Pelakon Hannah Delisha memberitahu impiannya untuk memiliki cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran. Hannah yang berkongsi berita duka itu menerusi satu ciapan di aplikasi X, turut berharap perkongsiannya itu sedikit sebanyak dapat memberikan semangat buat wanita yang pernah mengalami keguguran. "Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini. Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran." Bukan itu sahaja, dia turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan serta kekuatan dalam menempuhi dugaan yang diterima serta berharap dapat bertemu anaknya itu di syurga kelak.
"Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi. Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian." "Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan. InsyaAllah jumpa di syurga nanti sayang."
|
deebiz14 replied at 18-3-2024 08:53 AM
Takziah Hannah. Semoga tabah dan kuat. Cuba lagi inshaAllah adelah rezekinya nnt. Kesian. Dah tiga t ...
kerani_je replied at 18-3-2024 04:53 AM
Busy kerja shooting sana sini..Duta sana sini muka dak hana ajer dalam tv n medsos..Lagi2 nk raya ni ...
Manusiabesa replied at 18-3-2024 09:01 AM
Kurang2 dh penah ngndung.. ada harpn pasni cuba lg na tau 2024 ni lekat semula.. aku lg kesian yg ...
TheRedLady replied at 17-3-2024 11:33 PM
Dulu kata taknak anak sebab susah nak jaga katanya. Whatever it is, takziah diucapkan
deebiz14 replied at 18-3-2024 08:53 AM
Takziah Hannah. Semoga tabah dan kuat. Cuba lagi inshaAllah adelah rezekinya nnt. Kesian. Dah tiga t ...
ADVERTISEMENT