

Semalam, sebuah sidang media khas telah diadakan susulan beberapa kontroversi yang melanda stesen radio Suria FM membabitkan penyampai radio, Tyzo Xander dan DJ Lin.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 21-1-2024 11:07 AM
Berani djl nak amik anju
Quote I.K.A888990 21-1-2024 11:12 AM
mcm menarik jgk kalau dia jd dj haha
Quote noor2 21-1-2024 11:47 AM
Bukan kekasih dia kaya raya ke...
Quote beta_carotene 21-1-2024 11:49 AM
nak anju jadi DJ plissss
fb live dia menghiburkan
Quote kotakominami 21-1-2024 12:28 PM
Kalu amik die kena stanby lawyer 24 jam...tp bff lawyer ok kot
Quote Dzahin_poch 21-1-2024 01:33 PM
Berani ke dj lin amik anju? Dont messed with anju ye dj lin hahahahah jap
Lg dia londeh semua habis aib ko kat konti tu.
Quote NazRysha 21-1-2024 03:05 PM
betina dadih ni nak limelight jugak
Quote sleepandream 21-1-2024 05:20 PM
iols penah layan tiktok live sheols...
cara cakap kekadang mcm bimbo jah... masa tu sheols holiday ke jepun... tapi tetap menjual produk sambil2 tu yach
Quote miss_white 21-1-2024 05:37 PM
Betina bodoh ni ada je nk mencapup
Quote ReginaGeorge 21-1-2024 05:37 PM
Boleh tp ikatan kontrak 3 bulan je lah. Anju bukan jenis boleh terima arahan..
Quote scarflicious 21-1-2024 05:41 PM
Aku suka tgk life Anju compare dgn tekya. Live Anju pun best n santai.
Quote Dolmat 21-1-2024 05:43 PM
Edited by Dolmat at 21-1-2024 05:45 PM

Si betina attention seeker mesti nak mencabuk! Kanebo betol!  Suara dah lah annoying nak mampos dgn kejap2 gosok hidung seksok seksok!

Quote rayna_raynes 21-1-2024 05:48 PM
anju ni aku paling suka bila dia up video pg shopping barang dapur. Aku dah berapa kali terpengaruh bila dia cakap sedap sedap, tp memang barang dia rekemen selalu sedap pun haha
Quote Rogue98 21-1-2024 05:51 PM
Kalau ganti anju ok jugak ...boleh aku layan jap.
Teringat masa anju guest sepahtu live dulu....kelakar giler ...
Quote addamnor 21-1-2024 05:56 PM
Jap lagi tinggal spender la dia londehkan semua orang di suria FM tu
Quote kalchi 21-1-2024 05:57 PM
Dia stakat buat video psl diri sndri kt story ok lah. Nk jd dj mcm xsesuai. Org kutuk fatiya tapi dia ni pon bukan betul. Stesen radio elok2 pekerja clean, nk amik risiko dgn org cmni
Quote LadyCarefree 21-1-2024 06:19 PM
Patutnya nak jadi DJ radio pun kenalah ada qualification. At least Acik Lin grad mass comm. Tijoh tu nasib baik Acik Lin ambil dia kerja semula masa dia naik pangkat.

Sekarang ni DJ dah macam kategori retis. Asal ada followers, ada fan base, ada boleh membebel bolehlah. Anju pun nak jugak. LOLLLL
Quote Pujangga22 21-1-2024 06:32 PM
haha ambik anju yg blh memudaratkan station radio
Quote makcun14 21-1-2024 06:34 PM
anjuling boleh on air ngan Diva AA . baru la havoc takde meols menguapp drive

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.150152 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top