Sebut pasal pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, sudah pasti ramai tahu dia adalah antara salah seorang selebriti yang sebelum ini terpalit dengan kontroversi rumah tangga yang menjadi bualan hangat sebelum ini. Menerusi podcast Studio Sembang yang dihos oleh Amelia Henderson , Bella Astillah berkata ramai yang menganggap bahawa dirinya seorang yang kuat ketika menghadapi ujian tambah lagi mengenai rumah tangga. "Ramai cakap saya kuat, saya sabar tapi sebenarnya saya takut sangat. Saya takut akan ada hadnya nanti sebab saya tak tahu bila akan jadi. Orang cakap, ‘hebatlah Bella ni, wanita yang sangat kuat dan sangat sabar." Tapi sebenarnya Bella akui dirinya risau apabila sampai satu masa tidak dapat lagi menahan sabarnya. "Tapi saya tak tahu kesabaran saya sampai bila, saya harap sangat saya tetap bersabar." Kalau korang tengok ruangan komen, ramai yang faham akan apa yang dihadapi Bella.
"Dia sebenarnya yakin dia mampu hadap. Tapi dia dalam keadaan takut dan trauma untuk hadap perasaan yang sama. Sedihnya." "Betul yang dia kata. Kita boleh kuat, kita boleh sabar tapi itu semua ada hadnya. Akan ada harinya kesabaran kita hilang. "Selalunya orang yang sabar dan kuat mcm ni bila dia dah sampai limit, ‘there’s no turning back’. Semoga diberikan kedamaian dan kebahagiaan yang abadi". Apapun, semoga Bella dan suami, Aliff Aziz bahagia hingga ke akhirnya. |
putericahaya999 replied at 21-1-2024 01:42 PM
At least malam2 masih tdo berlapikkan tangan sasa hubby bukan mcm shungai
MisXoXo replied at 21-1-2024 03:20 PM
Xda sapa ckp ko kuat .ko ja perasan
matjerk replied at 21-1-2024 04:32 PM
Wowww.. dapat tawaran buat album kat KL..pada usia 7 tahun .terus 1 family pindah KL....?? Luar bias ...
ADVERTISEMENT