CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Janganlah Dekat Dengan Suami Orang, Ada Ramai Lagi Lelaki Bujang’, Pesan Ika Nabella

13-3-2024 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10462| Komen: 5



Pelakon, Ika Nabella meluahkan pendapatnya berhubung isu perempas yang menjadi tumpuan utama di media sosial ketika ini.

Menerusi temu bual Nona, Ika atau nama sebenarnya Nabila Abdul Rahim berkongsi tentang kerjayanya dan dia kini sudah pun bergelar usahawan.

"Saya sekarang tengah melebarkan sayap jenama saya di Singapura dan juga Brunei jadi sekarang memang sibuk."

Ketika ditanya tentang istiqamah dalam berhijab, Ika berkata dia banyak menghadiri ke majlis-majlis ilmu dan meluangkan masa bersama rakan-rakan yang membantu meningkatkan lagi pengetahuan agama.

"Saya berhijab tak sampai empat tahun lagi..saya berhijab selepas saya melahirkan."

"Keep your circle tu. Kalau awak ada kawan yang berseronok, awak kena ada juga kawan yang mengajak ke arah kebaikkan.

"Saya ada ramai kawan-kawan yang sangat baik, mengajak ke kelas. Antaranya Salima, Betty..seronok sangat. Cuma nak bahagikan masa..tapi kawan saya kata, kita jangan nak tunggu waktu senang baru nak pergi. Kita sendiri kena ada masa untuk hadir ke kelas-kelas ilmu."


Sementara itu, pelakon berusia 34 tahun tersebut sempat menitipkan nasihat buat kaum hawa agar tidak menjadi orang ketiga dalam mana-mana perhubungan suami isteri.


"Saya pernah dengar orang cakap, suami kita ni kita sayang macam mana pun bukan kita punya. Kalau tak Allah ambil, orang ambil."

"Tapi setiap kali ada isu, saya akan berbincang dengan suami saya untuk memperbaiki diri dan memperbaiki hubungan itu, insyaAllah."

"Buat macam mana baik pun, kalau Allah kata kun faya kun..benda itu terjadi juga. Tapi tak jadi pada saya dan saya doalah tak ada benda-benda macam ni."

"Janganlah dekat dengan suami orang, ramai lagi orang yang bujang."


Sumber: Nona.my/OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 14-3-2024 04:17 PM
Teringat kes dia kene belasah ngan penagarah mental Isma Yusof
Quote honey_yayan 15-3-2024 05:03 AM
KamikuP: Teringat kes dia kene belasah ngan penagarah mental Isma Yusof


siyes aaa..yg macam fonen tu ke
Quote noor2 15-3-2024 05:07 AM
Kawan baik x pe ...kata ruhainies
Quote gideoncross 18-3-2024 12:23 AM
Ye ke ramai llaki bujang? Hahahahaha, yg brlakon bujang lh yg pling rmai skrg ni. Yg btul2 bujang plak rmai yg x nak brpsgan skrg, tu blum lgi yg secretly gayah, mampussss
Quote kiwibenz 18-3-2024 12:34 AM
Yang lelaki ni senyum jer perempuan berebut dia

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.121340 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top