Selebriti popular Datuk Rosyam Nor mengakui prinsip melindungi keluarga dengan cara tidak mendedahkan wajah mereka sejak dahulu berbaloi apabila isteri serta anak-anaknya dapat menjalani kehidupan biasa. Kata pemilik nama lengkap Mohamed Noor Shamsuddin itu, dia tetap berpegang dengan pilihan enggan berkongsi gambar insan kesayangan walaupun Instagram atau TikTok wujud pada awal pembabitannya di arena lakonan. “Memang sejak dulu saya minta media tidak rakamkan gambar ketika bersama ahli keluarga dan mereka pun hormati permintaan ini kerana memahami niat saya. “Ada saja saya bawa anak isteri keluar, cuma bukan kongsikan foto dengan khalayak sampailah wujudnya era media sosial, pendirian saya tetap sama. Saya yang jadi pelakon, biarlah anak-anak jalani hidup macam budak lain.
|
watachiwa replied at 18-3-2024 07:37 AM
bini dia lawa la jugak kan.
mmg dia kalo tgh jln2 dgn famili n ade pemenat nak bgambor, mmg dia sorg ...
cm_vungtau replied at 18-3-2024 06:26 AM
Kadang2 kalau lelaki taknak tunjuk anak bini sesuatu sangat
dua_chzy: Aznil pun sembunyi anak.
dua_chzy replied at 18-3-2024 04:37 AM
Aznil pun sembunyi anak.
ADVERTISEMENT