GELAGAT pelawak, Shahrol Shiro yang tersilap menghantar anaknya ke sekolah berlainan pada hari kedua sesi persekolahan dibuka mengundang kelucuan. Kata Shahrol Azizie Azmi, kesilapan itu hanya disedari selepas dihubungi guru di sekolah berkenaan beberapa jam kemudian agar mengambil Iskandar Rizqi atau Iqi, 7. “Cerita hari ini (semalam), saya hantar anak ke sekolah. Lepas beberapa jam, saya dapat satu panggilan telefon katanya dari pihak sekolah. “Risau jugak kalau ada apa-apa berlaku, rupanya saya tersalah hantar anak ke sekolah,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram. Video tersebut tular di media sosial selepas rakaman berdurasi seminit 10 saat ketika mengambil semula anaknya yang berada di Tahun Satu dikongsi ramai. Dalam video itu Shahrol dilihat bergegas ke Sekolah Kampong Melayu untuk menjemput anaknya yang sepatutnya di hantar ke Sekolah Tunku Mahmood.
Tak tahu sekolah? Mabuk eh?” gurau seorang petugas sekolah dalam video berkenaan yang turut memuji kebijaksanaan anaknya berdepan keadaan itu.
|
Thunderclouds replied at 15-3-2024 06:09 AM
Despret eh.
Anything fr content.
Sikit pn aku xcaya.
Mary_jane replied at 15-3-2024 08:56 AM
Mula2 tengok macam real jur, sekali siap bervideo bagai sah2 content sis. Masih dengan umno ke tu?
ADVERTISEMENT