Sebelum ini, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi kata-kata seorang tokoh agamawan mengenai akibat menyebarkan aib orang lain. Terbaharu, Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkongsi empat golongan manusia yang haram disentuh api neraka. Golongan tersebut adalah Hayyin, Qarib, Layyin dan Sahl. Menerusi perkongsian berkenaan, Hayyin bermaksud orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan lahir mahupun batin. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya. Manakala Qarib pula, orang yang akrab, ramah diajak bicara. Menyenangkan bagi orang yang diajak bicara dan murah senyum jika bertemu. Selain itu, Layyin pula membawa maksud orang yang lembut dan santun. Baik dalam bertutur kata atau sikap. Tidak kasar, tidak ikut hawa nafsu sendiri. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan sesama manusia. Akhir sekali, Sahl iaitu orang yang tidak mempersulit sesuatu. Selalu ada cara untuk selesaikan setiap masalah.
|
Fly_over replied at 14-3-2024 10:31 PM
dgn jawi tu kena tangkap khalwat ke g khusus agama? gayanya dah mcm stazah duk up2 quote islamic :lo ...
Suchi replied at 14-3-2024 10:39 PM
Maybe alif dtg umah dia ajar agama kot
Alif kan org tabligh
selipar_hijau replied at 14-3-2024 10:46 PM
Ingatkan belajar ilmu hisab
green~tea replied at 14-3-2024 02:35 PM
Pehal ko jalan hidup sesat tp confident posting menunggang agama
ADVERTISEMENT