CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tipulah Lagi, Aku Bagi ‘Kaw Kaw’.. Dapatlah Saya Duit Raya Lebih Tahun Ini" – Aaron Aziz

12-3-2024 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9707| Komen: 10



PUAS menahan sabar, pelakon Datuk Aaron Aziz akhirnya membuat laporan polis terhadap empat akaun Instagram yang didakwa menjalankan sindiket penipuan menggunakan namanya.

Kata pemilik nama sebenar Aaron Mustapha Aziz, 48, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang sengaja mengambil kesempatan itu perlu diberi pengajaran.

Assalamualaikum, siapa yang lihat hantaran saya pagi tadi (semalam), saya sudah buat laporan polis. Scammer ada di mana-mana sekarang ini.

“Nak hidup senang tanpa usaha. Kepada empat akaun ini korang tunggulah nasib kau. Dapatlah saya duit raya lebih tahun ini,” katanya dalam hantaran dalam Instagram.

Pelakon filem KL Gangster itu turut berkongsi video menunjukkan salinan laporan polis yang difahamkan dibuat di sebuah balai polis di Lembah Kelang, semalam.

Menerusi rakaman video terbabit, dia menyatakan tindakan tersebut diambil sebagai usaha mengekang kedegilan scammer berterusan menipu orang ramai.


Dalam hantaran lain, Aaron menzahirkan perasaan kesal apabila sikap diamnya sebelum ini membuatkan penipu besar kepala.

Situasi berkenaan mendorong pelakon kelahiran Singapura itu meneruskan tindakan undang-undang.


“Dulu kau buat aku diam, bagi kau peluang minta kau sedar sikit. Hari ini kau buat lagi.

“Esok (hari ini) mula Ramadan bulan baik, tapi esok juga kau akan aku bagi ‘kaw kaw’.

“Jangan anggap sikap baik hati aku sebagai satu kelemahan,” luahnya lagi.

Menerusi semakan dalam ruangan komen menunjukkan nama, wajah serta identiti pelakon bertubuh sasa itu digunakan tanpa izin untuk mempromosikan pelbagai produk.

Sumber - HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 12-3-2024 07:09 PM
Ala rempit low classsnya la datuk sorang ni
Ye le..bini ko pun sama datin rempit kan
Quote katak hijau 12-3-2024 07:25 PM
Tak pernah minat dgn dia ni apatah lagi lakonan nya
Quote markonahlah 12-3-2024 07:37 PM
Poyo poyo poyo
Quote ezacbee 12-3-2024 07:45 PM
Nampak kurus lak..

Biasalah ala2 gangster kununnn..

Quote anony-mous 12-3-2024 07:45 PM
cmf_premierleag replied at 12-3-2024 07:09 PM
Ala rempit low classsnya la datuk sorang ni
Ye le..bini ko pun sama datin rempit kan

Dia ni jgn bg main phone sbb bahasa rempit xpadan dgn status datuk & bapak org, rupa x seiring prangai
Quote cmf_premierleag 12-3-2024 08:56 PM
anony-mous replied at 12-3-2024 07:45 PM
Dia ni jgn bg main phone sbb bahasa rempit xpadan dgn status datuk & bapak org, rupa x seiring pra ...

Dia acah2 jd malek in real life yg dlm kl gengstot tu la
Tp dia lupa, yg tu dlm filem je jd malek
Kat luar ni ko tu ada title dato..terus nmpk.low class dan rempit sgt budak flat spore nih
Quote Carcosa 12-3-2024 10:27 PM
Dah kurus dah si pendatang asing ni, haha.
Bahasa tu eloklah sikit kalau ye pun. Tau lah marah. Awak tu retis asing. Kang ditegur, ckplah, kami juga manusia. Yelah, takkan binatang berckp pulak.
Ko retis, ramai orgkenal, anak ko pun kecik2 sekolah
lagi, buat caption elok2 lah sikit
Quote prince_marhaen 13-3-2024 09:05 AM
banyak sangat berlakon filem rempit, bahasa pun acah2 rempit gangster ada backup tiga line apa lanjio semua...geli ye.. elok2 dah established pelakon (walaupun kayu kayan kepit mulut)....dengan jual segala mala pod vape pulak, gantung2 vape.... aiyooo... datuk apa ni nyehhhh...datuk undergound keeee....
Quote KamikuP 13-3-2024 11:06 AM
Lelaki rempit adalah lelaki yg gantung vape kat leher - mcm dia ni dan shaeziy sam ekekekek
Quote She-Ra 13-3-2024 11:16 AM
kwn iols kerja bank negara pun byk je muka dia dlm entah apa2 iklan
dia dh buat report, still ada jgk...
muka dia pegang duit, byk masuk ke iklan2 MLM, founder itu ini.. scammer tak pasti
lepas report & masih ada je org pergunakan muka dia, makanya dia setakat tulis jela kt social media supaya tak tertipu dgn gambar itu.. tujela yg mampu dia buat

iols ada la terbaca status AA ni, tu pun sb kwn iols pegi tag nama kt komen si mamat Izfairin (Gambit Saifullah) hahahaaa.. dia selit komen "jangan marah2 sayang (emoji kiss)" hahahhaaa..  watak iz merasuk diri hahahaa

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.066066 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top