CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Buat Saya Rasa Selamat, Tenang – Aedy Ashraf Tak Pandang Kecantikan Semata-Mata

7-2-2024 11:12 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27672| Komen: 41



Tidak memandang kecantikan semata-mata, pelakon Aedy Ashraf mengakui selesa di sisi Amelia Henderson disebabkan personaliti aktres jelita itu yang membuatkan dirinya berasa tenang dan selamat.

Pemilik nama sebenar Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, itu berkata, luaran seseorang tidak kekal lama berbanding sifat dalaman yang utuh sepanjang hayat.

“Amelia sentiasa membuat saya selamat dan tenang. Dari segi cantik, sudah pasti dia memang seorang yang sangat jelita, tetapi pada akhirnya kecantikan akan luntur seiring peningkatan usia.

“Pada saya, dia cukup sempurna disebabkan sisi peribadinya yang baik, mempunyai personaliti kuat, serta mampu menenangkan hati.

“Apabila bersama Amelia, saya juga berasa sangat selamat. Memang dia istimewa,” katanya selepas sesi tayangan perdana drama bersiri i.D, semalam.

Katanya, sikap saling memberikan kepercayaan membolehkan alur perhubungan berlangsung dengan lancar dan penuh persefahaman.



“Tiada pihak yang mengganggu hubungan kami ini kerana kami berdua meletakkan kepercayaan penuh antara satu sama lain.

“Ini bukan sekadar percaya antara pasangan kekasih, bahkan membabitkan kepercayaan sebagai sahabat memandangkan kami lebih banyak berkongsi mengenai hal kerjaya.

“Selain keluarga dan peminat, Amelia antara penyokong terkuat yang sentiasa bagi pandangan tulus serta bernas untuk setiap perkara,” ujarnya.

Aedy dan Amelia akrab selepas bergandingan dalam drama Kisah Cinta Kita sekitar November 2021, namun cinta mereka pernah terkandas sebelum ikatan kasih itu bertaut semula beberapa bulan kemudian. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote caprut 7-2-2024 11:13 PM
Kalau kahwin aku kasi 10 tahun je
Quote putericahaya999 7-2-2024 11:19 PM
X logik la ayat ni kpd amelia

Kalau kpd shungai baru logik
Quote love_warrior 7-2-2024 11:21 PM
Yelah Yelah...
Quote sukanyanyi 7-2-2024 11:24 PM
Eh, edi baca porem ke? Sbb meols penah melahar heols pilih ame sb santek semata2 tak pon ade sedara heols yg repot apa kita kate kat sini.. ok la tu kalo suka sbb lain jgk..
Quote I.K.A888990 8-2-2024 12:07 AM
okayyyy bang
semoga naik pelamin ya
Quote Pumpkinhead 8-2-2024 08:30 AM
gituuuu
Quote Lampuled 8-2-2024 08:38 AM
Apehal lelaki plak bg statement rasa selamat disamping Gf. Patut Gf yg bg statement gitu. Satu hal pulak perempuan nk comfort laki. Terbalik zaman sekrg ye lelaki bergantung ke perempuan. Kang dh kawin kena tlg cari job kay tok laki.
Quote aina_shaira 8-2-2024 08:38 AM
Amelia deserved better person than him, dari kerabat ke pelakon picisan je
Quote Kurex 8-2-2024 08:53 AM
rasa selamat sebab pompuan yg berlakon kayu kayan ntah apa2 ni boleh tanggung makan minum masa kau dh takde job lagi kan? kalau muka pompuan ni macam pompuan uttar pradesh, tamil naddu atau pompuan2 rupa kasta rendah mesti kau taknak kn? kurex rasa kalau kawen pun takat 3-5 tahun dengan alasan tak serasi padahal masing2 tak puas menjalang dan menyontot,,
Quote menjad 8-2-2024 08:57 AM
Kapel nih mesti jadi macam mimilana dan syafix kile tuh... Nak kata bercinta pun bukan berkawan pun bukan... Tengok ajerlah sejauh mana
Quote prince_marhaen 8-2-2024 09:25 AM
stok-stok main je ni.... Ame perlukan ciknek, AD perlukan security sebab x banyak job....gittewww meols spekuuu... hihihi
Quote Tunakimchi 8-2-2024 01:59 PM
Mula2 rupa. Lepas perangai. Nanti rupa semula. Begitulah kitaran. Hati manusia berubah2
Quote sukanyanyi 8-2-2024 03:20 PM
Lampuled replied at 8-2-2024 08:38 AM
Apehal lelaki plak bg statement rasa selamat disamping Gf. Patut Gf yg bg statement gitu. Satu hal p ...

itula, iols baca artikel ni kali kedua tetiba jumpa red flag di situ pula. memang pelik gak baca dia berulang kali ckp rasa selamat dgn ame. sesado-sado ekau pun ekau yg kena rasa selamat melalui awek ye? jenis jiwa tak tenang ke mcmne?
Quote LadyCarefree 8-2-2024 04:46 PM
taste yennadey oklah nampak ameliatirupulai ni cantik
Quote penjarasgbuloh 8-2-2024 05:04 PM
sama cantik sama padan
Quote Belibis 8-2-2024 09:03 PM
caprut: Kalau kahwin aku kasi 10 tahun ...

Lama sangat tuuuu..boleh singkatkan sikit tak?? 3 atau 5 tahun .
Quote sharlenetexas 8-2-2024 09:45 PM
Dah pecah tanah aka test drive?


Quote sharlenetexas 8-2-2024 09:46 PM
Tunakimchi replied at 8-2-2024 01:59 PM
Mula2 rupa. Lepas perangai. Nanti rupa semula. Begitulah kitaran. Hati manusia berubah2

Last2 berkenan sbb duit.


Quote sharlenetexas 8-2-2024 09:47 PM
sukanyanyi replied at 8-2-2024 03:20 PM
itula, iols baca artikel ni kali kedua tetiba jumpa red flag di situ pula. memang pelik gak baca d ...

Ke bewak yg rasa selamat di samping gf?

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056525 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top