Sejak kebelakangan ini, isu tentang kemelut rumah tangga selebriti sering menjadi perhatian rakyat Malaysia. Namun, disebalik itu ada juga yang merasakan keindahan rumah tangga lagi-lagi mereka yang masih baru bergelar suami isteri. Itulah yang dirasakan oleh pasangan pelakon, Sabri Yunus dan Angeline Tan yang berkongsi kebahagiaan mereka. Ketika ditemu bual oleh Majalah Wanita, Angeline Tan mengakui kini hidupnya lebih sempurna dengan kehadiran suaminya. Pelakon ini turut menyifatkan rumah tangganya lebih lengkap dan stabil apabila ada peneman yang sentiasa bersama dikala susah dan senang. "Sekarang ada pasangan jadi ada seseorang yang jujur dan ikhlas untuk saya kongsi apa sahaja suka atau duka. Itulah yang membuatkan saya lebih tenang." "Saya rasa lebih lengkap dan kehidupan saya lebih stabil serta sempurna sekarang." "Walaupun kadang kala mood saya berubah-ubah, sekurang-kurangnya ada suami yang tolong saya untuk saya balance semula. Saya rasa bersyukur."
|
vanillaninja replied at 19-3-2024 09:35 AM
Acik Lucy memang dah bertudung ye?
kepompong replied at 19-3-2024 05:35 PM
umur dah menopos tak wajib pakai tudung pun
Alvida replied at 19-3-2024 10:26 PM
kau ni anut agama apa yer terlampau jahil sgt..pandai2 jer kata tk wajib..sekolah tk ni????
https: ...
mamajawie replied at 19-3-2024 08:11 AM
pok ya dok bagi mek lucy freehair..tapi ghaso dok pakso gitu cumo ghaso mek lucy dok paka sampa lo ...
ADVERTISEMENT