SEPANG – Polis mengesahkan lima buah kenderaan terbabit kemalangan di Jalan Nilai – Salak Tinggi – Bukit Changgang di sini, pagi tadi. Video insiden itu tular di media sosial hari ini yang turut memaparkan sebuah lori terjunam ke bawah laluan bertingkat menyebabkan pemandunya tersepit. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, siasatan awal mendapati, insiden itu berlaku pukul 10.30 pagi. Beliau berkata, ia membabitkan sebuah lori, sebuah treler, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan dua buah kereta. “Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan punca kejadian masih disiasat,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan. Terdahulu, sebuah rakaman video ‘dashcam’ (papan pemuka kenderaan) tular memaparkan sebuah kereta tiba-tiba berhenti di laluan kiri jalan dipercayai bagi mengalihkan seekor kucing.
Tindakan itu bagaimanapun mencetuskan insiden kemalangan apabila sebuah lori gagal membrek dipercayai mahu mengelak kenderaan itu sebelum terjunam ke bawah laluan bertingkat. Insiden sama turut mencetuskan pelanggaran beberapa buah kenderaan. Sumber – KOSMO! ONLINE. |
None68 replied at 26-4-2024 06:34 AM
Tak berbaloi la pasal kucing, aku perasan penchenta hewan ni mcm oku otak..kat area rumah aku ni la.
naina replied at 26-4-2024 08:17 AM
Memang pun..kata bela kucing bagi kucing makan jalan buka rezeki. Ehh syirik!
Bila ostat kata bulu ...
midori888 replied at 26-4-2024 08:21 AM
agreed benak tahap tujuh petala langit yg menyusahkan org lain....
naina replied at 26-4-2024 08:25 AM
Benak obses tu macam kucing tu binatang suci macam lembu india la..kalau boleh minum air kencing k ...
naina replied at 25-4-2024 10:36 PM
Bodoh. Pencinta kucing sangat. Kalau biawak lalu tak pulak kau berhenti alih kan. Ntah malah dilangg ...
dagusengett replied at 26-4-2024 08:40 AM
Kereta kucing tu belah kiri mmg dah kat bahu jalan
Jalan tu pun dari mendaki patut slow down dah sbb ...
ADVERTISEMENT