CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Tolonglah Bella, Biar Sakit Sekali Jangan Berkali-Kali” – Rakan Artis Beri Sokongan, Peminat Minta Bella Astillah ‘Move On’

11-3-2024 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10643| Komen: 77




Susulan isu kontroversi pelakon dan penyanyi Aliff Aziz yang telah ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies pada Sabtu lepas, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membahas perkara tersebut.

Namun demikian, ibu kepada dua cahaya mata ini terlihat menerima banyak sokongan daripada rakan-rakan artis yang turut berduka dan mendoakan agar urusan pelakon ini dipermudahkan.

Antara selebriti yang meninggalkan komen berbentuk kata-kata semangat pada isteri Aliff ini adalah  Ellie Suriaty, Azza Elite, Aishah Ilias, Catriona Ross, Eina Azman, Elly Mazlein dan ramai lagi.


"Bella, I’m within your reach adik. Sayang Bella sangat-sangat".  
 
"Sabarlah adikku. Semoga syurga untuk awak. Amin".  
 
"Hugs untuk awak Bella sayang. Allah sangat sayangkan awak."

Pada masa yang sama, ramai di antara peminat dan followers Bella turut sama meninggalkan komen untuknya. Kebanyakkan daripada mereka menasihati aktres ini sudah tiba masanya untuk memulakan hidup baru tanpa Aliff.

Bella, bukan sekali dua. Cukuplah, ini masanya untuk awak cari kebahagiaan sendiri.   Berkali-kali Allah tunjuk kerana Dia tahu Aliff bukan jodoh terbaik awak. Buatlah keputusan sendiri demi anak-anak.   Harap kali ini Bella tidak pertahankan suami awak. Cukup-cukuplah dengan apa yang dia lakukan kepada awak.



Terdahulu, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies telah ditangkap oleh pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah pada pagi Sabtu.

SUMBER : Instagram/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 11-3-2024 03:44 PM
See cuolss.. ada thread nasihat pulak..
Cenggini le sampai Abg Jamil mampos hidop balik mampos berkali kali.. ekekekek
Quote Gold999 11-3-2024 03:47 PM
Bukan takat org pmpuan/isteri je kena jual mahal, kena jaga maruah n diri....org laki pun kena la jd mahal...jgn jd jantan murah...senang sgt tabur cinta, tabur benih...punai tu xreti nak jaga..nk menjolok je keje nye...xtakut ke penyakit kelamin?
Penat nye tgk pmpuan bersuami kan jantan murah...

Quote MatDeghem 11-3-2024 03:47 PM
Dah sah laki kau tak happy dgn kau. Leave him alone lah bella. Kesian aliff.
Quote dewi_rina 11-3-2024 03:48 PM
Adik beradik mak ayah bella ni tak cakap apa ke pasal anak dia ni?Ko anak sulung kan bella.. Awat tak firm.. Ko pun mcm tu apalagi adik2 ko nnti..
Quote VespaSilbe 11-3-2024 03:50 PM
Jangan kusutkan keadaan.. hati dia dah cukup parah..  gituh iolls bagi nasihat
Quote syamzana 11-3-2024 04:05 PM
bagi la org tu bertenang dulu...wpun berkali2 jadi benda yg sama
nati dia fail cerai la tu...sabarrr semua jgn kalut
byk nau la benang pun...semgu ni setiap komen2 ada terselit nama bella/aliff/ruhainies akan jd benang
Quote EriaDoritis 11-3-2024 04:12 PM
Nak jadi isteri setia biarlah pada suami yg setia gak.
Ni suami yg amik kesempatan. Mentang² bini jenis pemaaf, diambil kesempatan buat salah lagi dan lagi dengan pelbagai alasan gula²
Quote kikiharris 11-3-2024 04:22 PM
Setia tak bertempat. Sekali mistake, dua tiga empat kali habit namanya.
Udah2 lah tu sis, tak memasal sakit mental pulak. Yg laki sedap tukar pasangan sana sini. Tu blm possibility boleh kena penyakit kelamin.
Come on sis, wake up yo. Tak mati pun kalau tak berlaki.
Quote krustykrab 11-3-2024 04:23 PM
Alip ni kalau cerai dgn bella, agak2 apq je rete sepencarian yg bella ni dpt ek?
Quote justchu 11-3-2024 04:34 PM
VespaSilbe replied at 11-3-2024 03:50 PM
Jangan kusutkan keadaan.. hati dia dah cukup parah..  gituh iolls bagi nasihat

jgn risau ppuan mcm ni berkali2 parah masih ok
tahun depan beranak lg

mcm sorang lg tu
elok sekampung plak
Quote naina 11-3-2024 04:39 PM
Aliff tu memang tak berubah kot.
Dari ko kongkong dia, hidup tak tenang adik fikir pasal laki je..baik ko lepaskan diri atau pun bagi Alip tu kawen lain. Dia memang pencinta wanita ramai..nak buat macam mana. Kita tak boleh control suami. Tapi kita boleh control diri kita..suami tu kalau sayang takdanya dia nak buat silap berkali2..lepastu menyanyi penuh perasaan dekat set shooting dekat ruhainies. Tergamaknyaa
Quote borrow 11-3-2024 04:42 PM
Klo kaya dh bagi 2-3 adik . Tak mampu/mau setia pd yg satu. Sama ada terima or cabut.
Quote adeqbun 11-3-2024 04:43 PM
Kalau ai,tak kuasa la nak nasehat..ptt tau dh nak buat apa..biaq p kat dia...hadap sgt la kalau masih setia
Quote DottieDot 11-3-2024 05:15 PM
Lol nak kesian apa kat si kemaruk berlaki ni..
Dah elok² cerai dulu tapi guna alasan dalam keturunan dia x ada yang bercerai.. Padahal diri sendiri yang bingai hamak pathetic nak hadap laki kaki celup sana sini..
Eloklah dia jangan nak merentan mintak simpati ek.. Ko hadap jela consequence dari kebingaian kau tu..
Quote laksmanabentan 11-3-2024 05:50 PM
terimalah AA tu semua demi anak2 gitu..
demi masa depan, job AA tengah lebat tu wooooo.....
Quote Zuzu75 11-3-2024 05:51 PM
Netizen plak yg emo. Silap2 bella tgh sibuk terlentok di dakapan putik
Quote Zuzu75 11-3-2024 05:52 PM
DottieDot replied at 11-3-2024 05:15 PM
Lol nak kesian apa kat si kemaruk berlaki ni..
Dah elok² cerai dulu tapi guna alasan dalam keturuna ...

This!! I like 374748263 kali!
Quote royaldanish 11-3-2024 05:54 PM
tak yah nasihat…
dh dia suka laki dia Kongsi dgn org
manatau mungkin dia approved ke
benda dh selalu jadi kan
Quote ReginaGeorge 11-3-2024 05:55 PM
krustykrab replied at 11-3-2024 08:23 AM
Alip ni kalau cerai dgn bella, agak2 apq je rete sepencarian yg bella ni dpt ek?

Penarik beca di little india. Malam jadi tali barut salakau.

Lihat semua komen(77)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.142795 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top