IPOH – Umat Islam di Perak yang didapati tidak berpuasa secara sengaja di bulan Ramadan boleh dikenakan denda RM1,000 atau hukuman penjara enam bulan. Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, tindakan denda atau penjara itu adalah selari dengan Seksyen 24 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992. “Jika ditangkap dan didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menerusi Bahagian Penguatkuasaan JAIPk terus mengadakan operasi ketika Ramadan bagi memastikan tiada umat Islam yang melakukan kesalahan-kesalahan tersebut. Katanya, pihaknya sedia maklum dengan lokasi-lokasi yang dijadikan tempat ‘geng plastik hitam’ membeli makanan ketika Ramadan dan pemantauan akan terus dilaksanakan pihaknya.
“Setakat hari ini, tiada tangkapan yang dilakukan namun kita akan terus melakukan operasi, seperti yang boleh dilihat orang ramai dilakukan oleh Pejabat Agama Daerah Gerik,” katanya. Untuk makluman, Harith Fadzilah berkata, terdapat tiga kes tidak berpuasa yang direkodkan pada tahun lalu iaitu melibatkan kesalahan seperti makan di tempat awam dan menghisap rokok. Mengulas isu berkaitan, tambah beliau, wujud juga trend yang mana umat Islam tidak berpuasa menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan untuk membeli makanan. Katanya, ia sekali gus menjadi antara punca individu yang membeli makanan secara terang-terangan pada waktu siang sukar untuk dikesan. Dalam pada itu, Harith Fadzilah menasihati agar umat Islam meningkatkan ibadah pada bulan Ramadan sekali gus memperbaiki amalan masing-masing berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
mizruncing replied at 18-3-2024 04:39 PM
aku x paham dgn org tak puasa ni. budak2 pn boleh puasa. ni dah tua bangka tak tau nak ckp apa ngan ...
arareez replied at 18-3-2024 07:26 PM
Meolls ada colleague laki yg mmg x posa.. Tengah hari je lesap p cari makan
Harini bos cerita dia ...
arareez replied at 18-3-2024 07:26 PM
Meolls ada colleague laki yg mmg x posa.. Tengah hari je lesap p cari makan
Harini bos cerita dia ...
ADVERTISEMENT