CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Usah Sebar Aib Orang, Kita Pun Ada Kekurangan – Aisyah Aziz

12-3-2024 06:43 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17351| Komen: 69


PEDIH! Barangkali ini perkataan paling tepat bagi menggambarkan apa sedang dilalui keluarga penyanyi dan pelakon Aliff Aziz di Kota Singa.

Ternyata kes tangkap khalwat selebriti asal Singapura itu bersama pelakon Ruhainies baru-baru ini memberi tamparan hebat kepada keluarga malah adiknya yang juga penyanyi, Aisyah Aziz mengakui terpaksa menghadam situasi sukar itu tanpa menghukum mana-mana pihak kerana sedar perbuatan menyebar cerita buruk orang lain tanpa kesahihan merupakan satu kepuasan bagi sesetengah pihak.

"Kami sekeluarga menerima tamparan hebat, bagaimanapun saya tidak boleh menilai anda semua mengenai perkara itu.

“Mungkin anda tidak tahu mengenai perkara itu. Mungkin bercakap dan menyebarkan membuatkan anda berasa lebih baik,” luahnya dalam Instagram Story.

Penyanyi berusia 30 tahun itu turut berharap orang ramai dapat menahan diri daripada menyebarkan kenyataan palsu berhubung kes membabitkan abangnya.


Aisyah juga menyatakan insiden yang menimpa Aliff mungkin boleh terjadi kepada sesiapa sahaja.

Malah kongsinya lagi, setiap insan mempunyai kekurangan, namun Allah menutup aib hamba-Nya sekali gus meminta masyarakat tidak menjadi golongan penyebar aib orang lain.

“Saya berharap anda semua boleh menahan godaan daripada menyebarkan maklumat tidak benar atau aib kerana kita mungkin akan diuji dengannya.

“Kita semua ada kekurangan. Allah telah menutup aib kita dari seluruh dunia, (jadi) janganlah kita menjadi sebahagian daripada mereka yang menyebarkan aib orang lain,” ujarnya.

Pada awal pagi Sabtu lalu, Aliff dan Ruhainies yang digandingkan dalam drama Terjerat ditahan pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam satu serbuan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Mereka yang ditahan di pejabat agama pada awal pagi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan pada petang hari sama, sementara menanti pendakwaan di mahkamah syariah dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Aliff dan Ruhainies mengeluarkan kenyataan serentak dalam akaun media sosial masing-masing meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi. 

Sumber – HIBGLAM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gekkou 12-3-2024 07:57 PM
better dia diam
sbb abang dia tak rasa bersalah or berdosa pun
Quote Kurex 12-3-2024 07:58 PM
muka ecah macam bibik2
Quote TheRedLady 12-3-2024 08:02 PM
Ni bukannya aib tapi cari penyakit namanya
Quote yipun_78 12-3-2024 08:10 PM
Ko tutup aurat molek sikit baru bole tegur org, Ada paham?
Quote Olumis 12-3-2024 09:02 PM
Bullshit sgt psl tutup2 aib ni. Mcmna nak bagi kesedaran dgn orang lain?
Quote asfaz 12-3-2024 09:31 PM
Amik abang kau balik. Pastu nak tergolek terlentang kat sana pun lantak lah. Syuhhh syuhhh
Quote asfaz 12-3-2024 09:32 PM
Olumis replied at 12-3-2024 09:02 PM
Bullshit sgt psl tutup2 aib ni. Mcmna nak bagi kesedaran dgn orang lain?

Belum kantoi- pandai coverline
Dah kantoi - jangan sebar aib

Quote Shayang 12-3-2024 09:33 PM
81FE63FA-F003-4A7D-AA24-498E9059579E.jpeg

Mesti ramai tanya dia mcm2
Quote winky1 12-3-2024 09:37 PM
Tak tertutup dah aib tu Chah oi. Kami nak tutup tapi abang kamu yg asyik terkantoi sendiri
Quote Hoola 12-3-2024 09:46 PM
trimalah knyntaan
xyh la nk acah org suka2 nk sebar

pi rmh ankdara siang ke mlm ke
awat lmbt buka pintu 3jam ke 30minit ke ada mkn2 ke buka je la pintu apa nk maluuu
Quote red_velvet 12-3-2024 09:59 PM
Edited by red_velvet at 12-3-2024 10:01 PM

Yelah sebab abang ko yg buat hal.. cuba kalau bella tu yg ditangkap basah,.. lain pulak script ko
Quote Cyempaka 12-3-2024 10:27 PM
Tiberr jadi ustazah.. sebab abang kau kan

Quote mawardia 12-3-2024 10:28 PM
I ols yakin jer ecah ni tau perangai hauk + gatal abg dia tu. Cuma maybe la dia rasa dia kena ckp camni supaya org x hina parents dia kot.
Quote AreYou.69 12-3-2024 11:12 PM
Aib dgn maksiat is 2 different things mek cah oiii

Aib tu kelemahan diri

Maksiat tu dosa yang kena dicegah..lagi2 dkt nk pose

Btw abg ko tu mmg xreti blk spore ke..dtg negara org pun masih xserik nk buat hal eh?
Quote Dolmat 12-3-2024 11:14 PM
ALAHAIIIIII MUKA KAU AISHAA...KEPAMS..

AIB ABG KAU YG SENDIRI CARI....
Quote beatgirlX 12-3-2024 11:15 PM
Ecah.. Mungkin the best way bwl la abg kamu pulang duduk ngan mak ayah
Quote pocongkiutss 12-3-2024 11:28 PM
Olumis replied at 12-3-2024 09:02 PM
Bullshit sgt psl tutup2 aib ni. Mcmna nak bagi kesedaran dgn orang lain?

Tula..katakan aib abg dia yg selama ni dgn betina tah mana tu ditutup..lg ramai la "mangsa" dia ( walaupun sama je melayan kan pompuan2 tu )
Quote pocongkiutss 12-3-2024 11:30 PM
mawardia replied at 12-3-2024 10:28 PM
I ols yakin jer ecah ni tau perangai hauk + gatal abg dia tu. Cuma maybe la dia rasa dia kena ckp ca ...


Bagi iols better diam

Atau jgn la sebut bab aib2 tu..abg ko sendiri yg tak menjaga tote kan

Jaga le hati akak ipor tu juga .anda tu sama2 perempuan
Quote gideoncross 12-3-2024 11:31 PM
Best mngata, nnti trkna kat diri sndri pndai trsungkur. Better diam je, xyah ckp lebih2 mcm diri tu ada kat tmpt kjadian

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:23 PM GMT+8 , Processed in 0.384844 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top