CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kes Saman Terhadap Intan Saleh: "Kita Teruskan Dengan Apa Yang Ada Sebab Tak Nampak (Jalan Penyelesaian)" - Izreen Azminda

13-3-2024 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 21789| Komen: 163


Pelakon Izreen Azminda memberi penjelasan tentang keputusannya yang memilih untuk meneruskan kes saman fitnah terhadap bekas madunya iaitu Intan Saleh semasa sesi mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.

Memetik laporan Melodi, perbincangan yang diadakan tidak mencapai kata sepakat dan Izreen terpaksa meneruskan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Kita nak selesaikan secara adil dan saksama supaya tidak ada percanggahan cerita, tokok tambah cerita atau campur tangan dari pihak dua dan ketiga. That’s why kita ambil jalan ini kerana jalan ini adalah yang sebaik-sebaiknya."

"Kalau saya tidak mahu selesaikan perkara ini diluar, saya tak akan ada disini (mahkamah). Selepas perbincangan dibuat, maknanya kita masih belum nampak jalan itu.

"Jadi, kita teruskan dengan apa yang ada sebab tak nampak (jalan penyelesaian), kalau nampak dah selesai dah hari ini. Kalau tidak saya tidak akan hadir hari ni untuk selesaikan dengan dia."



Sementara itu, peguam yang mewakili Izreen, Muhammad Hafiz Hood menyatakan terdapat perincian lanjut yang diperlukan daripada pihak defendan.

"Sebelum ni memang pernah buat perjumpaan antara saya dan peguam defendan bagaimanapun kita teruskan dengan kes."

"Untuk hari ini (Isnin), ada beberapa yang kita dah jumpa kata sepakat tetapi masih perlukan perincian yang lanjut. Itu yang masih belum diselesaikan dan perlu diberi masa kepada pihak-pihak defendan."

Sumber: Melodi/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote immaryjane 13-3-2024 12:05 AM
So yintan nk berdamai? Ape jd dgn duit derma? Porumer kt sni ramai dh bergolok gdai demi utk yintan jatuhkn jering. Mcm kemenangan bg diorg
Quote MeowPARSI 13-3-2024 12:09 AM
Awal dulu berdamai kan bagus,, dh naik court abis semua telanjang bogel haha
Quote MeowPARSI 13-3-2024 12:10 AM
immaryjane replied at 13-3-2024 12:05 AM
So yintan nk berdamai? Ape jd dgn duit derma? Porumer kt sni ramai dh bergolok gdai demi utk yintan  ...

Duit derma tu bayar peguam ler kikiki,, kn ke peguam tu yg jd org tgh utk berdamai hahahaaaaaaahaa,, kaya kaya peguam
Quote prizadane 13-3-2024 12:19 AM
Hari tu yizreen nak berdamai masa melodi raya, yintan kekwat. Pastu perli perli. Dulu iols sokong yintan… tapi lepas tak habis-habis acah teraniaya n suka provoke kat ig dia, sorry - malas nak layan n terus unfollow.

Nasib la aku tak chip in crowd funding tu. Aku ni nak pergi Bali pun fikir berkali-kali sebab mahal n overrated.  Tapi Yintan eh boleh bercuti Bali.
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 01:39 AM
Yeahhh akhirnya kali ini lantak lah korang nk ckp apa aku team #izreen hahahaha (gelak menyetan)
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 01:40 AM
immaryjane replied at 13-3-2024 12:05 AM
So yintan nk berdamai? Ape jd dgn duit derma? Porumer kt sni ramai dh bergolok gdai demi utk yintan  ...

Kahkahkahkah kata lawyer ternama amik kes intan apa dah jadi lawyer tarik diri ke hape...skrg duit puluh ribu mana..
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 01:42 AM
prizadane replied at 13-3-2024 12:19 AM
Hari tu yizreen nak berdamai masa melodi raya, yintan kekwat. Pastu perli perli. Dulu iols sokong yi ...

Mujur lah aku x termakan dgn ajakan sapa tah forumer tu sanggup bergadai bagai demi nk bagi intan lawan dgn jering hahaha alih2 nk berdamai ..duit habis buat banje intan g honeymoon kali kedia ke bali demi mengongkek utk ank baru .
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 01:44 AM
Weh  sini dh bukak ni @jihah_kudat
Quote she 13-3-2024 02:18 AM
AWEKSAMURAI replied at 13-3-2024 01:42 AM
Mujur lah aku x termakan dgn ajakan sapa tah forumer tu sanggup bergadai bagai demi nk bagi intan  ...

Yang beria mengomen ritu kan
Pakej maki porumer lain
Punya lah bangga dapat derma
Teringat ayat dia
Ada lebihan bajet
Selalu derma kat orang lain
Tapi bulan tu sanggup bagi kat Yintan

Bagi kat anak yatim lagi afdal dekkk
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 02:27 AM
she replied at 13-3-2024 02:18 AM
Yang beria mengomen ritu kan
Pakej maki porumer lain
Punya lah bangga dapat derma

Tau xpe weh siap plus kutuk keji pada forumer yg x cakna dgn naseb idup intan skrg ko bersusah payah cari duit jgn kata ke bali cuti dlm negara pun xde kahkahkahkah aku ni mmg x kuasa lah nk derma ko sakit nk mampos ke Hape mmg xdelah ..baik aku g derma kat umah ank2 yatim dh tentu2 dorang amat memerlukan.nk derma kt intan yg berlaki buaf apa
Quote VespaSilbe 13-3-2024 03:13 AM
Takpa la chouls....duwet tepi banyak.. dalam pasu ada.. dalam lemari pun kepoks ha.. org duwet banyak tak kisah derma ribu riban.. tapi kalau org betul2 baik dia derma diam2
Quote Nizleen86 13-3-2024 04:08 AM
Edited by Nizleen86 at 13-3-2024 04:12 AM

Bercuti kat bali pun kecoh korang ni. Kalau minah tu bercuti mcm shuringai sampai ke switzerland bagai mau guling2 masuk gaung agaknya. Tak derma dah dok dendiam tkyah sebut2. Aku pun takde pnh kesian kat si yintan ni apalagi terbukak hati nak derma tapi tiap kali komen asik la bali bali bali korg kumpul duit sesikit lama2 pun boleh la gi bali. Duit rupiah je kot lain la GBP yg kali 6 tuh!!
Quote ReginaGeorge 13-3-2024 04:14 AM
Nizleen86 replied at 12-3-2024 08:08 PM
Bercuti kat bali pun kecoh korang ni. Kalau minah tu bercuti mcm shuringai sampai ke switzerland bag ...

Ko ni sakai lah
Quote Nizleen86 13-3-2024 04:14 AM
ReginaGeorge replied at 13-3-2024 04:14 AM
Ko ni sakai lah

Amende ko nih? Tak pnh petik nama ko pun.
Quote monsterwife 13-3-2024 04:22 AM
Dua2 I tak suka tapi lg menyampah dgn si Kintan mata terjegil ni
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 04:32 AM
Nizleen86 replied at 13-3-2024 04:08 AM
Bercuti kat bali pun kecoh korang ni. Kalau minah tu bercuti mcm shuringai sampai ke switzerland bag ...

Org x kisah pun dia g bali tp org menyampah penyembah intan ni kemain dok kutuk2 org lain kalau x setuju dgn intan ni..padahal intan tu manusia biasa dia pun penah merela dgn laki org jgak .sbb tu benda2 gini jgn dok benci sgt satgi kena btg idung sndiri
Quote AWEKSAMURAI 13-3-2024 04:32 AM
monsterwife replied at 13-3-2024 04:22 AM
Dua2 I tak suka tapi lg menyampah dgn si Kintan mata terjegil ni

Aku tak pmah suka dia pun haha
Quote Hypothetically 13-3-2024 05:16 AM
I derma utk intan, i reserve my comment sehingga keputusan hakim. Penulis tak mentioned ude dah tarik diri.
Quote shida81 13-3-2024 05:17 AM
Wpun ak x sk intan.. Ak lg x sk jering.... Dua2 blh merepot.... Intan silap la patut Time2 nets tgh suka ko.. Ko patut senyap je x yh nk provoke si jering.....

Lihat semua komen(163)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.122944 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top