CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Orang Pakai Masa Futsal, Kau Pakai Buat Jalan..” – Trend ‘Jorts’ Di Kalangan Gadis Bertudung Semakin Berleluasa Di Media Sosial

7-3-2024 10:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14923| Komen: 112


Sering dilihat di media sosial anak-anak muda yang memilih untuk ekspresi diri mereka melalui pemakaian. Dari situ, wujudlah mentaliti tentang tiada benar atau salah dalam dunia fesyen. Namun, ia menjadi satu isu ketika ia melibatkan cara pemakaian bagi mereka yang berhijab.

Tular pula baru-baru ini seorang gadis bertudung yang terlihat mengayakan seluar jeans pendek paras lutut bersama stoking panjang yang menutup bahagian kaki hingga lutut bersama baju-T berlengan pendek yang oversized.

Sejak tular pengayaan fesyen gadis tersebut, mula timbul pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak setuju dengan trend baru itu.

"Sebab tu aku selalu pesan, nak fashion jangan ikut orang sekeliling, takut benda yang orang pakai time futsal, kau pakai buat jalan".   

"Dia pakai tudung dengan seluar pendek, kemudian mention muslimah."   


"Memang ramai kecam, pakaian entah apa-apa. Fesyen makin merepek, yang sokong pun sama je tak ada otak."

Oleh kerana trend tersebut semakin berleluasa di kalangan gadis bertudung dan tidak mahu lebih ramai terjebak, haruslah difahamkan sebagai umat Islam, hendaklah berpakaian mengikut peraturan yang ditetapkan walaupun dengan fesyen terkini.

Menerusi huraian di laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, disenaraikan enam garis panduan dalam berfesyen bagi wanita:




SUMBER : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lilacomot 2-3-2024 10:27 AM
Tutup aurat la tu.. Gedobos kn bju n suar tu.. Cume pendek d tutup ngn inner n legging
Quote iraizz 2-3-2024 10:38 AM
Huduh la kalau bertudung pakai camni, kalau yg free hair ok kot
Quote Mary_jane 2-3-2024 10:51 AM
Mengarut nya lah, kot ye pun nak berfesyen sangat. Ni dah jadi mangsa fesyen.
Quote Siput_Sawah 2-3-2024 10:59 AM
Bila Aurat Betino hanya kat rambut sahaja. tetek, bontot,peha, lengan, leher dan lurah bukan aurat tapi kebanggaan betino akhir zaman utk di tayang. Nauzubillah!!
Quote Kangkung1M 2-3-2024 11:01 AM
lilacomot replied at 1-3-2024 10:27 PM
Tutup aurat la tu.. Gedobos kn bju n suar tu.. Cume pendek d tutup ngn inner n legging

Asalkan tutup aurat bagi aku okay je mereka yang muda2 ni bereksperimen dalam fesyen.

[TikTok]7211978363399916846[/TikTok]
Quote makadek 2-3-2024 11:03 AM
Aku ade knln 43 kot umur dh tua2 pn setia dgn style hiphop pakai baju loose besar bagak lelaki tau sib bek npk wangi
Quote lilacomot 2-3-2024 11:10 AM
Kangkung1M replied at 2-3-2024 11:01 AM
Asalkan tutup aurat bagi aku okay je mereka yang muda2 ni bereksperimen dalam fesyen.

Kannn.. Biar la bdk muda nk berfesyen... Kang free hair kene kecam gk.. Bila nk bertdung katanye.. Aje gilerr netizen ni serba xkena
Quote krustykrab 2-3-2024 11:17 AM
Aku tk nk sentuh pasai aurat dia tapi nak cakap
Huduh weiiiii fesyen gini..tiber aku teringat kat irakajar punya fesyen
Quote makita 2-3-2024 11:21 AM
Meols tgok org puteh girl nya famanine je, rambut ikal mayang (ni zaman meols remaja). Kat stesen bus sini..sekumpulan bdk2 ni pakai fesen punk. Dgn spike2 semua. Ye la bdk2 kan msa tu terpaling berfesyen la kan sbb xde komitmen kene pegi kelas atau keje.
Quote arareez 2-3-2024 11:34 AM
Tak feminine. Pastu komplen kenapa xde laki nk kat ko
Quote lightheaded67 2-3-2024 11:35 AM
Edited by lightheaded67 at 2-3-2024 11:36 AM

kan boleh pakai pelik2 kt rumah huhu ke tak boleh jugak
Quote Kurex 2-3-2024 11:44 AM
macam pengkid jahhhhh
Quote lightheaded67 2-3-2024 11:45 AM
Kangkung1M replied at 2-3-2024 11:01 AM
Asalkan tutup aurat bagi aku okay je mereka yang muda2 ni bereksperimen dalam fesyen.

yg ni elok a lagi dri budak dlm dua gambor tu
Quote lightheaded67 2-3-2024 11:49 AM
https://vm.tiktok.com/ZSFA2PCqY/
Quote Kangkung1M 2-3-2024 12:01 PM
Edited by Kangkung1M at 2-3-2024 12:09 AM
lightheaded67 replied at 1-3-2024 11:45 PM
yg ni elok a lagi dri budak dlm dua gambor tu

Takde masalah fesyen macam ni, menutup aurat & sopan. Dan nampak selesa.

[TikTok]7331268044850810120[/TikTok]
[TikTok]7315271110541446401[/TikTok]
Quote syamzana 2-3-2024 12:10 PM
kalau cakap bab aurat...pakai stoking ketat nmpk bentuk kaki gitu katup aurat ke???
bkn ke sama je pakai baju melekap ketat nmpk shape ke sbb benda tu kat kaki tak jd aurat??

iols mmg koser nak ambil tau bab2 aurat org ni, tp sbb ada yg ckp katup aurat tu yg tnya.
tp kalau ok dan org pakai tu selesa begitu...pakai je la la. nama pun fesyen
Quote lightheaded67 2-3-2024 12:36 PM
Edited by lightheaded67 at 2-3-2024 12:42 PM
Kangkung1M replied at 2-3-2024 12:01 PM
Takde masalah fesyen macam ni, menutup aurat & sopan. Dan nampak selesa.


https://vm.tiktok.com/ZSFAjPrYD/
iyo mmg takde masalah, peribadi tak kenan tgk jah, katanya forum komeng2.tp tak aci je, org pakai tudung smua ok, yg free hair pakai sopan pun kena kutuk jugak (skadar probok)
Quote LadyCarefree 2-3-2024 12:45 PM
syamzana replied at 2-3-2024 11:10 AM
kalau cakap bab aurat...pakai stoking ketat nmpk bentuk kaki gitu katup aurat ke???
bkn ke sama je p ...

Benda gini kena kecam atau tidak kdg2 tu depends on siapa pakai. Retis2 pun ramai je pakai inner atau stokin. Pakaian gini terjadi sbb kena paksa directly atau indirectly totop ghambot tapi hati tu teringin nak berskirt, bersundress, bershorts dan sebagainya kot. Dulu ada juga retis agak kertu bertotop ghambot tp pakai gaun belah belakang kan? Model iklan Padini ke apa tu sebesar2 alam luar kedai tu totop ghambot pakai seluar senteng. Serupa juga jenis2 mcm Tya menantu CT semua tu lah. Pakai seluar dan skirt sampak mid calf pun ada.
Quote mojarean_X 2-3-2024 12:50 PM
CAM INDON!

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.059220 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top