Pelakon Aliff Aziz mengakui khilafnya adalah masuk ke rumah Ruhainies dan menunggu ketibaan adik-beradik aktres tersebut untuk makan malam sehingga mereka dicekup berkhalwat. Kata suami kepada Bella Astillah itu, dia tidak terfikir pertolongan membawa barangan kegunaan penggambaran ke kediaman rakan gandingannya dalam drama Terjerat itu mencetuskan situasi tidak terjangka. “Pada awal kejadian kami baru selesai penggambaran. Dalam perjalanan pulang kami berkonvoi dengan PA (pembantu peribadi) Ruhainies. “Ruhainies ada maklumkan malam itu adik-beradiknya merancang makan-makan di rumah, jadi memandangkan ada adik-beradik lain tiada masalah saya turut serta dan saya juga memang kenal dan berkawan dengan kakaknya, Risteena. “Semasa sampai di kondominium, saya bantu bawa barang ‘shooting’ miliknya ke atas sementara tunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan, cara betul adalah kita sepatutnya tunggu di lobi,” katanya dalam kenyataan terbuka di Instagramnya sebentar tadi.
Perkongsian tersebut dimuat naik aktor asal Singapura itu serentak dengan kenyataan Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, yang sebelum ini berjanji mengeluarkan kenyataan berhubung insiden dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu minggu lalu. Menurut Aliff lagi, ketika mereka sedang berbual, pintu kediaman terbabit di ketuk seseorang, namun Ruhainies tidak membuka pintu berikutan faktor keselamatan sebaik mendengar suara lelaki.
|
pocongkiutss replied at 15-3-2024 05:57 AM
Lama betul nk buat karangan ye
Kalau org tak menipu..on the spot dia leh explain
DukunSentet replied at 15-3-2024 06:29 AM
Soalah aku..
Dah kenapa ko nak kena bawak barang kemut..pandai2lah dia hangkut sendiri..lagipon kat ...
kaedahnya replied at 15-3-2024 06:52 AM
ni pun sama, only sorry u got caught. stop la kotak katikkan bini, malukan dia, buat dia nampak bodo ...
pocongkiutss replied at 15-3-2024 06:54 AM
Dia mmg saja buat karangan fiksyen camni supaya org nampak konon bini dia jeles tak tentu pasei
T ...
ADVERTISEMENT