CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Aku Yang Founder, Aku Yang ‘Godfather'” – Chef Ammar Didakwa ‘Riak’ Di Sebalik Tuduhan Tak Laku, Ini Penjelasan Sebenarnya…

19-3-2024 10:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8014| Komen: 40



Masuknya bulan Ramadan, pastinya ada beberapa individu yang menjadi tumpuan antaranya KhairulAming dengan video masakannya dan juga Chef Ammar yang popular dengan juadah nasi Arab ‘Lamb Shank’ di bazar Ramadan.

Namun, tular pula dakwaan di media sosial yang mendakwa tahun ini, gerai Chef Ammar di bazar Ramadan tidak mendapat sambutan gara-gara sering terpalit dengan kontroversi sebelum ini.

Terbaru, muncul pula satu hantaran video pendek yang memaparkan Chef Ammar seolah-olah berlaku riak dan sombong dalam rakaman itu.

Loading FB Post...


Difahamkan, seorang YouTuber telah menemu ramah Chef Ammar dan meminta respon mengenai dakwaan yang mengatakan gerai nasi Arabnya sudah hilang ‘kick’, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

"Malaysia is on me now, mereka tunggu saya nak buat salah macam mana. Nak compare me, compare me with somebody like me la. Aku yang founder, aku yang godfather, aku yang king, and i’m still king. Itu sahaja. dont be smart with master."

Berikutan itu, ramai yang tampil menghentam Chef Ammar dan menganggap tukang masak terkenal itu sebagai seorang yang riak dan sombong dengan rezeki yang diberikan oleh Allah.

Namun begitu, terdapat salah faham di sebalik penyebaran klip video itu yang  hanya memaparkan Chef Ammar bergurau di sebalik video penuh yang menjawab segala dakwaan yang mengatakan perniagaannya sudah tidak laku serta perbezaan resipinya dengan peniaga lain.


Chef Ammar juga dilihat mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong perniagaannya selain mengkritik tindakan sesetengah individu yang mengambil foto premisnya ketika ketiadaan pelanggan dengan tanggapan, ia sudah diboikot pelanggan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendakwa individu yang menyebarkan video tersebut berniat tidak baik dan hanya ingin mencetuskan kontroversi.

"Chef Ammar ni baik sebenarnya. Dia peramah. Suka doakan orang yang baik-baik. Dia cuma counter balik apa yang orang cakap pasal dia je."

"Kedai kosong pun complain, kedai dah ramai skrg kata sombong dan riak pulak. Dah org kata kedai dia tak laku dia bagi la balik. Nak lawan dgn nitizen pulak mmg la kena mcm tu.."

SUMBER : Facebook/Beautifulnara


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 19-3-2024 10:50 AM
Edited by alesandra at 19-3-2024 10:52 AM

Aku penah le merasa ..nk kata x sedap langsung takle tapi biasa2 saja.kalo xberapa laku dah bole la stop meniaga kt param.fokus kt restoran jah
Quote _blackbird 19-3-2024 11:06 AM
cepatnya ummah kicap tamim sentap. padahal jate ni cuma bengang org dok compare dia dengan tukang masak jalanan / kedai makan cabuk. pi la compare dia dengan chef tersohor juga, like chef yg suka masak kat belon udara panas tu ke huhuhuhu
Quote prince_marhaen 19-3-2024 11:14 AM
Semoga arab mabok ni melingkop...... tapi ramai kicap tamim support dia walaupun dia selalu perli org melayu ye.... hadap sangat kambing pak arab ni... hamis macam kotey dia tu orang suka agaknya
Quote prettyuglybabe 19-3-2024 11:54 AM
alesandra replied at 19-3-2024 10:50 AM
Aku penah le merasa ..nk kata x sedap langsung takle tapi biasa2 saja.kalo xberapa laku dah bole la  ...

restoran usj tu pun sendu..
kemahen acah susun kerusi konon waiting line kat luar..
takde pun orang beratur..
masa hype je la beberapa hari nampak orang kerumun..
pastu sejuk beku..

Quote ayukpingu 19-3-2024 11:55 AM
nak jadi mcm makcik kemboja ke?
Quote vanillaninja 19-3-2024 12:18 PM
Tak pernah rasa pun nasi Arab heols. I kalau teringin nasi Arab memang I gi Saba je.
Quote Bedah.Cun 19-3-2024 01:20 PM
Mak makan hari2 nasih arab mekomer memang idok ler. Mak tak sker bau nasik tuk arab. hamis, hamis takda rasa. Mak wanita kampung sejati agaknye nak kena makan pucuk ubi cicah sambal juga
Quote laksmanabentan 19-3-2024 01:23 PM
berapa harga nih?
Quote matseh 19-3-2024 01:47 PM
Apa bezza mutton dgn Lamb?
Quote xtahumenahu 19-3-2024 02:01 PM
pernah beli sekali je laa,...maybe 5 thn lps?x ingat
tapi masa tu bagi aku sedap sgt..ahahah..ke sebab lapar?
nowadays dah x berminat nak membeli...panass plak tu kat luar
Quote ayukpingu 19-3-2024 02:03 PM
matseh replied at 19-3-2024 05:47 AM
Apa bezza mutton dgn Lamb?

mutton - anak kambing ( bawah 3 tahun)
Lamb - kambing dewasa
Quote _kelly 19-3-2024 02:04 PM
prince_marhaen replied at 19-3-2024 11:14 AM
Semoga arab mabok ni melingkop...... tapi ramai kicap tamim support dia walaupun dia selalu perli or ...

habis pahala puasa duk maki orang luar dalam
Quote noor2 19-3-2024 02:09 PM
Dia ni Palestinian kan?..
Quote green~tea 19-3-2024 02:14 PM
laksmanabentan replied at 19-3-2024 01:23 PM
berapa harga nih?


Kat klcc level 42 resto ada jual jugak nasi dia ni sebekas nasi arab lamb shank RM 68...  kat bazar aku ada terbaca dlm forum RM58... klcc markup 10 hengget

Tp aku lagi suka lauk pauk melayu la tapau sini sedap juga, more reasonable..


Aku lg suka nasi arab kat saba, aldar & aldiafah...
Quote sharlenetexas 19-3-2024 02:15 PM
Mcm yahudi mabuk.

Quote otai_g 19-3-2024 02:21 PM
noor2 replied at 19-3-2024 02:09 PM
Dia ni Palestinian kan?..

Yer Palestine. Tp da merantau ke bnyk negara b4. Skrg x Tau la Masih Palestine atau da jd PR msia.
Quote noor2 19-3-2024 02:29 PM
otai_g replied at 19-3-2024 02:21 PM
Yer Palestine. Tp da merantau ke bnyk negara b4. Skrg x Tau la Masih Palestine atau da jd PR msia.

Kutuk kang bulan puasa...tp hmmm jela dgn perangai Palestinian mcm ni
Quote melekaifc 19-3-2024 02:32 PM
orang palestine kalau dah lepas keluar dari negara memang kirim salam la nak masuk balik. Lebih lebih lagi orang gaza. Memang akan jadi pelarian la.
Quote Samerosie 19-3-2024 04:16 PM
otai_g replied at 19-3-2024 02:21 PM
Yer Palestine. Tp da merantau ke bnyk negara b4. Skrg x Tau la Masih Palestine atau da jd PR msia.

Chef Ammar Al Ali was born and raised in Palestine and is a Malaysian at heart. He is well-known in Malaysia for his strong influence on Mediterranean cuisine. He first came to Malaysia in 1989 and began his education journey at Kolej University Taylor and Stanford College, Penang, earning a double diploma in Hospitality & Food Production and Kitchen Planning.
Chef Ammar kicked off his career at Universal Enterprise Maldives as a head chef from 1993 to 1996. In 1997, he joined the education field as a Food and Beverage Lecturer at Olympia College. Shortly after, he returned to Jordan and joined venture in the family business for the next 3 years. He returned to Malaysia in 2001 and spent the next five years as a Mediterranean Cuisine Specialty Chef at Shangri-La Hotels and Holiday Inn Penang. In 2006, he joined the Regent Hotel Kuala Lumpur as chef de cuisine. Then in 2007, the Regent Hotel was changed to the Grand Millennium Hotel, and he was promoted to Executive Sous Chef. He then joins the Taj Hotel Resort and Palace Langkawi for a year after continuing in his position for two years. In 2010, he becomes Executive Chef and Chef Consultant at Zouk Café The Gardens. The very last hotel he worked at was One World Hotel in 2011 as an executive chef.
After gaining over 18 years of experience in the hotel and F&B industries, he decides it’s time to settle down and do what he does best. Not long after, he was presented with the opportunity to start his very own cooking show for the Ramadan season with a well-known TV station such as TV Al Hijrah and Astro.
----------------------
Banyak negara apa, dua aja termasuk mesia.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052970 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top