Baru-baru ini, pelakon jelita Zahirah MacWilson mendedahkan bahawa dia mengalami alahan yang teruk sepanjang awal kehamilan anak kedua. Menerusi hantaran di Instagram Story (IG), Zahirah atau nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson menjawab soalan pengikutnya yang ingin tahu pengalaman sepanjang tempoh kehamilan anak kedua. Menurut Zahirah, dia berdepan dengan ‘morning sickness’ yang teruk ketika trimester pertama. Bukan itu sahaja, pelakon berusia 29 tahun itu juga mendedahkan dia mengalami pening kepala serta hilang selera makan.
"Kehamilan saya semakin baik, Alhamdulillah. Trimester pertama sangat teruk, saya mengalami morning sickness sepanjang hari". "Saya tak lalu nak makan, saya pening-pening kepala dan nasib baik lepas trimester dua dah okay sikit". Tambah Zahirah lagi, trimesternya kedua lebih mudah dan kini keadaannya semakin baik. Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut memberitahu akan mendedahkan jantina bayinya tidak lama lagi. "Jadi trimester kedua lebih mudah dan sekarang saya okay tetapi saya akan mendedahkan jantina tidak lama lagi". Untuk info, Aiman dan Zahirah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Mereka kemudian dikurniakan anak lelaki bernama Issac Raees yang berusia tiga tahun dan kini Zahirah sedang hamil anak kedua. Sumber: Instagram/OhBulan |
heythere123 replied at 13-2-2024 12:43 PM
buruknya dress pink tu
sukacactus replied at 13-2-2024 03:54 AM
Okey la tu, masuk 2nd trimester dah takde pening2 lg dr yg sorang tu bertahun2 pening tak kebah2
sukacactus replied at 13-2-2024 11:54 AM
Okey la tu, masuk 2nd trimester dah takde pening2 lg dr yg sorang tu bertahun2 pening tak kebah2
BoongaKertas replied at 13-2-2024 01:14 PM
kalau ini muka bibik tekya ckp, iols xtaulah iols muka cam kentang dah kekdahnya in accordance to te ...
evlinne replied at 13-2-2024 10:25 PM
Apasal baju pink dia tu
Dgn pusat terjojol
Kurex replied at 13-2-2024 11:22 PM
mual2 pun nak dijadikan gosip..
aliceinwonder replied at 13-2-2024 11:25 PM
Tu la nmpk fashion lapuk2 sangat. X sesuai with you zahirah!
sukanyanyi replied at 14-2-2024 11:36 AM
sape tu? pening sbb weng ke maksud chuols?
dewi_rina replied at 14-2-2024 10:59 AM
Ada lagi sorang harini due kan? Dah beranak ke belum tu.. Tengok haritu bersteambot dgn laki kelam ...
ADVERTISEMENT