CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Tak Boleh Kalau Dia Tinggi Suara’ – Janna Nick

21-2-2024 11:48 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8747| Komen: 26



Di TikTok, pelakon Janna Nick memberitahu dia tidak boleh menerima sekiranya suaminya, Dini Schatzman bersuara dalam nada tinggi untuk berkomunikasi.

Menurut Janna atau nama penuhnya Nurul Janna Muner, 29, hatinya sangat sensitif jika terdapat individu yang berbual dalam nada suara tinggi dengannya terutama suami.

"Dulu Dini tidaklah cakap dengan nada lembut sangat. Saya tidak boleh dengan seseorang yang cakap dalam nada keras atau tinggi suara. Lama-kelamaan dia pun sudah terbiasa cakap dengan begini dengan saya.

"Kalau dia cakap kasar saya akan mudah terganggu dan rasa dia seorang panas baran."

Tambah Janna, Dini akan merasai hal yang sama sekiranya dia bercakap dalam nada suara yang sebegitu. Pelantun suara ‘Gatal’ ini juga menafikan dakwaan dia dan suami sekadar ‘berlakon’ mesra dan sopan di media sosial.


"Sekarang ini, kalau tiba-tiba saya marah dan tertinggi suara, dia pun akan jadi sensitif dan terasa. Jadi, kami lebih selesa berkomunikasi sebegini. Kami juga bukan sengaja nak mengada-ngada berbual seperti bayi dan manja tetapi inilah diri saya.

"Saya tiada memori pada zaman kecil, jadi sekarang ini saya mahu cipta balik."

Sumber: Janna Nick/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 21-2-2024 11:59 AM
cehhh....kalau dia cakap max volume, terpekik2, tenking2 jerit2 takpe pulak, cakap orang utagha memang kasar lagu tu...poooodahhhh!!
Quote Perawankota 21-2-2024 12:20 PM
prince_marhaen: cehhh....kalau dia cakap max v ...


Kannnn.. Setau aku selamani dia yg ber ckp mcm pakai microphone
Quote slyfynx 21-2-2024 12:28 PM
Jap, kalau ko boleh, orang lain je x boleh eh?
Quote merrissa 21-2-2024 01:01 PM
prince_marhaen: cehhh....kalau dia cakap max volume, terpekik2, tenking2 jerit2 takpe pulak, cakap orang utagha memang kasar lagu tu...poooodahhhh!!



kann drama dia pon kebanyakan jerit2
Quote sayangselamah 21-2-2024 01:06 PM
Kalau Perangai elok tak ada la suami tiba2 nak baran..mesti la bersebab tinggi suara.lagi pun dalam rumah tangga apa yg aspect tinggi..happily ever after macam drama ke.mmg tidak lah
Quote Bergosip 21-2-2024 01:10 PM
prince_marhaen replied at 21-2-2024 11:59 AM
cehhh....kalau dia cakap max volume, terpekik2, tenking2 jerit2 takpe pulak, cakap orang utagha mema ...

dari pemerhation iols, perempuan yang cakap volume tinggi, suara high pitch ni mesti berpasangan dengan suami yang jenis diam, cakap lembut

sama macam lelaki. lelaki tu kalau jenis yang social terlebih (jenis senang borak/sembang2), isteri dia mesti jenis yang malu2 sopan


macam janna dengan dini. dini jenis cakap lembut, tapi janna max volume
Quote bulalof 21-2-2024 01:46 PM
pathetic. intonasi suara sendiri bingit, nak point fingers to others.
Quote anony-mous 21-2-2024 01:51 PM
prince_marhaen replied at 21-2-2024 11:59 AM
cehhh....kalau dia cakap max volume, terpekik2, tenking2 jerit2 takpe pulak, cakap orang utagha mema ...

Hahahah mcm iols la ni, klau dah excited mmg x sedar volume tggi . Ada org tegur baru sedar tp ironinya i mmg xboleh org lain bising2 klau dkt rumah n x suka lelaki tegur dgn suara tggi.

Lain oo bila tmpt public or keadaan yg kena hyper contoh mcm janna ni mengacara, mmg kena loud. Xkn lemah je. Dan bila kena tengking mmg la xboleh sbb keadaan x sama. 1 to all vs 1 to 1
Quote anony-mous 21-2-2024 01:51 PM
Bergosip replied at 21-2-2024 01:10 PM
dari pemerhation iols, perempuan yang cakap volume tinggi, suara high pitch ni mesti berpasangan d ...

Nasib baik ada yg memahami mcm uols
Quote prince_marhaen 21-2-2024 02:12 PM
merrissa replied at 21-2-2024 01:01 PM
kann drama dia pon kebanyakan jerit2

bukan drama je over jerit, interview, vlog dia tu pun jnis cakap jerit2 kasar2 ngan PA dia, manager dia... macamana ntah orang boleh tahan... kalau orang lain cakap gitu ngan dia mula la nak depressi ke anxiety lahhh....bipolar lahhh... yihh~~ pick me vibes sangat!

Quote mamajawie 21-2-2024 03:57 PM
skali dini hempuk si jenah bingit ni konfem jenah berhenti jadi retis
Quote alieyrina 21-2-2024 05:29 PM
Dini aku tgk mcm sorg yg soft spoken ja. Best lak cita kau vs aku 2 tu. Terlayann
Quote Sazreena 22-2-2024 12:14 PM
Huntunglah dapat laki lembut yg ikut je cekadak ko...princess treatment konon..ko pun kalau hosting dah mcm speaker pecah...kalah speaker macha.
Quote noorazurams 22-2-2024 12:17 PM
prince_marhaen replied at 21-2-2024 11:59 AM
cehhh....kalau dia cakap max volume, terpekik2, tenking2 jerit2 takpe pulak, cakap orang utagha mema ...

Kannn. Baru nk cakap. Dia pun kalo cakap kasar je. Ngada ngada
Quote likilu 22-2-2024 12:38 PM
Dia selalu play victim eh
Dulu time dgn cyst pun kata gitu jugak
Terpaling justify
Quote sukanyanyi 22-2-2024 03:09 PM
Bergosip replied at 21-2-2024 01:10 PM
dari pemerhation iols, perempuan yang cakap volume tinggi, suara high pitch ni mesti berpasangan d ...

ye2 stuju dgn apa uols cakap.

ahh refreshing yach ada tered kapel yg dua2 retis, walopun sekadar topik pasal cara bercakap. daripada dok baca pasal nobodies.....
Quote sukanyanyi 22-2-2024 03:14 PM
anony-mous replied at 21-2-2024 01:51 PM
Hahahah mcm iols la ni, klau dah excited mmg x sedar volume tggi . Ada org tegur baru sedar tp iro ...

yela kan, mesti yin & yang. kalo uols dah mcmtu, lepas tu yg sorang lg pon mcmtu, boleh gado ari2, mana mau aman.. n kalo dua2 jenis krik2 pon yihhhh sunyi rumah
Quote asfaz 22-2-2024 03:33 PM
Bergosip replied at 21-2-2024 01:10 PM
dari pemerhation iols, perempuan yang cakap volume tinggi, suara high pitch ni mesti berpasangan d ...

Ai jenis suara tinggi
Ai rasa dah slow tpi org kata kuat. Tp asben ai bukan pendiam cuma makin lama vol ai tak la sekuat dlu. Sb ada je asben tegur suara tu slow sikit pernah ai berbisik dgn asben ,dia ckp baik takyah bisik ,org lain leh dgr
Quote A-Are 22-2-2024 03:37 PM
Bergosip replied at 21-2-2024 01:10 PM
dari pemerhation iols, perempuan yang cakap volume tinggi, suara high pitch ni mesti berpasangan d ...

kenapa yer gitu? kena buat research ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 08:49 AM GMT+8 , Processed in 0.041272 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top