CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dasyat! Padah Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Netizen Pakat ‘Report’ Akaun TikTok Butik Sampai Kena ‘Banned’

11-3-2024 12:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11710| Komen: 26


Baru-baru ini, sebuah butik pakaian teruk dikecam kerana didakwa telah mengambil kesempatan ke atas kontroversi Marissa Dania, Aslam dan Umisya Mazlan untuk melariskan produknya.

Isu tersebut menjadi tular di platform media sosial dan pemilik butik berkenaan mendapat kecaman hebat malah disifatkan tiada empati gara-gara tergamak menggunakan krisis rumah tangga mereka untuk kepentingannya.

Disebabkan itu juga, ramai netizen marah dan berpakat untuk report hantaran video dan akaun TikTok butik berkenaan bagi mengajar jenama tempatan agar tidak ‘menunggang’ kontroversi orang lain.



Netizen juga berpendapat tindakan report akaun TikTok tersebut sebagai pengajaran kepada founder butik itu dan jenama yang lain agar tidak mengambil individu bermasalah (dalam kes ini, Marissa dan Aslam) sebagai model mereka.

Usaha netizen tidak sia-sia apabila akhirnya akaun TikTok jenama tersebut dilaporkan telah pun dinyahaktif dipercayai kerana report yang dibuat oleh ramai orang.

Menerusi X, seorang individu berkongsi tentang hal itu dan ramai warganet yang lain turut sama ‘meraikan’ kemenangan mereka untuk memberi pengajaran kepada founder berkenaan.


Bagaimanapun, mereka sudah pun menyedari kemunculan akaun TikTok jenama itu yang baru dan masing-masing sekali lagi berpakat untuk report sekali lagi.

Bukan itu sahaja, sesetengah individu mengajak netizen untuk turut report akaun Instagram mereka kerana meskipun video Marissa dan Aslam sudah dipadam namun tiada permohonan maaf dibuat oleh pihak butik.


Dalam pada itu, netizen turut menyeru orang ramai untuk memboikot mana-mana jenama tempatan yang suka ‘menunggang’ isu viral atau menggunakan individu bermasalah untuk marketing mereka.

SUMBER : Twitter/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 11-3-2024 12:05 PM
Semoga yang boikot2 tu tak berperangai mcm dorg
Quote Zezo 11-3-2024 12:45 PM
Sakai je kelaku org malaysia, baik yg ponder, netz and semua yg berkaitan.
Quote prince_marhaen 11-3-2024 01:02 PM
nanti dia buat 50%-70% harga dah mark-up pun mesti ada orang bodoh support jugak...... sebab tu founder & brand-brand sial ni tak takut...
Quote ezacbee 11-3-2024 01:08 PM
Ayat last tu butik mana yg aniaya staff & intern kat penang tu???

Quote makneng 11-3-2024 01:12 PM
Menyampah  dengan founder2 yg desperate nih. Normalize kan benda2 yg kurang baik nak naik kan sales
Quote dewi_rina 11-3-2024 01:18 PM
Ko memang mengidolakan mak tiri ko dek.. Muka tu mainkan peranan

Rasanya dapat support kuat dari mak tiri
Quote tulip-rain 11-3-2024 01:59 PM
"Dalam pada itu, netizen turut menyeru orang ramai untuk memboikot mana-mana jenama tempatan yang suka ‘menunggang’ isu viral atau menggunakan individu bermasalah untuk marketing mereka..."

Setuju sangat2. Mmg bodoh yg tunggang isu viral sbb nk lakukan produk. Lps tu makin popular pulak orang2 tak bermoral ni. Entah siape2 tiber popular, dpt job sbb buat benda bodoh dan bermasalah.
Harap boikot berkekalan lah ye.
Quote chinta89 12-3-2024 10:17 AM
terbenam lagi dan lagiiiiiiiiiii
Quote putri_why 12-3-2024 10:45 AM
Butik leeyana rahman pon ambik marissa jugak , tapi takde pulak org nak boikot….patut boikot je semua…
Quote Suchi 12-3-2024 10:51 AM
Alip sukri tu dah lama wat gini takda sapa pun nak boikot

Quote justchu 12-3-2024 10:52 AM
putri_why replied at 12-3-2024 10:45 AM
Butik leeyana rahman pon ambik marissa jugak , tapi takde pulak org nak boikot….patut boikot je sem ...

leeyana ni aku rasa mcm sebelum kes thailnd tu kot
pandai marissa senyap2 je. cuba kalu selepas ke siam
baru nk sign up

mampoih hidup balik org tanak amik dia
Quote katnissE 12-3-2024 10:55 AM
putri_why replied at 12-3-2024 10:45 AM
Butik leeyana rahman pon ambik marissa jugak , tapi takde pulak org nak boikot….patut boikot je sem ...



Bukan isu ambik Marissa ye Cik kak
Ambik dua dua bini then kasi minik no 2 aksi sweet dengan laki.
Minik tua tak tahu apa-apa dibiar posing sesorang .  Tak tau pun dua ketul tu ada shooting jguak.
Quote ChiciLala 12-3-2024 02:19 PM
1 post anak yebbi pun xde dah ye kt ig ni
Quote marchikobonzo 12-3-2024 02:37 PM
Moh la kita jadi netizen yang bijak, boikot retis, founder, influencer & semua yang problem. Nanti diorang ni jadi contoh yang tak elok untuk anak2 kita..
Quote epal_putih 12-3-2024 02:39 PM
Baju raya taun ni nape laaa xde yg herlok..
Haha
Quote IzzahF 12-3-2024 02:46 PM
yg baju hitam berdondon2 ni butik apa?
Quote tay22 12-3-2024 02:49 PM
katnissE replied at 12-3-2024 10:55 AM
Bukan isu ambik Marissa ye Cik kak
Ambik dua dua bini then kasi minik no 2 aksi sweet dengan lak ...

Bila lah forum ada option nak thumbs up for the replies. Ada komen forumers yg ada isi, but kadang2 I malas juga nak reply balik, prefer kalau ada option to thumbs up je.
Sesetengahnya, especially lelaki, tak nampak this part relevant. Lepas tu deduced netz bising ni condemn poligami = tak faham agama or feminist (in negative way).
Quote mamakoya 12-3-2024 02:50 PM
prince_marhaen replied at 11-3-2024 01:02 PM
nanti dia buat 50%-70% harga dah mark-up pun mesti ada orang bodoh support jugak...... sebab tu foun ...

Bagus laa gitu..kalau sale smpi 70% sila pi beli..janji ponder ada akal sket lepas ni bila nk buat marketing
Quote gideoncross 12-3-2024 03:18 PM
Last2 smuanya psl marketing, netz yg laju panas bontot lol

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.047961 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top