CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Boleh Undur Masa, Saya Akan Betul-Betul Belajar Al-Quran” - Hazama

20-2-2024 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10243| Komen: 35



Penyanyi Hazama menitipkan pesanan kepada remaja di luar sana yang masih berada di alam persekolahan agar tidak mensia-siakan peluang dan belajar bersungguh-sungguh.

Memetik Kosmo, Hazama berkata dia juga menyesal tidak mendalami Al-Quran serta kurang fokus dalam pelajaran ketika di zaman persekolahan.

“Kepada adik-adik yang tengah sekolah, jangan main-main, rugi. Nanti bila umur 40 tahun akan pandang balik. Kalau boleh undur masa, saya akan betul-betul belajar al-Quran sebab semua jawapan dan solusi ada dalam nashkah itu.

“Kenapa masa zaman remaja nak membesar saya buat benda entah apa-apa, tetapi semuanya sudah tertuliskan. Kalau latih diri dari dulu, mungkin saya akan lebih ‘solid’ (berilmu). Ini umur 30 lebih baru nak mulakan (belajar),” katanya.

Dalam pada itu, Hazama berkata dia turut menyesal kerana tidak fokus dalam pelajaran dan lebih pentingkan perkara lain serta suka bermain-main.


“Satu lagi kadang-kadang terfikir zaman sekolah kita bukan bodoh cuma tidak fokus. Pentingkan perkara lain dan suka bermain-main.

“Macam sekarang bila kita belajar akan tahu dan boleh sahaja faham semua. Kenapalah kepala sekarang tidak sama macam zaman sekolah,” katanya.


SUMBER : KOSMO

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 20-2-2024 04:34 PM
Sekarang pun masih boleh belajar, dik.
Tiada garis masa untuk menuntut ilmu.
Quote jejai 20-2-2024 04:35 PM
telracs: Sekarang pun masih boleh belaj ...


Kan..asalkan ada kemahuan janji istiqomah la
Quote telracs 20-2-2024 04:36 PM
Rasulullah pun diajar membaca oleh malaikat Jibril ketika usia baginda 40 tahun.

Nikmat apakah yang engkau dustakan...
Quote rosevelvet 20-2-2024 04:43 PM
Xyah undur ms. Ko masih ada sisa usia
Belajo je le.
Quote Incanto 20-2-2024 04:55 PM
masih belum terlambat

pasang niat dan carilah ilmu
Quote nolya 20-2-2024 05:36 PM
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Mencari ilmu tidak ada keterbatasan waktu, yg penting asal mau.  Tapi betul juga nasihat Hazama kpd anak2 remaja hari ini, ambillah kesempatan blj apa saja untuk bekalan hidup masa mendatang. Persis ingat 5 perkara sebelum 5 perkara, maka tak akan terkilan bila tertinggal satu. Ketengah ketepi semua boleh.
Quote imanjannah 20-2-2024 05:41 PM
sekarang pun boleh Hazama dan sesiapa saja, tak ada istilah terlewat utk kita sama2 memperbaiki diri dan belajar sesuatu yg baik
Quote Suchi 20-2-2024 06:57 PM
Masa sekolah rasa cam susah soalan tu tp bila dh tua ni kadang tgk soalan2 rasa mcm boleh plak jawab.
Betul la kot masa sekolah kurang fokus cth g sekolah selalu terawang-awangan pikiran sama ada sbb tak mkn atau asik duk teringat kat crush
Quote jebatmaspunyer 20-2-2024 07:07 PM
Ada sesetengah orang mindanya belum matang. Iolls pun sama. Adalah rasa menyesal tak serius belajar akademik & al-quran. Actually sesiapa yang pandai study tu dia dah terapkan disiplin y akan berguna time dewasa nanti.
Quote Kurex 20-2-2024 07:07 PM
kalau boleh undur masa, baik guna peluang tu utk wangikan diri
Quote kerani_je 20-2-2024 07:13 PM
Incanto replied at 20-2-2024 04:55 PM
masih belum terlambat

pasang niat dan carilah ilmu

Agaknye die terasa menyesal x belajar agama btul2 dulu sbb skrg kan bini mualaf..Mesti bini mualaf harapkn die ajar n didik..Last2 die pun tunggang langgang mengaji n ibadah..Nk explain kisah2 n sirah islam n nabi pun x tau sgt..Tu terjentik rasa sesal..
Quote sleepandream 20-2-2024 07:18 PM
suka tengok podcast heols dgn amelia...
Quote j3m4h 20-2-2024 11:50 PM
Kurex: kalau boleh undur masa, baik g ...
heol ni mmg naturus busyukk la …ingat lg masa dpt offer AF …host dtg rumah dia tgh tdo dgn bilik kepam namateyy..yg wangi suara dia je bang…bawah dia pon masyammmm…hahaha
Quote hyie 21-2-2024 12:42 AM
takpela at least heols ada ilmu dalam bidang muzik, dan ada kelebihan menyanyi. Biasalah, Tuhan bagi kelebihan kat sini, kekurangan kat situ. Yang kurang tu kita pepandai la topup sendiri gichuu. Heols untung ada bini mualaf, boleh belajar sama-sama nanti.
Quote doubleA 21-2-2024 02:43 AM
Selagi ada hayat dikandung badan, it’s never late to start. Mula je terus dari skg
Quote anilanil 21-2-2024 06:33 AM
Tak perlu undur masa, teruskan je dgn masa yg tersisa. Kalo undur ko tak berjodohan dgn bini mualaf, tak menang AF, tak jadi retis & mungkin tak de rasa sesal mcm ni. Bagusla kalo ada rasa kesal & sesal sblm menutup mata.
Quote bungarose 21-2-2024 06:41 AM
Mulakan sekarang dengan Al Quran
Jangan bertangguh
Quote SedihPedih 21-2-2024 07:10 AM
Tak yah undur masa...sekarang pun voley.
Quote balakkampung 21-2-2024 07:15 AM
aku rasa dia memang dah belajar dah tu, kan dia kata start umur 30 baru dia sungguh2 belajar, statement dia tu more to nasihat pada bebudak yg masih bersekolah, belajar la sungguh2 selagi otak masih fresh dan pick up.

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.056563 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top