CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Umur 51, Cameron Diaz Selamat Bersalin Anak Kedua

1-4-2024 11:25 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5956| Komen: 6

Description: AKTRES Cameron Diaz berkongsi khabar gembira apabila selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi lelaki pada usia 51 tahun.



AKTRES Cameron Diaz berkongsi khabar gembira apabila selamat menimang cahaya mata kedua iaitu seorang bayi lelaki pada usia 51 tahun.

Bayi yang dilahirkan pada 22 Mac lalu itu diberi nama Cardinal Madsen. Menerusi hantaran yang dimuat naik Diaz dalam Instagram miliknya, isteri kepada Benji Madden itu menzahirkan rasa syukur atas kelahiran anak keduanya itu, lebih-lebih lagi ketika dirinya kini sudah pun mencecah usia lebih daripada separuh abad.


“Kami dengan rasa gembira ingin berkongsi tentang kelahiran anak kedua kami iaitu Cardinal Madsen. Bayi ini sangat luar biasa.

“Saya dan suami berasa sangat bahagia dengan kelahirannya,” ujar Diaz dan Madden dalam Instagram.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2015 dan menimang cahaya mata pertama mereka, Raddix pada Januari 2020.


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 1-4-2024 11:32 AM
steady je mat salleh bersalin umur 51 tahun...
Quote manjalara_01 1-4-2024 12:45 PM
Nuyak: steady je mat salleh bersalin  ...


Bersalin at 51? No biggie ☺️
Quote Thunderclouds 1-4-2024 12:48 PM
Xde la bunting sendri.
Surrogate jugak la kot mcm ank yg pompuan tuhh..
Quote sue_liah 5-4-2024 12:16 PM
ingatkan gigih dia dok meneran umur gitu hahaha
tapi gigih juga la nak bela didik anak dh tua2 tu
Quote delia3003 5-4-2024 11:20 PM
sue_liah replied at 5-4-2024 12:16 PM
ingatkan gigih dia dok meneran umur gitu hahaha
tapi gigih juga la nak bela didik anak dh tua2 tu

Duit kepuk² boleh hire nanny je jaga.
Quote delia3003 5-4-2024 11:21 PM
Nuyak replied at 1-4-2024 11:32 AM
steady je mat salleh bersalin umur 51 tahun...

Bukan dia yang meneran, surrogate.

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.043954 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top