Hanya tuan badan je yang tahu betapa sakitnya rasa dikhianati kawan baik sendiri. Itulah yang berlaku kepada Bella Astillah apabila suaminya ditangkap berkhalwat dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium Sabtu lalu. Susulan kontroversi itu juga, Bella telah menfailkan satu permohonan cerai terhadap Aliff Aziz dan prosiding pertama sepatutnya berlangsung hari ini. Memetik laporan mStar, Bella berkata Ruhainies sehingga ke hari ini masih tidak menghubunginya. Namun Bella enggan memanjangkan isu dan memaafkan perbuatan sahabatnya itu sempena bulan Ramadan yang mulia. "Sehingga hari ini (Rabu) pelakon wanita itu (Ruhainies) langsung tidak menghubungi, Saya juga tidak mahu panjangkan isu ini dan sempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya maafkan dia" Ketika ditanya mengenai hubungan persahabatan, selebriti kelahiran Sabah ini berkata dia boleh memaafkan tetapi untuk berbaik semula tidak pasti.
"Saya maafkan namun tak mungkin melupakan. Tidak tahu pada masa akan datang mungkin kami akan bertemu, saya belum terfikir lagi ke arah itu. Cuma saya harap tidak akan berjumpa dengannya." Ibu kepada dua orang anak ini menjadikan ia satu pengajaran dan berharap orang ramai juga boleh mengambil iktibar. "Di lokasi penggambaran dia sangat baik. Saya tak sangka perkara ini terjadi, sebab itu susah untuk memberi sebarang komen." Difahamkan, Bella yang sepatutnya bergandingan dengan Ruhainies dan Aliff Aziz dalam drama Terjerat terpaksa menarik diri selepas kontroversi khalwat. Ketika ditanya mengenai suaminya, Bella enggan mengulas lanjut dan menganggap apa yang terjadi sebagai hadiah ulang tahunnya pada 15 Mac ini. Kredit: mStar/OhMedia |
red_velvet replied at 13-3-2024 10:08 PM
Wlaupun ramai acik porem kecam bella tapi iols ade soft spot kat dia.. dia ni jenis lembut hati n mu ...
jihah_kudat replied at 13-3-2024 10:21 PM
hmm memang la kemut salah..tapi kemek harap kemut call sambil say " sorry beb i tertangkap basah dgn ...
hzln replied at 13-3-2024 11:26 PM
Dia masih dlm fasa denial tu, yg kawan baik sanggup tikam dia dari belakang gitu sekali
Tak mungkin ...
jihah_kudat: hmm memang la kemut salah..tap ...
nutcrack8 replied at 14-3-2024 12:10 AM
Alif ni persona die kuat kot. Abis sume perempuan yg spare dgn die, sume sondol die.
ADVERTISEMENT