Satu video menjadi tular di media sosial apabila gelagat seorang kanak-kanak sedang menganggu jemaah wanita mengerjakan solat menjadi bahan bualan netizen. Tidak pasti ia dirakam di mana, video tersebut memperlihatkan seorang budak dalam lingkungan 6 hingga 8 tahun sedang memanjat badan seorang wanita yang sedang menunaikan solat secara berjemaah di surau. Bukan sahaja memanjat badan, malah kanak-kanak itu dirakam memukul belakang seorang lagi jemaah berkali-kali. Video tersebut kemudiannya menuai pelbagai respon dalam kalangan warga maya yang rata-ratanya berang dengan tindakan kanak-kanak tersebut yang tidak terkawal dan mengasari orang sekeliling. Netizen mempersoalkan keperluan ibu bapa membawa kanak-kanak itu ke masjid atau surau kerana sudah pasti mengetahui sikap anak yang sukar dikawal seperti itu, namun tetap membawanya sehingga menganggu jemaah yang lain. "Antara contoh cara salah didikan dari mak pak yang terlalu manja kan anak plus takda ketegasan langsung sebab kan dia still budak budak." "Kalau dah tau anak tu xboleh control, boleh x jgn bwk. Ni bkn setakat menggangu tp menyakiti secara fizikal. Dgn org tua pn dia boleh buat mcm ni. Parents dont be selfish, terawikh boleh buat dkt rumah." Rata-rata netizen meminta ibu bapa yang mempunyai anak-anak terlebih aktif dan ingin menunaikan solat terawih di masjid atau surau agar bergilir-gilir sahaja memandangkan ia mungkin mengundang rasa tidak selesa kepada jemaah yang hadir. SUMBER : X/Beautifulnara |
Carcosa replied at 17-3-2024 11:39 PM
Aku tgk video ni semalam, sambil ketap2 bibir tahan geram. Katanya yg merakam, kakak si setan tu. Tu ...
che-cikL replied at 17-3-2024 11:43 PM
Kecik2 dibiar diajar tampar ketuk Mak dgn kakak. Tgh solat pulak tu!!! Mmg FAIL lah family ni.
blekkep replied at 17-3-2024 11:35 PM
kuat iman pompuan tu...kalo aiols dh stop solat n lempang bertalu2 smbil ludah kahak kt muke budak t ...
rosmahisham replied at 18-3-2024 12:44 AM
X phm yg mak bwk bdk2 kecik sejid/surau tu dh knp.aku zmn ank kecik2 terawih kt rmh..risau ganggu or ...
penmerah replied at 18-3-2024 12:02 AM
Puas hati baca cercaan forumers
Ingatkan ada acah2 sabarrr sambil tazkirah berbuat baik kanak2 mmg g ...
ADVERTISEMENT