CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Anju Kembali Pujuk Saya Untuk Membantunya, Saya Bersetuju Sebab Masih Sayangkan Dia’ – Khazrul Elzey

21-2-2024 11:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12046| Komen: 45



Usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Khazrul Elzey memberitahu hubungannya dengan pelakon Zarina Anjoulie sebagai tunang selama ini hanyalah satu kepalsuan dan sekadar gimik yang dirancang wanita itu.

Memetik laporan Kosmo, Khazrul berkata, dia bersetuju untuk menuruti permintaan Zarina kerana mahu melonjakkan kembali nama wanita tersebut. Di samping itu, dia mengakui masih menyimpan perasaan sayang terhadap pelakon filem ‘Ular’ itu.

"Begini ceritanya, tentang pertunangan itu, semuanya hanyalah satu rancangan Anju (panggilan Zarina) untuk melonjakkan semula namanya.

"Sebenarnya selepas enam bulan kami putus tunang iaitu sekitar Ogos tahun lalu, Anju kembali memujuk saya untuk membantunya. Jadi saya bersetuju sebab masih sayangkan dia".

Berbicara lebih lanjut, Khazrul meluahkan rasa serba salah kerana berbohong.

"Apabila saya pulang daripada mengerjakan haji dan mula mendekatkan diri dengan agama, timbul rasa berdosa dalam diri. Sebab selama ini saya telah menipu ramai orang termasuk keluarga.


"Kalau boleh hentikan awal, sebab itu saya berani untuk dedahkan perkara sebenar".

Pada masa yang sama, Khazrul berkata dia terbuka untuk menjadikan Anju sebagai isterinya, namun terdapat halangan apabila hubungan mereka tidak mendapat restu daripada ibu wanita itu sendiri.

"Anju ada cakap bahawa dia masih sayangkan saya dan mahu kami kembali bersama. Saya okey dan terbuka untuk menerimanya. Namun yang menjadi penghalang hubungan kami, ibunya tidak boleh menerima saya disebabkan isu pergaduhan kami sebelum ini sehingga putus tunang.

"Jadi ibu dia tidak boleh maafkan saya. Hubungan kami tidak mendapat restu orang tua."

Dakwanya lagi, dia mengambil keputusan untuk mendedahkan perkara sebenar, tanpa pengetahuan pelakon itu.


"Saya dedahkan perkara ini diluar pengetahuan Anju. Saya tidak berhubung dengannya. Saya pun tidak tahu sama ada dia marah kepada saya atau tidak.

"Lepas saya dedahkan, sudah tentu saya lega sebab sudah terlepas daripada melakukan dosa. Sebab saya bukan sahaja berbohong pada diri sendiri, tetapi juga kepada keluarga dan masyarakat. Sampai bila saya nak berbohong dan berbuat dosa? Lebih baik saya hentikan".

Sumber: Kosmo/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BellaThePrinces 21-2-2024 11:44 AM
bodohnya jantan ni...yg pompuan tu dah mmg2 tak betul.
elok lah tu.......
Quote DottieDot 21-2-2024 11:49 AM
Baguslah, walaupun kau pun niat kekonon nak kawin jugak finally dengan si Anju tu kan..
Dan Anju pun garik je.. Acah je tu nak buat marketing cmtu tuk lonjakkan nama, padahal spesis kemaruk nak jantan je..
Main sebat, asalkan boleh je Anju ni janji ada jantan..
Nasib laa mak dia wise, x restu sebab tengok cmne toxic dan xde otak je dedua ni waktu gaduh dulu buka aib itu ini..
Quote Thunderclouds 21-2-2024 11:49 AM
Ala... Kalo ckp dh kna candu ngn pussy pon org paham jaaaaaa..
Haih
Quote afie_m 21-2-2024 12:24 PM
macam macam lah
Quote slyfynx 21-2-2024 12:28 PM
Dah puas kene sedut, terus xde pertimbangan
Quote tipah89 21-2-2024 12:49 PM
Edited by tipah89 at 21-2-2024 12:53 PM

jantan ni dari awal dah nampak redflag dia, so apa nak heran keluar statement mcm ni
Quote noor2 21-2-2024 12:53 PM
Tipula ko x beepeluk bermalam dgn dia selama ni...ke dua2 suci..
Euwwww dasar jantan
Quote marchikobonzo 21-2-2024 01:15 PM
Kau dah sedap, tiberrrr........
Quote ReginaGeorge 21-2-2024 01:15 PM
Tiba2 rasa diri berdosa? Bodoh punya botak Macam baru lahir semalam
Quote ReginaGeorge 21-2-2024 01:21 PM
Her mother did the right thing
Quote emera 21-2-2024 01:35 PM
Knp aku x phm apa dia cerita?
Quote bulalof 21-2-2024 01:42 PM
Fathia tersenyum sinis......
Quote sofi_sofia 21-2-2024 01:56 PM
tp kurus betul dia skrg nih .. ada nampak kat fb dia tgh promot beg alip sukri ...
Quote anony-mous 21-2-2024 01:56 PM
So mak anju was right
Quote anony-mous 21-2-2024 01:57 PM
ReginaGeorge replied at 21-2-2024 01:15 PM
Tiba2 rasa diri berdosa? Bodoh punya botak  Macam baru lahir semalam

Dah dpt lettew. Tu yg tiber dtg berdosa. Masa air kt kepala , terima je apa anju buat
Quote miss_qasehs 21-2-2024 02:02 PM
bodohje dua2
Quote jebatmaspunyer 21-2-2024 02:32 PM
Ada effect ke Datuk ni kat Anju sebagai influencer? Macam Anju dapat benefit secara personal jer.
Quote sleepandream 21-2-2024 02:39 PM
so sebenarnye dolu tu tak pernah bertunang la?
murahnye ko anju
Quote jihyomelly 21-2-2024 04:32 PM
dah merasa memasing..sama je dua2 xde beza

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.044993 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top