LONDON – Seorang pakar memberi amaran bahawa rakyat Britain tidak lama lagi dijangka hanya boleh menuntut wang pencen ketika berumur 90 tahun, lapor akhbar Daily Express semalam. Pengarah syarikat Investment Consulting, Sam Roberts berkata, kerajaan Britain tidak lama lagi terpaksa mengubah dasar semasa pencen kerana ia menimbulkan tekanan terhadap Perbendaharaan negara. “Syarat pencen ditetapkan kerajaan tidak mapan kerana tidak mengurangkan faedah secara jelas atau sudah mengurangkan faedah tetapi menyebabkan inflasi lebih tinggi akibat kenaikan pencen tahunan. “Umur pencen secara teori boleh meningkat kepada 80 atau 90 tahun. Ketika diperkenalkan, kebanyakan pekerja dijangka tidak hidup cukup lama untuk menuntutnya. “Bagaimanapun, usia pencen adalah keputusan politik jadi kenaikan secara besar adalah mustahil. Oleh itu, Bank of England nampaknya memilih mewujudkan lebih banyak inflasi,” kata Roberts.
Umur pencen di Britain dijangka meningkat kepada 67 tahun antara 2026 dan 2028 serta kepada 68 tahun antara 2044 hingga 2046. Roberts turut memberi amaran bahawa sejak sekian lama, kenaikan kos sara hidup telah mengatasi pertumbuhan dalam pencen. Penasihat kewangan, Michael Dinich, memberi amaran bahawa kenaikan 8.5 peratus kepada pencen pada April lalu mungkin tidak menampung peningkatan kos yang dihadapi oleh pesara. – AGENSI Sumber : Kosmo |
jejai replied at 10-2-2024 01:11 PM
Dorang tak ada kwsp ke
kakikuDibibirmu replied at 10-2-2024 07:41 PM
Hanya ada 6 negara sahaja dalam dunia ini yang berani buat KWSP, semua negara yang lain bantah seb ...

batu kikir replied at 10-2-2024 10:01 PM
Ada mangkuk local kata pencen tu dari potongan 17% gaji. Jadi tak de kena mengena dgn perbelanjaan n ...
batu kikir replied at 10-2-2024 10:01 PM
Ada mangkuk local kata pencen tu dari potongan 17% gaji. Jadi tak de kena mengena dgn perbelanjaan n ...
krustykrab replied at 10-2-2024 11:01 PM
Kt tiktok pùn ada yg komen mcm ni..katanya pencen itu tolak dari gaji mrk.
caprut replied at 10-2-2024 11:04 PM
Xde nye kena tolak. Kdg2 penjawat awam dan rakyat malaysia mmg bodoh
krustykrab replied at 10-2-2024 11:40 PM
Samaada dia bodoh ataupun dia nk perbodohkn org² kt tijtok.
krustykrab replied at 10-2-2024 11:40 PM
Samaada dia bodoh ataupun dia nk perbodohkn org² kt tijtok.
nw111 replied at 10-2-2024 10:55 AM
Malaysia will follow suit..
ADVERTISEMENT