CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wajah Marissa Dania Tanpa Mekap Dilabel ‘Muka Awam’ - "Belum Make Up Lebih Kurang Je Kita-Kita Semua Ni"

20-2-2024 03:34 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18623| Komen: 119


Umum mengetahui sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania didakwa sudah bernikah di Songkhla, Thailand.

Sejak itu, apa saja laporan mengenai pempengaruh berusia 19 tahun itu pasti akan menjadi bualan ramai di media sosial.

Selepas mendedahkan dirinya seorang yang ‘introvert’, tular pula video Marissa memaparkan transformasi wajahnya sebelum dan selepas didandan oleh jurumekap.


Video yang dikongsikan oleh akaun produk kecantikan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tidak melepaskan peluang meninggalkan komen kecaman dan sindiran susulan kontroversi terpalit dirinya.

Turut menjadi perhatian apabila ada netizen melabel wajah Marissa muka awam atau wajah biasa yang sering dilihat dimana-mana jika tanpa solekan.


Dalam pada itu, ada yang meminta supaya tidak menghina ciptaan Tuhan hanya disebabkan kontroversi terpalit pempengaruh itu dan lebih baik berdiam diri jika tiada perkara yang baik untuk dikatakan.

Sumber : Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DeLuna85 20-2-2024 03:36 PM
Tidak la awam. Muka budak2 yang cantik. Normal.
Quote cikatilia 20-2-2024 03:39 PM
mekap tebal selama ni berkoyan2
mmg sumpah xkenai kalau xdak nama dia sna
Quote hareeeesah 20-2-2024 03:42 PM
Eyebag dia kalah rokiah jaga anak 3..
Quote Orenn1 20-2-2024 03:43 PM
Muka kusam. Aku dah tahu dah masa forumers duk memuji cantik2 tu, cantik sbb mekap , klu bukak mekap biasa2 je muka dia, mmg betul
Quote doubleA 20-2-2024 03:44 PM
Dark circle je tapi raut muka dia manis je mekap tu tutup cela tapi tak la beza sgt. Nway pergerakan tu nampak ackward sgt
Quote I.K.A888990 20-2-2024 03:45 PM
cantik je aku tgk...tidak lah awam ke pebenda ke
mmg la berkati2 makeup tu lagi cantik
Quote matjerk 20-2-2024 03:46 PM
Lawa lagi anak pak kazar.. hehehehe
Quote fcl29 20-2-2024 03:46 PM
muka awam pon ada level juga..
ni kira cantik la juga tu
Quote Suchi 20-2-2024 03:51 PM
Utk remaja kulit dia ni kira ok la,mak dia pun jenis yg kulit muka mulus takda masalah.
Ekceli dah biasa tgk muka dia sejak kecil so
takdala rasa pelik ke apa
Cuma mata panda tu maybe tak cukup rehat or tidur kot sbb sblm2 ni selalu je kan ayah dia post gambar dia masa sekolah dulu tanpa mekap juga tp nampak segar je mata dia.
Quote sukanyanyi 20-2-2024 03:54 PM
ha itula orang sekarang. yang kat socmed semua comey ploles tu sume mekap+filter lettew. kalo takde, okeyla idokle buruk. cuma tak wow jela.
Quote Dolmat 20-2-2024 03:55 PM
Edited by Dolmat at 20-2-2024 03:57 PM

Korang jugakkkkk yg puji melambung2 sampai berebut nak jadikan menantu, adek ipar, anak ipar,  cucu menantu sampai Yebbi Oman luper diriiiiiii promote anak tercantik!

Aaaahhhhhh amekkkkk kauuuuu!!!!!





Quote dewi_rina 20-2-2024 03:56 PM
Mekap tebal-tebal sangat gitu lah jadinya, bila cuci muka dah takde seri sbb banyak sangat bahan kimia
Quote jiwakacau06 20-2-2024 04:02 PM
matjerk replied at 20-2-2024 03:46 PM
Lawa lagi anak pak kazar.. hehehehe

yg ni btl...
Quote iza_just2c 20-2-2024 04:04 PM
yakinnya cakap muka2 awam..ntah2 yg komen pun gundu muka berkerak
Quote Nozot 20-2-2024 04:08 PM
Kusam muka dia, beza dengan baya - baya yang apply makeup light2 ja. Tak jaga sangat nie sebab tu nampak penat n tak berseri. Rita royani lagi berseri kalu bare face
Quote Whitney72 20-2-2024 04:11 PM
Syg...muda2 make up tebal..dh nmpk mcm ada kesan kat muka...trnyata bila tilik2 balik..aku lagi lawa wlau make up ringan2 je...
Quote kiwibenz 20-2-2024 04:13 PM
Biasala ngantin baru. Mana cukup tdo
Quote IzzahF 20-2-2024 04:14 PM
baru ternampak sheols kat ig leeyanarahman. she gelak2 buka mulut out rupanya suara ya. tak nampak kiut mcm selalu2 senyum2 simpul
Quote vanillaninja 20-2-2024 04:48 PM
Netizen kot ye pun nak meluat, tak payah la nak deny budak ni memang ada rupa. Logic la muka tak makeup pucat mayat gitu. Still doesn't change the fact that budak ni ada rupa.

Teringin pulak I nak tengok rupa those yang comment tu sorang2. Betul ke sama level

Lihat semua komen(119)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.197148 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top