SEMAKIN kurus gara-gara kurang makan selepas memakai pendakap gigi mengundang cakap-cakap negatif terhadap penyanyi Aisha Retno. Pemilik nama sebenar Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, berkata perubahan fizikal yang ketara termasuk berwajah cengkung sebenarnya berpunca daripada rejim diet dijalani sejak akhir tahun lalu. “Sejak dapat melayakkan diri ke separuh akhir Muzik Muzik ke 38 akhir tahun lalu saya semakin menjaga pola pemakanan dan kebetulan mula memakai pendakap gigi. Jadi secara tidak langsung saya kurang makan sehingga beri kesan yang agak cepat, selain muka nampak sedikit cengkung, tetapi bukanlah bermakna saya menggunakan benda tak sepatutnya. “Apabila didakwa perubahan ini disebabkan bahan terlarang, saya kena jelaskan sebab enggan tuduhan sebegitu membuatkan orang lain percaya,” katanya ketika ditemui pada acara Meet and Greet Paling Ikonik AJL 38 di Pasar Seni, baru-baru ini.
Aisha yang mempertaruhkan lagu Sutera ciptaan dan dendangannya sendiri mendedahkan bakal membawa 30 penari di pentas Anugerah Juara Lagu 38 (AJL38) pada 3 Mac depan.
|
Andyscenes replied at 13-2-2024 11:24 AM
dia ni siapa?
pocongkiutss replied at 13-2-2024 12:08 PM
Lain betul muka dia dgn sepupu dia si peah ye
doubleA replied at 13-2-2024 12:19 PM
Muka dia vibes yindo sgt dia ada darah konoha ke?
pocongkiutss replied at 13-2-2024 12:08 PM
Lain betul muka dia dgn sepupu dia si peah ye
razfira0707 replied at 13-2-2024 12:23 PM
mak dia indonesian
Kurex replied at 13-2-2024 12:24 PM
pia Julia kot..
heythere123 replied at 13-2-2024 12:46 PM
kaka pernah tengok tak gambar peah pre-alterations? desa jua
tapi memang elok lagi la compared t ...
pocongkiutss replied at 13-2-2024 01:45 PM
Bg iols pre alteration biasa2 je tp acik porem puji melangit
Tp definitely lg lawa la banding ...
pocongkiutss replied at 13-2-2024 01:45 PM
Bg iols pre alteration biasa2 je tp acik porem puji melangit
Tp definitely lg lawa la banding ...
ADVERTISEMENT