CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

7 Tahun Tak Jumpa Anak, Fasha Sandha Bawa Pembantu Rumah Pulang Ke Indonesia

1-3-2024 07:37 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7078| Komen: 21



Di Instagram, pelakon Fasha Sandha berkongsi sebuah video sedih memaparkan momen pembantu rumahnya pulang ke Indonesia untuk berjumpa anak dan keluarga.

Menerusi video yang dikongsikan, Fasha dan keluarganya turut hadir bersama bagi melihat momen yang sangat bermakna itu.

Menurut Fasha, pertemuan anak beranak itu merupakan pencapaian terbaik buat dirinya pada tahun ini. Ujar Fasha lagi, dia berjaya menyatukan semula ibu dan anak yang sudah tujuh tahun tidak berjumpa antara satu sama lain.


"Terima kasih di atas segala kebaikan dan sayang anak-anak. Pembantu adalah keluarga dan saudara, yang membantu untuk permudahkan urusan kita. Love all. Simpan sini buat kenangan."

Pembantu rumah Fasha kelihatan sebak sebaik sahaja melihat anaknya berada di lapangan terbang. Lebih menyentuh perasaan, Fasha turut mengalirkan air mata sewaktu melihat momen mesra anak beranak itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih sebaik sahaja menonton video yang dimuat naik oleh Fasha itu. Netizen turut berharap majikan di luar sana dapat mencontohi sikap Fasha Sandha tatkala memberi layanan yang baik buat pembantu rumah.

Sumber: Fasha Sandha/OhBulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 1-3-2024 08:01 PM
Edited by pocongkiutss at 1-3-2024 11:28 PM

Baguslah pasah ikut skali..kalau blk sorg2 kdg2 tak blk Malaysia teruih dah
Quote aemon 1-3-2024 09:26 PM
pocongkiutss: Baguslah pasah ikut skali..kal ...


Pasah tak sebodoh dan selurus itu
Quote pocongkiutss 1-3-2024 11:29 PM
aemon replied at 1-3-2024 09:26 PM
Pasah tak sebodoh dan selurus itu

Tp baper ramai je yg buat cam pasah..termasuklah M40 ,T20 yg bukan retis..based on trust jah
Quote kookie92 2-3-2024 12:21 AM
lamanya xbalik. kak iols bagi bibik dia balik setiap tahun. cuti sebulan.
Quote MisXoXo 2-3-2024 06:13 AM
Aik..awat lama xbalik..pelikk..kat ig mana ntah..majikan dia baikk..balik ja bibik dia..siap bg hadiah utk fam kat sana..ni create content ke apooo
Quote orkid_amani 2-3-2024 08:01 AM
Bukan 3@5y setiap tahun contract habis ka pembantu rumah ni? Big boss aii bsru bising2 nak cari maid pinoy tapi dy takut husband dy kena caras pulak..dy tengah pening pikiaq nak cari mana maid sebab maid dy dah habis contract..dy kata kejap jaa rasa 5y tu.. btw..big boss aii slu xdak rumah.maid banyak kerja siram2 pokok & bg kucing makan ja. Ank pun sorg ja
Quote makita 2-3-2024 08:10 AM
Eh kenapa kene tgu 7 tahun. Ke meols yg tak fhm. Pembantu mak meols tiap2 tahun balik. Ni nak mula posa ni dia siap2 nk balik. Lepas 2 mgu raya dia dtg sini semula. Mmg rutin kene hantar dan jemput dia kat epot.
Quote lilacomot 2-3-2024 08:30 AM
Fasha beli bju kt Shien ke tu
Quote LadyCarefree 2-3-2024 08:46 AM
Mungkin sebelum ni bibik bukan kerja dgn Fasha. Majikan lama xsponsor balik.
Quote telracs 2-3-2024 09:40 AM
LadyCarefree replied at 2-3-2024 12:46 AM
Mungkin sebelum ni bibik bukan kerja dgn Fasha. Majikan lama xsponsor balik.

Saya pun terfikir macam ni.
Mungkin sebelum² ni, bibik ni kerja dengan orang lain.
Pas kerja dengan fasya, baru fasya usahakan untuk dia balik jumpa family di indonesia tu.

Bersangka baik dahulu.

Kalau ada plot twist, baru tukar statement komen...
Quote gideoncross 3-3-2024 06:46 PM
pocongkiutss replied at 1-3-2024 11:29 PM
Tp baper ramai je yg buat cam pasah..termasuklah M40 ,T20 yg bukan retis..based on trust jah

Kat Bruneiku terchenta sinipun dh ramai yg khwin dgn org Yindon
Quote Rogue98 3-3-2024 06:56 PM
Awe..sedih nye..sian anak dia..mayb kena tinggal umur 2/3 tahun. Tapi Indon skrg lagi maju dari Malaysia...org Indon tak heran dah nak jadi maid sini. Kena lah pasha cari maid lain.
Quote Madel 3-3-2024 07:04 PM
Warga Indon sekarang dh tak heran nak dtg Msia cari kerja
Depa masing2 aim jadi tkw kat Hongkong,Taiwan, Japan or Korea
Masing2 bercita2 nak kawen dgn warga sana.
Kat ig aku kemain banyak fyp warga2 Indon yg kawen campur gini.
Quote bedahmenjuyah 3-3-2024 10:26 PM
Tak overstay ke bibik ni sampai 7 tahun tak balik?
Quote nanasno 4-3-2024 11:11 AM
pasah buat permit bibik kat mana.
Quote dewi_rina 4-3-2024 03:01 PM
Tetaplah di setiap caption kena ada pujian untu diri sendiri ye

It's all about me, me, me jugak sheols ni
Quote cha-cha 4-3-2024 03:40 PM
dewi_rina replied at 4-3-2024 07:01 AM
Tetaplah di setiap caption kena ada pujian untu diri sendiri ye

It's all about me, me, me jugak she ...

Seharusnya sis.. sheols juara humble brag huhuhu
Quote dewi_rina 4-3-2024 04:08 PM
cha-cha replied at 4-3-2024 07:40 AM
Seharusnya sis.. sheols juara humble brag huhuhu

Mesti lah nak kena bagi kredit kat diri sendiri ye dia ni..
Oh btw dia ni ada bibik rupanya.. Sebelum ni rumah bersepah, tuala bersepah kat tangga tu masa tu takde bibik eh?
Quote gangerina 6-3-2024 11:07 AM
ada kawan I mcm ni gak, siap ikut maid balik sana...pastu maid kata nak balik rumah dia kejap udahnya tak dengar berita dah, nak kesian pun mcm serba salah....

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.104932 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top