CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Rasa Marissa Ikut Ayah Dia, Masa Norman Kahwin Dengan Memey Dulu Pun Saya Tak Tahu’ – Abby Abadi

11-3-2024 09:52 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 48308| Komen: 498



Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil memberikan sedikit komennya mengenai dakwaan anak perempuannya, Marissa Danial yang dikatakan sudah bernikah dengan jejaka pilihannya, Ahmad Aslam di Thailand.

Menerusi potongan video daripada sesi podcast GVV Studio yang dikendalikan oleh pelakon, Datin Rabeeca Nur Al-Islam, pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan itu mendedahkan dia sedikit ralat dengan apa yang telah berlaku.

Menurut Abby, sehingga ke hari ini dia dan keluarga masih belum mengetahui status sebenar di antara anaknya dan Aslam.

"Mungkin adanya beberapa kelemahan daripada saya tetapi apa yang saya boleh cakap ialah saya berasa ralat sebab saya rasa anak saya buat keputusan yang salah."

"Dia ada pilihan untuk dapatkan yang lebih baik.

"Saya tak boleh paksa dia cuma, perkara ini masih belum selesai dan saya pun tak tahu apa status mereka."


Tambah Abby, dia ada menasihati Marrisa untuk mendaftarkan perkahwinan sekiranya benar sudah mendirikan rumah tangga di Thailand namun anak perempuannya itu masih belum berbuat demikian.

"Saya tak tahu status mereka di sana (Thailand) macam mana. Tapi kalau dah nikah, bila balik Malaysia kenalah sahkan tapi masih tak jelas lagi."

"Sebab ada orang pergi ke sana sah, ada orang pula tak sah. Kita pula bukan ahli yang pakar dalam hal ini

"Saya dah ajak dia buat (pendaftaran) tapi dia kata dia akan buat dalam masa terdekat."

Dalam pada itu, pelakon yang terkenal dengan drama bersiri ‘Gerak Khas’ ini mengakui dirinya terkejut dengan penularan berita mengenai pernikahan anaknya itu.

"Saya terkejut dan tergamam sebab dia pun tak ada bagitahu kami sekeluarga.

"Dia sangat berahsia dan perkara itu berlaku dalam masa satu hari dan sangat di luar jangkaan kami.

"Saya tak pasti apa yang membuatkan mereka untuk bertindak seberani itu”

Di akhir sedutan video tersebut, Abby dilihat sempat berseloroh dengan mengatakan perbuatan Marissa itu mirip sekali dengan bapanya, Norman Hakim yang bernikah dengan Memey Suhaiza pada 2011.

"Saya rasa yang ini dia ikut ayah dia lah sebab masa Norman kahwin dengan Memey saya tak tahu.

"Ni betul serius, masa mereka berkahwin dulu saya tak tahu, Lillahi Ta’ala."


Terdahulu, dakwaan mengatakan Marissa dan Aslam telah pun bernikah di Thailand pada 27 Disember tahun lalu menjadi tular dan meraih perhatian ramai.

Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi OhBulan!.

Sebelum ini, Marissa juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya sehingga pasangan itu hampir bercerai.

Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

Walau bagaimanapun, dakwaan itu sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tularnya beberapa video memperlihatkan Marissa dan Aslam melakukan sesi fotografi bersama bagi satu jenama pakaian tempatan.

Perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-ratanya mengecam tindakan jenama pakaian tersebut malah mereka mendakwa Marissa tidak menjaga hati ibu bapanya dan isteri Aslam iaitu Misya Mazlan.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninajaybee 11-3-2024 10:16 AM
Kau pun kahwin kat Thailand. Norman kahwin senyap2. Maka, anak kau ikut dua2lah. Kahwin Thailand senyap2.
Quote anony-mous 11-3-2024 10:24 AM
ninajaybee replied at 11-3-2024 10:16 AM
Kau pun kahwin kat Thailand. Norman kahwin senyap2. Maka, anak kau ikut dua2lah. Kahwin Thailand sen ...

Well said! Marissa tu betul2 gene mak ayah, nikah family xtau, gatal melegha pon sama mcm mak ayah. Ayah berangkut tilam, mak bertukar2 jantan. Lps tu salahkan satu sama lain
Quote newyork 11-3-2024 10:37 AM
Anak dia kaut 2 2 gen tu
Quote kepompong 11-3-2024 10:39 AM
terpaling suci
Quote cm_vungtau 11-3-2024 10:42 AM
Memey is winning
Quote prince_marhaen 11-3-2024 10:50 AM
Edited by prince_marhaen at 11-3-2024 11:00 AM

Yebbi pun anggap benda ni tak serius kan...siap boleh berlawak lagi...patutlah anak dia berani kangkang merata...nanti mama maafkan & it's okey, mama & papa pun pernah buat silap...gittewww.... maka si markisa pun sambung bertenggek atas si selam...

Bagai buah markisa ditebuk jantan muka tupai.

_7bdaf969-e19a-4163-9c8d-a3b641b3016f.jpg
Quote kakakgarang 11-3-2024 10:51 AM
ada satu video tu.. dlm qisar kot..ada tiktokerrr ajak dia dance dlm video tersebut.. tapi markisah ini tepis dgn menjawab "tak kan menari" sembang apa kau ni nonox!! hahahaha

kau mengatal dgn laki smp check in orite je.. tapi menari dpn video acah2 terpaling alim la... sedihnya.. kau zalim nok dgn diri kau.. apo
Quote lolipopmanish 11-3-2024 10:59 AM
kakakgarang replied at 11-3-2024 10:51 AM
ada satu video tu.. dlm qisar kot..ada tiktokerrr ajak dia dance dlm video tersebut.. tapi markisah  ...

Dlm video raya Leeyanaarahman tu nokss..
Quote kakakgarang 11-3-2024 11:01 AM
lolipopmanish replied at 11-3-2024 10:59 AM
Dlm video raya Leeyanaarahman tu nokss..

oh yehhh.. iolls lupo brand apo.. tq uolls (kissssss bnyak2)

Pembetulan... video dlm leeyanaarahman ye semua
Quote Kurex 11-3-2024 11:04 AM
kau bagi statement macam kau suci sgt kan bakyah
Quote cm_vungtau 11-3-2024 11:20 AM
Jadah interview si Abby tapi si Bekah tu yang bercerita? Aje bodo punya interviewer. Si Abby pulak terpaksa menyampuk
Quote ezacbee 11-3-2024 11:47 AM
Abby lupa dia penah nikah kat siam.. hilang ingatan ke???


Quote prettyuglybabe 11-3-2024 11:47 AM
ada lagi bekahyislamik ni..
ingatkan dah masuk freezer lepas rumah kena lelong dengan cerita company laki songlap duit customer..
Quote NuansaBiru 11-3-2024 12:23 PM
Camana dia boleh kata dia tak tau miang dgn memek kawin? Bukan ker miang bawak danish dgn marissa masa menikah kat kampung memek dulu?
Quote epal_putih 11-3-2024 12:33 PM
prettyuglybabe replied at 11-3-2024 11:47 AM
ada lagi bekahyislamik ni..
ingatkan dah masuk freezer lepas rumah kena lelong dengan cerita company ...

Rumah yg dia dok laani ke...
Huhu
Quote tasha 11-3-2024 12:40 PM
NuansaBiru replied at 11-3-2024 12:23 PM
Camana dia boleh kata dia tak tau miang dgn memek kawin? Bukan ker miang bawak danish dgn marissa ma ...

Klu dh bercerai tak ptg pun nk beritahu janda...
Quote matjerk 11-3-2024 12:41 PM
Tapi menikah di thailand ikut acik abby kan? Screenshot_20240311_123955_Chrome.jpg Screenshot_20240311_124025_Chrome.jpg
Quote dewi_rina 11-3-2024 01:11 PM
Edited by dewi_rina at 11-3-2024 05:28 AM

Memey bawak bersabar ye, orang lain buat hal nama chuols naik.. Rasakan kurma itu manis
Iols nak tengok dorang interview noman.. Biar mcm taik tepek kat muka
Quote cik_ingeniare 11-3-2024 01:34 PM
acik yebby dulu bukan ke menikoh dekat siam?

Lihat semua komen(498)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.152178 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top