Gaza: Lebih 100 penduduk ditembak mati selepas orang ramai menyerbu ke arah trak bantuan di Gaza, pada Khamis. Kementerian Kesihatan wilayah itu berkata, lebih 750 orang turut cedera dalam kejadian itu. Ia berlaku selepas agensi bantuan memperhebat amaran mengenai situasi kemanusiaan Gaza, dengan ancaman kebuluran khususnya di utara Gaza. Rompakan trak bantuan sebelum ini berlaku di utara Gaza, di mana penduduk mengambil makanan haiwan dan juga daun untuk cuba menahan kelaparan. Jurucakap kementerian itu, Ashraf al-Qudra berkata, ratusan terbunuh dan cedera akibat tembakan tentera yang menyasarkan rakyat di bulatan Nabulsi, Bandar Gaza. Penduduk, Kamel Abu Nahel yang dirawat akibat luka tembakan di Hospital Al-Shifa, berkata, dia dan yang lain pergi ke tempat pengedaran makanan pada tengah malam kerana mendengar akan ada penghantaran makanan.
"Kami sudah makan makanan haiwan selama dua bulan. "Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah orang ramai, menyebabkan kami lari bertempiaran, dengan beberapa orang bersembunyi di bawah kereta. "Selepas tembakan berhenti, orang ramai kembali ke trak dan tentera melepaskan tembakan lagi. Saya ditembak di kaki dan terjatuh dan kemudian sebuah trak melanggar kaki saya," katanya. Sementara itu, Ali Awad Ashqir yang pergi membeli tepung untuk keluarganya yang kelaparan berkata, dia menunggu selama dua jam apabila keganasan itu meletus. "Kira-kira 4 pagi, trak tiba. Sebaik ia tiba, tentera melepaskan peluru meriam dan senjata api. "Saya terkena tembakan di kaki kiri dan dibawa ke Hospital Al-Shifa. Saya kemudiannya dibenarkan keluar kerana kecederaan saya sederhana," katanya. Ketua perkhidmatan ambulans di Hospital Kamal Adwan Fares Afana berkata, pakar perubatan yang tiba di tempat kejadian mendapati berpuluh-puluh atau ratusan orang terbaring di tanah. Beliau berkata, ambulans tidak mencukupi untuk mengambil semua yang mati dan cedera dan ada yang dibawa ke hospital dengan kereta keldai. Sumber Israel mengesahkan bahawa tentera melepaskan tembakan ke arah rakyat Palestin yang bergegas ke arah trak bantuan di Gaza, dengan menganggap mereka menimbulkan ancaman kepada tentera. Jurucakap pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagaimanapun berkata, ramai yang maut digilis trak itu sendiri selepas trak bantuan diserbu orang yang cuba merompak makanan. Serangan Israel di Gaza sejak 7 Oktober tahun lalu menyebabkan ratusan ribu orang kehilangan tempat tinggal, dengan hampir 1.5 juta orang kini bersesak-sesak di khemah pelarian di Rafah. Sumber : Harian Metro |
Triple_8 replied at 2-3-2024 10:47 PM
Saya tengah tunggu goyim pencinta Zionis cakap ini salah Hamas sebab "mulakan" perang 7 Oktober.
syazwan92 replied at 5-3-2024 03:22 PM
Dekat porum ni memang dari dulu ada yang pro isr@el / Zionist...dekat thread 10 tahun lepas pun pu ...
Triple_8 replied at 5-3-2024 04:47 PM
Sebelum ini ada juga kedengaran suara-suara sumbang orang munafik ini menyalahkan Hamas. Tetapi se ...
haifawehbe replied at 5-3-2024 11:54 PM
Memang ramai porumer pro israhell dlm ni.. iols sendiri dah berdebat dgn deme dlm ni.. balik2 sal ...
haifawehbe replied at 5-3-2024 11:54 PM
Memang ramai porumer pro israhell dlm ni.. iols sendiri dah berdebat dgn deme dlm ni.. balik2 sal ...
ADVERTISEMENT