CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sophia Albarakbah Dah Kahwin Cuma Bukan Dengan Manusia - “Kalau Orang Tanya Sama Ada Saya Masih Solo, Nampaknya Begitulah"

12-3-2024 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 12107| Komen: 29



Pelakon Sophia Albarakbah mendedahkan tidak mempunyai masa untuk berasa sunyi selepas putus cinta dengan bekas kekasih yang dikenali sebagai Mr. Doktor Ogos tahun lalu.

Kata Sophia atau nama sebenarnya, komitmen terhadap kerjaya seni umpama dirinya sudah berkahwin dengan pekerjaan sebagai seorang pelakon.

“Saya tak sunyi sebab ada famili, kucing dan kawan-kawan. Tiada masa pun nak terfikir tentang berasa sunyi.

“I’m married to my job (saya berkahwin dengan karier saya). Dan, saya sangat bahagia sekarang dengan keadaan ini.

“Kalau orang tanya sama ada saya masih solo, nampaknya begitulah. Hanya kerja dan ‘chill’ sahaja buat masa sekarang,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.

Sophia, 31, yang melakonkan watak sebagai Sharifah Bahiyah dalam drama rantaian terbaharu berjudul Lelaki Itu terbitan TV3 menambah, dia terlampau workaholic (kuat bekerja) hinggakan sampai tiada waktu berehat.


“Tahun lepas misalnya saya bekerja the whole year (sepanjang tahun). Rehat bulan Ogos sahaja.

“Shooting dan terus shooting sampailah beberapa minggu lepas (drama Lelaki Itu). Selepas ini saya akan get ready untuk drama From Saga with Love musim kedua yang akan menjalani penggambaran di Jepun bulan Mei nanti.

“Bulan Ramadan ini saya berehat seketika. Berehat daripada sebarang penggambaran tapi kerja-kerja lain masih berjalan seperti biasa,” katanya lagi.

Terdahulu, Sophia berpisah dengan bekas kekasih sekitar Ogos lalu selepas dia dilihat tidak lagi ditemani lelaki itu pada mana-mana acara seperti kelaziman. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-3-2024 12:30 PM
kENAPA takde org offer peah job baju raya eyh?
Quote Nurul8001 13-3-2024 12:50 PM
Saya rasa, semua pekerja bekerja sepanjang tahun. Cikgu je la, kerja ada cuti sampai sebulan.
Apa2 la pah.

Saya rasa, kawan saga dia yg nama CT tu lebih jujur bagi statement. Cakap je sunyi. Fazura kat movie cinta dgn Sam pun ada jerit, Ahhh, Aku sunyiiii
Quote BoongaKertas 13-3-2024 01:06 PM
whatever lah peah oi. asal hang bahagia. hang lawo xpe, jgn sondol laki org udah ler.
Quote nw111 13-3-2024 01:15 PM
KamikuP replied at 13-3-2024 12:30 PM
kENAPA takde org offer peah job baju raya eyh?

Badan dia curvaceous kot...model baju raya semua kurus kerempeng
Quote ninajaybee 13-3-2024 06:11 PM
Nurul8001 replied at 13-3-2024 12:50 PM
Saya rasa, semua pekerja bekerja sepanjang tahun. Cikgu je la, kerja ada cuti sampai sebulan.
Apa2 l ...

Sebab diorang ni kerja bukan macam org kerja opis 8, 9jam sehari. Kdg2 shoot sampai 18jam, 24jam pun ada kena ada kat set. Lazimnya retis kalau habis satu project diorang break kejap until next one. Dia ni pulak laku back to back agaknya project dia.
Quote sukanyanyi 13-3-2024 06:41 PM
KamikuP replied at 13-3-2024 12:30 PM
kENAPA takde org offer peah job baju raya eyh?

Walopun iols minat ngn sheols tp iols akan jawab ngan jujur.. rasanya sbb sheols nampak too shy? Duta2 ni kan kadang yg tak cun sgt tp nampak suka menonjolkan diri tu yg mudah diambil.. kot la nanti kena menjual kat live toktok pulak.. yg diam cam sheols ni susah
Quote sukanyanyi 13-3-2024 06:43 PM
Nurul8001 replied at 13-3-2024 12:50 PM
Saya rasa, semua pekerja bekerja sepanjang tahun. Cikgu je la, kerja ada cuti sampai sebulan.
Apa2 l ...

Aha kan, peah malu ngaku sunyi yer... respek kat siti tu sbb ngaku sunyi. Cam iols zaman dedolu, ngaku lonely gituh.
Quote sukanyanyi 13-3-2024 06:46 PM
BoongaKertas replied at 13-3-2024 01:06 PM
whatever lah peah oi. asal hang bahagia. hang lawo xpe, jgn sondol laki org udah ler.

Ye, harap sgt sheols tak buat. Ni mcm dapat peluang kedua ni kena hargai ye peah. Yg rupa tak brape nak ade tu takpe, biarkan karier depa ranap skali dgn reputasi.
Quote miss_strangers 13-3-2024 08:24 PM
Peah, ko cari la vvip ..baru baloi ko Renovate muka
Quote miss_white 13-3-2024 08:47 PM
Dia ni mcm org xnmpk kewujudan dia dlm industry.mcm xberapa nk laris..vvip pun mcm xnmpk dia .mungkin dia ni bkn taste vvip kot
Quote NuansaBiru 13-3-2024 09:01 PM
Bab sunyi2 ni kita boleh bohongi satu dunia tapi takkan mampu bohongi diri sendiri
Lebih lagi bila sudah berpasangan sekian lama, tak kira pasangan halal mahupun yg belum halal
Sekian dr iols yg pernah lalui fasa "sunyi" meskipun orangnya ada depan mata, so near yet so far sebegitu
Quote chinta89 14-3-2024 09:57 AM
masa dia sondol alip dulu nape takde tawaran mencurah2 eh
Quote flipolivio 14-3-2024 12:35 PM
NuansaBiru replied at 13-3-2024 09:01 PM
Bab sunyi2 ni kita boleh bohongi satu dunia tapi takkan mampu bohongi diri sendiri
Lebih lagi bila s ...

Kenapa u rasa sunyi wlaapon org depan mata?
Quote justchu 14-3-2024 12:42 PM
KamikuP replied at 13-3-2024 12:30 PM
kENAPA takde org offer peah job baju raya eyh?

apa nama sebenarnya? ayat tergantung

meh aku bubuh Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman
Quote KamikuP 14-3-2024 12:44 PM
justchu replied at 14-3-2024 04:42 AM
apa nama sebenarnya? ayat tergantung

meh aku bubuh Sharifah Sophia binti Syed Abdul Rahman

Barakbah tu dtg dari mana lak cuolls?
Quote justchu 14-3-2024 12:51 PM
KamikuP replied at 14-3-2024 12:44 PM
Barakbah tu dtg dari mana lak cuolls?

tak tau la dari manyg sophie koshka tu pun tak tau la mana dtg

fefeeling russian agaknya
Quote anony-mous 14-3-2024 12:59 PM
Jauh lawa dari kemut tp dia ni mcm ada vibes yg x best n gedik. Awat dia jarang dpt jd heroin?
Quote jambatannetizen 14-3-2024 01:03 PM
justchu replied at 14-3-2024 12:51 PM
tak tau la dari manyg sophie koshka tu pun tak tau la mana dtg

fefeeling russian agaknya

Koshka itu dlm bhasa russian kucing.
Quote jambatannetizen 14-3-2024 01:06 PM
chinta89 replied at 14-3-2024 09:57 AM
masa dia sondol alip dulu nape takde tawaran mencurah2 eh

Sbb org media lagi tau. Muka first impression org dah tak suka dgn peah. Peah masuk industri terus ada kes2 menggoda lelaki. Mana mau org nak. Serba sebi ada tercalar sikit namaa itu.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.244218 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top