CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ratusan Juta Penduduk China Balik Kampung

10-2-2024 10:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28691| Komen: 10



BEIJING – Beratus-ratus juta orang melakukan perjalanan jauh dari bandar-bandar utama di China untuk pulang ke kampung halaman bagi menyambut Tahun Baharu Cina minggu ini dalam peristiwa penghijrahan tahunan terbesar di dunia.

Agensi berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan bilion perjalanan penumpang direkodkan di seluruh China sepanjang cuti Tahun Baru China pada tahun ini.

Di dalam sebuah kereta api sesak dengan penumpang, seorang pekerja sektor teknologi maklumat (IT) dikenali sebagai Sun Jintao melakukan perjalanan dari Beijing untuk pulang ke kampung halamannya setelah beberapa tahun dia tidak menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga.

“Saya tidak pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina sudah tiga tahun,” kata Jintao yang merupakan warga kota Beijing berusia 28 tahun kepada wartawan AFP ketika ditemu bual di tempat tidurnya di dalam kereta api tersebut.


Sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun-tahun sebelumnya dilihat kurang meriah disebabkan sekatan perjalanan menyeluruh oleh pemerintah termasuk kawalan keselamatan dan kuarantin yang ketat akibat wabak Covid-19.

“Ia agak menyusahkan. Tahun lepas saya pulang ke kampung halaman pasangan saya. Tahun ini, saya mesti pulang ke kampung sendiri walau apa jua halangannya,” jelas Sun ketika kereta api dinaikinya hampir tiba ke destinasi terakhir iaitu bandar Handan, wilayah Hebei

Terdahulu, apabila kereta api itu tiba di Beijing untuk mengambil penumpang, cahaya matahari mula muncul di sebalik lapisan awan berjerebu.

Segelintir penumpang yang gagal menempah tempat duduk selepas tiket habis dijual di seluruh negara dilihat mengheret beg mereka dan berusaha mencari tempat duduk kosong untuk meneruskan perjalanan pulang

Udara di dalam kabin kereta api itu dipenuhi bau mi segera. Bau asap rokok merebak dari kawasan merokok di mana beberapa lelaki berkumpul sambil melihat pengembala membawa haiwan ternakan mereka merentasi kawasan berbukit.

Bagi kebanyakan orang ramai, cuti sempena Tahun Baharu Cina dilihat sebagai peluang terbaik untuk pulang dan berehat daripada kehidupan di bandar yang penuh tekanan.

Seorang penumpang lain yang berumur 18 tahun dan turut berasal dari Handan, Dong Hang memberitahu AFP bahawa dia berpindah ke Beijing untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

Hang bekerja dari pukul 4 petang hingga 4 pagi selama enam hari seminggu di sebuah restoran berbeku di Beijing.

“Beijing dianggap sebagai bandar tingkat (kasta) pertama, manakala bandar kami (Handan) berada di tingkat ketiga dan keempat di mana gaji bulanan tidak tinggi,” katanya ketika menghabiskan sebatang rokok di laluan antara gerabak.

Tetapi pada minggu ini, Hang mengambil cuti rehat untuk bersama keluarganya.

Hang adalah salah seorang daripada berjuta-juta belia yang berpusu-pusu mencari pekerjaan di bandar-bandar terbesar di China sejak beberapa dekad kebelakangan ini.

Cuti umum sempena Tahun Baru Cina atau dikenali sebagai Festival Musim Bunga di China menjadi hari yang dinanti-nantikan bagi kebanyakan keluarga yang terpisah sepanjang tahun.

Stesen kereta api Beijing dijangka memberi perkhidmatan kepada lebih 4.5 juta penumpang sepanjang tempoh perayaan pada tahun ini, demikian menurut laporan pemerintah seperti dipetik seorang kakitangan syarikat kereta api.

Perjalanan sesak selama 40 hari itu memuncak pada Rabu lepas apabila 192,000 penumpang menggunakan stesen kereta api tersebut. – AFP

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 10-2-2024 11:04 AM
Wooow.... Ternyata KL X kalah ramai dan meriahnya dengan suasana Beijing, Shanghai, Singapore  serta Hongkong di hari tahun baru china in ....
Quote noor2 10-2-2024 12:33 PM
Happy Chinese New year

[youtube]TjnGpGAACJk?si=gv8X5GmEXuRnI-wk[/youtube]


Quote jejai 10-2-2024 01:12 PM
China dah elok dah
Quote Decaffeinated 10-2-2024 01:21 PM
When it is about China, tak ada yang kecil kecuali maybe yang dicelah kangkang tu ja kot.

They don't need the rest of the world.
Quote supernaturalee 10-2-2024 01:32 PM
elok ye xde kecoh2 pun
berbillionzzzzz trip
kau haderrrrrr


Quote Tunakimchi 10-2-2024 07:38 PM
Jgn bawak balik covid sudahhh
Quote kakikuDibibirmu 10-2-2024 07:44 PM
Tazzabar nak makan sup kelawar dengan tenggiling
Quote Meiizu 10-2-2024 08:45 PM
Yg kat msia ni balik sana takkkk...tolonglah balik
Quote honeybee1802 10-2-2024 08:53 PM
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2024 07:44 PM
Tazzabar nak makan sup kelawar dengan tenggiling {:mllaugh ...

Musti kur peluh...sihat kuat bertenaga eh...
Quote Yaya04 13-2-2024 05:52 PM
Klau tetiba MCO dah tau dah sape punye angkara. Tetambah nak raya puasa ni.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.193089 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top