Pelakon Fasha Sandha menghormati prinsip dan keputusan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli yang tidak membenarkan anak-anak mereka menceburi bidang seni. Fasha mengakui anak perempuannya yang semakin meningkat remaja, Jemyma ada menerima tawaran lakonan namun menolak atas permintaan Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai. "Tidak untuk Jemyma, tapi mungkin akan terima untuk Aisha kerana bapa kepada Jemyma tidak memberi keizinan untuk dia berada dalam bidang ini. "Jadi terpulanglah kepada minat mereka untuk berada dalam apa jua bidang pun. Sebagai ibu, saya menyokong saja apa saja minat mereka," katanya. Fasha atau pemilik nama penuh, Nur Fasha Sandha Hassan gembira dan bersyukur kerana anak-anak kesayangannya sudah semakin bijak dan dikurniakan kesihatan yang baik. Berkongsi kebahagiaan sebagai ibu yang melihat anak perempuannya membesar, Fasha mahu Jemyma menjadi seperti dirinya yang berdikari dan tabah dalam melayari kehidupan.
Sementara itu, Fasha berkata, cahaya matanya iaitu Aisha Amaira hasil perkongsian hidup dengan pelakon Aidil Aziz turut menunjukkan minat dalam bidang seni. "Aidil tidak menghalang sekiranya Aisha ingin menceburi bidang seni. Biarpun masih kecil, nampak minatnya juga sudah ke arah industri kreatif," katanya.
|
aemon replied at 7-2-2024 05:33 PM
ok le tu jemyma pun tak berupa mcm aisya.lagi plak bapak dia mesti akan buatkan keturunan dia bergau ...
prince_marhaen replied at 7-2-2024 09:12 AM
jemimah dah macam muka adik beradik pompuan jejai pulak nampaknya...
ADVERTISEMENT